GengBlogger ada masalah ke?

4

What happen to GengBlogger? Sejak dua menjak ni, dah jarang update blog.. so, tak tahu sangat perkembangan tentang GB ni... tadi, sesaja la kan nak masuk GB..
.
.
.
TAPI
ni pulak yang keluar. huhu..

.
.
.




Nota kaki : ada sesiapa yang tahu tak apa yang berlaku sebenarnya?


4 comments:

Iklan raya paling 'BESH'...

3

Hai..baru 15 hari berpuasa dah tak sabar2 nak raya...hehehehe...
Sebut pasal raya, tak lengkap kalau tak ada iklan raya yang besh2 kat TV kan...
agak2 korang kan, iklan raya mana yang sangat 'BESH' dan korang ingat sampai sekarang.











3 comments:

Kesan dah lama tak berblog....

7

Sunyi je rasa dua tiga hari ni..
Maklumlah tetamu dah kurang datang menjengah...
DAN 
inilah akibatnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Traffic jatuh menjunam...huhuhu....


Nota kaki : Dalam diam2, dah masuk hari ke-15 kita berpuasa ye!(",)


7 comments:

RAZIQINE CONTEST:Marsya makan apa?

7

Wah wah wah...adik Marsya kita ni...makan sorang2, tak puasa ea...tak baik tau makan depan orang puasa...hehehe...agak2nya adik Marsha ni makan apa ye?


tolong..tolong..tolong... penat dah fikir nih... kuih ape yang adik marsha makan tu erk? Kasih rasa adik Marsya kite ni makan kuih karipap...hehehe..betul tak? entah la, kuih karipap je yang terlintas dalam kepala sekarang ni..hehehe...karang nak g beli kuih karipap la kat bazar ramadhan...hehehehe...
.
.
.
.
kepada AnnaZanariah dan Tulip, anda di tag untuk join contest ini... Jom join Raziqine Contest.



7 comments:

Contest : Gift to the lucky person

6

Contest : Gift to the lucky person by Asumi

Hai pening jugak nak pilih satu gambar yang betul2 menarik dan berkenan di hati ni. Maklumlah, banyak sangat koleksi2 menarik seperti blouse, t-shirt, kasut dan aksesori lain kat blog Asumi ni.. rambang mata dibuatnya.. tapi setelah sesi pemilihan dibuat, maka dengan ini Kasih memilih gambar di bawah sebagai gambar pilihan.
.
.

Kenapa pilih gambar di atas?
Sebab, Kasih memang suka kumpul kasut. Nice la kasut tu...very simple..boleh dipakai samada pergi kerja, ke kelas ataupun pergi jenjalan. Tambah pulak warna hitam, mudah untuk dipakai dan disesuaikan dengan semua warna baju. hehehe
.
.
dan SYARAT terakhir.
Saya tahu contest ini dari AnnaZanariah.


6 comments:

Polka Dot's Cottage : Give Away

2


Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Arol DSHW sebab sudi tag Kasih untuk menyertai Give Away yang comel ni.. Give Away ni dikenali dengan nama Polka Dot's Cottage yang telah dianjurkan oleh Kak Mazrina.
.
.
.

 Kenapa Kasih layak memenangi hadiah dari Polka Dot's Cottage?
- Hadiah yang disediakan sangat menarik dan kalau la Kasih dapat, Kasih sangat2 menghargainya dan akan simpan sebagai kenang2an.
- Hadiah tu memang sesuai untuk cik Kasih..hehehehe..
.
.
.
.
.

Mmm Kasih nak tag Kak Jaja dan Nabilah untuk sama2 menyertai GA ni. Kepada yang lain2, berminat untuk menyertai GA menarik ni? Jom terjah DI SINI.
Tarikh tutup penyertaan: 23 Ogos 2010.


Nota kaki: Mintak2 bertuah la ye....hehehe



2 comments:

Persiapan Raya..

