Saturday, May 15, 2010

Happy Teacher's Day



Setiap tahun, pada 16 Mei para guru di Malaysia akan diraikan dengan sambutan hari guru bagi menghargai pengorbanan mereka dalam mendidik anak2 bangsa tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tahu tak bahawa sambutan hari guru telah mula disambut sejak 16 Mei 1956. Mmmm dah lama kan...Oleh itu, dikesempatan ini Kasih ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru di Malaysia.

Kepada semua guru yang pernah mengajar Kasih di Sek. Keb. LKTP Bukit Bading (1993-1997), Sek. Men. Agama (A) Sultan Zainal Abidin (1998-2000), MRSM Kuala Berang (2000-2002), Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2003-2004), Kasih ucapkan jutaan terima kasih kerana mendidik dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk diri ini. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila ♥ 

 Kalau u ols nak tahu, Kasih pernah menjadi guru ganti selama 3 bulan di SMK Bukit Diman, Terengganu. Mengajar matapelajaran Sains (Form 2), Matematik (Form 1 & Form 2) dan Bahasa Melayu (Form 1). Pengalaman mengajar memang banyak kenangan manis. Walaupun mengajar adalah bukan satu perkara yang mudah, tambah pulak dapat pelajar yang agak kurang berminat untuk belajar. Semua itu adalah rencah kehidupan sebagai seorang guru. Sentiasa kena bersabar dalam melayan karenah mereka. Tugas seorang guru sebenarnya bukan hanya setakat mengajar tetapi juga mendidik mereka menjadi seorang insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. 

Mmmm... kat bawah ni Kasih nak kongsi sikit gambar2 kenangan sepanjang Kasih bergelar seorang guru pada suatu ketika dahulu (",)

bersama pelajar Tingkatan 2 - ni kelas yang paling nakal... huhu

bersama pelajar Tingkatan 1 - siap jadi guru kelas lagi...(",)

bersama rakan sekerja yang banyak membantu Kasih

nota kaki : dan yang paling hepi sesangat bila student Kasih still lagi contact sampai ke hari ini... kenangan yang paling manis yang memang tak akan dilupakan sampai bila-bila..









10 comments:

  1. happy teacher's day kak kasih!!!

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!!..:)

    ReplyDelete
  3. selamat hari guru teacher....muahhhh

    ReplyDelete
  4. k.ayu datang dengan mata yang tak leh buka...sepet sebelah....wawawa

    tetap nak cari kasih seorang

    ReplyDelete
  5. Kak Zai : tQ...muaaaaaahhh tuk Kak Zai...(",)

    ReplyDelete
  6. Kak Ayu : kesian Kak AYu....ngantuk ea....

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru kasih....

    kasih asal bukit bading ke?

    kampung akak kat durian kassim sana nun....hehehe

    ReplyDelete
  8. Kak Ain : la yeke???? dekat sgt la kg kite ye!!! sebelah sebelah je...hehehe...kecik betul dunia ni kan...

    ReplyDelete