Officially sebagai Shaklee Independent Distributor

0


Assalamualaikum

Lama betul tak berceloteh panjang kat dalam blog ini. Blogwalking apatah lagi. Memang langsung tak berkesempatan jalan-jalan makan angin kat rumah kawan-kawan. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan menjengah ke sini walaupun penghuninya sudah lama menyepikan diri.

Ok la, tak nak berceloteh panjang.
Just nak bagitau semua yang saya sekarang secara 'official'nya dah jadi pengedar Shaklee yang sah. Kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat, sekiranya ingin dapatkan supplemen dan vitamin Shaklee, boleh dapatkannya daripada saya. Atau boleh hubungi saya di 012-7002355 (sms/whatsapp). 

Macam mana saya boleh terjebak dalam Shaklee?
Semuanya bermula dengan Set Menyusu Shaklee. Saya memang sangat taksub dengan dunia penyusuan ibu. Memang niat nak susukan Damia sampai umurnya 2 tahun (dengan izinNya). Saya ambil Set Menyusu Shaklee pun bukanlah sebab susu dah takde ke apa. Sebab saya tahu bahawa penghasilan susu sangat-sangat dipengaruhi oleh pemakanan ibu (saya). Kalau Google pasal cara-cara nak banyakkan susu ibu, macam-macam cara ada. Makan lobak putih la, makan sawi la, minum air barli la, makan itu, makan ini la. Memang banyak cara yang boleh membantu ibu-ibu menyusu untuk memperbanyakkan susu. Tapi, cuba bayangkan, nak mengekalkan penghasilan susu yang banyak, berapa banyak lobak putih yang kita kena makan dalam sehari? Berapa gelas air barli yang perlu kita minum dalam sehari? Sebab tu la, hati mula berkira-kira alternatif lain untuk memperbanyakkan dan mengekalkan penghasilan susu untuk Damia. Dan bertitik tolak pada situ la, pada ketika itu, hati ni sangat2 nak mencuba Set Menyusu Shaklee. Mana la tahu kan, ianya sesuai dan beri kesan yang positif lebih makan set tu. 

[Set Menyusu Shaklee yang saya ambil buat pertama kali]

Dan, alhamdulillah, sejak dah makan Set Menyusu Shaklee sejak Disember 2012 (boleh rujuk SINI untuk entri pasal Set Menyusu Shaklee tu), susu masih lagi maintain sehingga kini. Dan umur Damia pun dah masuk 10 bulan. Lagi 2 bulan, Damia dah pun nak setahun. Sehingga kini, saya masih bangga dengan diri sendiri sebab masih mampu dan tabah untuk meneruskan misi menyusukan Damia. Syukur pada Yang Maha Esa sebab memudahkan perjalanan ke arah itu. 

Entri ini bukanlah nak berbangga ke apa. Mintak dijauhkan. Cuma nak beritahu ibu-ibu di luar sana bahawa dunia penyusuan bukanlah satu perkara yang mudah seperti mana orang-orang lain rasa, lebih2 lagi kepada insan-insan yang bakal menjadi ibu. Nak menyusukan bayi kita ni, hati kena cekal + tabah + kena kuat semangat + jangan stress2 + hati kena ikhlas + yakin dan percaya pada diri sendiri = baru la kita akan berjaya mengharungi apa jua halangan dan dugaan yang bakal kita alami. Jangan sesekali kata 'saya dah takde susu'. Saya sangat ANTI dengan kata-kata itu. Bila pam nak dapat 1oz je punya la susah, dah mula GIVE-UP dan cakap yang susu dah takde. Lepas tu mula la nak kasi susu formula pada anak masing-masing.

Kepada sesiapa yang ada niat nak meyusukan bayi masing2, tapi tidak yakin dengan diri sendiri dan perlukan khidmat nasihat, jangan segan jangan silu untuk tanya saya. Insyaallah, berbekalkan pengalaman menyusukan Damia selama 10 bulan, saya boleh membantu. Saya sangat-sangat berbesar hati untuk membantu ibu-ibu di luar sana untuk menjayakan misi menyusukan si comel anda. Ini bukan sebab nak promote suplemen Shaklee ye, saya memang IKHLAS ingin membantu. InsyaAllah, kalau ada masa saya akan kongsikan pengalaman perjalanan penyusuan ibu sepanjang saya menyusukan Damia. Halangan-halangan serta cabaran yang saya alami.

Ok la, sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu-ibu di luar sana yang menyokong penuh terhadap dunia penyusuan susu ibu. Marilah kita sama-sama berikan YANG TERBAIK untuk si comel masing-masing.



Shaklee Independent Distributor - ID: 920219 (Nur Shamsiah)
damiahanani2012@gmail.com
whatsapp/sms : 012-7002355
FB: Beauty Health





0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (24) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) kahwin (8) raya (8) UTM (7) aktiviti. (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) Shaklee (4) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) B-Complex (1) Baju kelawar (1) Bisnes online. Damia Store (1) EBM (1) ESP (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) Lecithin (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Tak sihat (1) Vitamin E (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) kenangan (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)