2

Hai, puasa baru seminggu... tapi 'sure' dah sibuk2 buat persiapan raya kan... ada yang sibuk nak beli baju raya, yang dah tempah 2-3 bulan awal dah boleh duduk diam, cuma kena selalu follow up dengan 'tailor' supaya baju yang ditempah siap dijahit sebelum hari raya menjelma... hai, bercerita tentang persiapan raya memang seronok kan..


sumber gambar: pakcik Gugel..


bab baju raya dah habis.. masuk pulak bab kuih raya. Kalau tak ada kuih raya, rasa macam tak lengkap je raya.. kalau tak banyak pon, paling tidak ada la sejenis dua kuih raya sebagai penyeri meja di pagi raya... Mmm nak tanya ni ,terutama kepada para ibu sekalian, dah mula buat kuih raya ke? Kasih tak pasti sempat ke tak nak buat kuih raya tahun, yang pastinya kuih versi 'tunjuk' dah di tempah dah...hehehe...ada la dalam 2 3 jenis.. maklumlah, kami adik beradik semuanya merantau ke negeri orang, so untuk kuih hari raya, kami pakat2 bawa balik ke kampung sedikit sorang...adik beradik 11 orang, kalau sorang bawak balik 3 jenis, dah 33 jenis kuih raya kami untuk tahun ni (banyaknye..)...yang sempat buat ok la, yang tak sempat buat, kuih 'tunjuk' je la yang menjadi sasaran kami..hehehehe....  



nota kaki: duit raya belum pergi tukar kat bank lagi ni....huhu..lambat2 nan ti habis...


2 comments:

Hadiah Coklat dari NisaChoc

3
salam semua
Dah hampir waktu berbuka pon, tapi Kasih sempat lagi berblog...hehe..mmm ingat tak dulu Kasih pernah bagitahu yang Kasih menang 'Give Away NisaChoc'. Ingat lagi tak? Tak apa la kalu tak ingat pon..huhuhu... walaupon dah lama dah hadiah ni Kasih terima, tapi baru sekarang nak ber'story' mori dengan kamu semua...coklat2 tu semua pon dah selamat di'ngap' oleh Kasih dan kawan2...
.
.
.


ha, ni la hadiah coklat yang Kasih dapat dari penganjur contest iaitu NisaChoc..comel kan bekas coklat tu...siap ada pin baby lagi...coklat dier pon sedap..manis macam tuan empunya penganjur contest tu jugak kan..hehehe..di kesempatan ni Kasih nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab kasi coklat yang sedap itu untuk Kasih..lenkali kasi la lagi..(",)

Ok la...sampai di sini dulu celoteh Kasih buat sesi kali ni... Selamat berbuka puasa untuk semua...jangan lupa baca doa sebelum makan ye! hehehehe...




3 comments:

Buffered Earning ke 9, 10, 11

5
Entri untuk malam ni, Kasih nak bercerita tentang Buffered Earning yang baru Kasih dapat minggu lepas. 3 buffered baru dari Nuffnang iaitu "IMP New Online TV LB", "Garuda Indonesia New Website LB", dan "Digi Octopus Anniversary LB". Terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi BE pada Kasih. Mungkin ni rezeki Kasih pada bulan Ramadhan.. Alhamdulillah...


5 comments:

Contest Teman Sejati...

6
Kini tiba masanya untuk menyertai contest Teman Sejati yang telah dianjurkan oleh EmieySandra... sebenarnya Kasih telah ditag oleh cik AnnaZanariah untuk menyertainya... tapi Kasih 'hold' dulu memandangkan nak kena cari gambar dulu, baru la boleh join... godek punya godek, akhirnya jumpa la gambar yang berkenan di hati..hehehe..

banner contest Teman Sejati

 
Jangan tak tahu pulak, sudah menjadi kelaziman, setiap contest yang dianjurkan pasti ada syarat2nya kan...Jom, let's check it out~

1. Mestilah seorang bolgger. - ini sudah semestinya.
2. Jadi follower kepada blog emieysandra. - dah lama follow..hehehe
3. Buat satu entri, yang mengandungi gambar kamu dan teman sejati kamu tu. Tak kisahlah, dia tu pakwe atau kawan lelaki kamu atau kawan pompuan kamu atau ayah kamu atau ibu kamu atau adik kamu atau abang kamu atau kakak kamu..jelas kan? - wah! memang jelas sungguh ni!
4. Copy banner contest pada sidebar dan link kan terus pada entri Contest Teman Sejati By Emieysandra. - ok!
5. Tag minimum kepada dua orang blogger lain. - jap, nak kena fikir nak tag sapa..;p
6. Tinggal url entri penyertaan kamu di bahagian komen di entri contest ni. - semestinya!
7. Cepat join sebelum 30 Ogos 2010. - jom kawan2, let's join this contest. Mana la tahu kot2 menang kan..

.
.
.
.
.
.
.

Gambar di atas: Kasih bersama my best friend, Pn Daliza




6 comments:

Happy Moment Contest

0
Join 'contest' lagi.
Rasa2nya ni merupakan 'contest' yang ke-3 untuk bulan Ogos. 'Contest' ni Kasih dapat setelah di'tag' oleh cik AnnaZanariah. Tq Anna sebab sudi tag Kasih..nasib baik la zon ke'bizi'an yang terlampau sudah berlalu..hehehe...hikmah bulan Ramadhan agaknya, dapat ber'blog' selepas waktu sahur...hujung minggu camni lagi la..

Ok, tak mahu melalut panjang2.. berbalik kepada topik utama, 'contest' kali ni dikenali dengan nama "Happy Moment Contest'.. berdasarkan nama 'contest' pon dah dapat agak kan, 'contest' ni memerlukan para peserta mempertaruhkan saat2 gembira serta kenangan indah yang pernah dilalui dalam kehidupan masing2...
banner Contest Happy Moment by Ayuni

.
.
.
.

tapi sebelum tu, jom check it out syarat2 penyertaan.
- menjadi follower blog Ayuni84.blogspot.com. (ok)
- buat satu entri yang 'simple' dengan meletakkan gambar Happy Moment peserta dan Banner Contest. (ok)
- Tag 2 orang kawan baik. (LissaLiyya & Aimi)
- Letak link pada ruangan komen 'contest' tersebut. (ok)

---------------------------------------------------------
Gambar pilihan untuk 'Contest Happy Moment '

.
.
.
Gambar di atas dirakam bersama Abg Zain (penerbit program Bersamamu TV3 ketika itu) dan sukarelawan2 dari Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai ketika menyertai program Bersamamu TV3 di Kg. Cheng Minyak, Melaka pada tahun lepas. Kenangan yang sangat manis dan tetap akan dikenang sampai bila2.


nota kaki : sesiapa yang berminat, jom join. Tarikh tutup penyertaan: 26/9/10

0 comments:

Cuci mata di SSF (Home Decor Mart)

8
Alhamdulillah...
Syukur kepada Illahi kerana dikurniakan kesihatan tubuh badan serta iman yang kuat menahan lapar dan dahaga, hari ni dah masuk hari ke-2 umat Islam menunaikan ibadah puasa...
.
.
.
.
Semalam kan hari pertama puasa, bersamaan 1 Ramadhan dan telah diisytiharkan CUTI bagi negeri Johor.. so, apa lagi...masa untuk 'merayap'...hehehehe... kebetulan pulak kawan Kasih iaitu cik Lissaliyya ajak Kasih gi jalan2 kat SSF (Home Decor Mart) JB.. bagi yang tak tahu bangunan SSF ni terletak berhampiran kat Giant Plentong... ni pon, first time Kasih menjejakkan kaki kat situ..hehehehe...

gambar pinjam dari pakcik Gugel

Bagi sesiapa yang pertama kali sampai kat situ pasti akan tergamam dengan susun atur dalam bangunan tersebut...sangat cantik..macam2 ada... sesiapa yang teringin nak dekor rumah, boleh la berkunjung ke situ...tambah2 pulak nak raya ni, sure ramai yang nak hias rumah cantik2 kan... untuk yang bakal naik pelamin (ehem ehem) pon boleh berkunjung ke sana, ada banyak pilihan yang cantik2 yang boleh dipilih untuk dijadikan hiasan untuk barang hantaran...tunggu untuk dipilih je.. dan yang pastinya poket kena la tebal..hahahaha....

setelah barang yang nak dibeli selesai dibayar, so, masa meronda2 melawat kawasan pon tiba..alang2 dah sampai, baik round semua pelusuk tempat kan..hehehe...jalan punya jalan, ternampak la satu kawasan yang dipenuhi dengan bunga2an...masyaAllah, cantik2 semuanya... perempuan kalau dah jumpa dengan bunga2 yang cantik itu (bior la bunga tiruan pun), apa lagi... terlebih excited la pulak...oppsss...

Walaupun tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kedai tersebut, tapi kedegilan tetap mengatasi segala2nya...jeng jeng jeng....

sempat lagi berposing dengan sejambak ros putih...


nasib baik tak kena tangkap dek pekerja2 kat situ...pandai cover la katakan...hehehe...sebenarnya banyak lagi gambar2 yang sempat di'capture', tapi cukup lah ini sebagai tatapan kamu semua ye...lebih2 kena saman lak nanti..hihihi....



nota kaki : tak puas jalan2 dalam kedai tu, next time nak pergi lagi la...tapi tunggu gaji masuk dulu la kot...mungkin ada beberapa barang lagi yang perlu dibeli sebagai persiapan hari bahagia yang bakal menyusul..(",)


8 comments:

GA Contest by CoklatChoc4U

2



Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Kak Ros telah bermurah hati mengadakan 'contest' dengan mempertaruhkan coklat sebagai hadiah...mmm nyummy...beshnye kalau dapat kan... jom kawan2, apa lagi yang di tunggu...kot2 la murah rezeki, dapat hadiah coklat tu...nanti boleh hidang masa hari raya nanti...boleh gitu? hehehehe...


Kepada yang berminat, JOM sertainya DI SINI


2 comments:

Gadis lanun...hehehe

2

Entri pendek untuk malam ni.
Kasih cuma nak tunjuk gambar kat bawah ni..hehehe..

Gadis lanun bermata sebelah merah, sebelah biru..hahahahaha...


2 comments:

1 Ramadhan = Johor Cuti...Yeay

8



Bagi sesiapa yang bekerja di Johor pasti 'happy' sebab cuti hari ni kan.. Sure la gembira sebab dapat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga masing2 (bagi yang balik rumah la). Tapi bagi Kasih bersahur bersama-sama kawan2 pon dah cukup bermakna, maklumlah, begini la nasib si perantau.. jauh dari keluarga.. nak balik kampung jauh..buat penat badan je.. ye la, cuti tengah2 minggu..lain la cuti hujung minggu...betul tak.. walau apapun, ibadah puasa tetap dijalankan...
.
.
.
.
Bercakap pasal puasa, pasti banyak kenangan manis yang tersimpan dalam kamus hidup masing2 kan...tambah2 lagi kenangan berpuasa ketika bergelar seoarang pelajar, tak kira la pelajar2 sekolah berasrama ataupun penuntut universiti... terlalu banyak untuk dikongsikan kalau nak bercerita kat sini..semuanya manis2 belaka.. hai, rindu la pulak kat kawan2 lama... time sama2 pergi ke bazar ramadhan, buka puasa ramai2.. sure ada satu bilik yang akan dijadikan 'port' untuk berbuka puasa...(",).. bila dah bosan asyik berbuka dengan makanan yang hampir sama je setiap hari, mula la plan berbuka kat luar, restoren yang mahal2..hahahaha..tapi kena pergi awal2 la, kalau tak sure penuh..
.
.
.
Semua tu dah tinggal kenangan manis yang tersimpan kemas dalam lipatan hidup masing2.. dan yang pastinya Ramadhan kali ini bakal menjanjikan sesuatu yang lagi manis untuk dikenang pada masa akan datang... Semoga kita semua mendapat keberkatan dan menjalani ibadah puasa dengan sebaik2nya... 






8 comments:

GA - Cute Teddy Bear

2
Salam semua
Kasih baru balik sembahyang terawih ni...
Kali ni Kasih nak join Give Away - Cute Teddy Bear sambil layan 'moreh' selepas solat terawih tadi...
.
.
.

Jom join
Syarat-syaratnya mudah sahaja.



1. Menjadi follower blog Cute Mum.-done!
2. Buat entry pasal giveaway ini di blog masing2 dan pastikan link back pada giveaway ni. -done!
3. Tinggalkan penyertaan anda DI SINI. -done!
4. Tagkan 5 rakan blogger lain. -ramainya..hehehe..
Jom tengok sapa yang kena tag.
- AnnaZanariah
- LissaLiyya
- Tulip
- EmieySandra
- Cik Birder
5. Contest ini akan berakhir pada 13/8/10 iaitu pada hari lahir Cute Mum.
6. Hadiah menanti anda: Teddy Bear yang cute2...
.
.
.
Keputusan akan diumumkan pada 16/8/2010







2 comments:

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

5

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA
Marilah kita sama-sama menghayati ibadat puasa dan semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


5 comments:

Jom layan : The Last Airbender

7

Pasti dah ramai yang sudah menonton cerita "The Last Airbender" sejak ianya mula ditayangkan di panggung wayang sejak 5 Ogos 2010 kan... bagi sesiapa yang bergelar kaki wayang pasti tak ketinggalan untuk menonton filem hebat ni... memang best la.. tak rugi punya la bersesak-sesak ke panggung wayang untuk menonton cerita ni...


Filem ni merupakan adaptasi dari animasi kartun Avatar:The Last Airbender.. menurut seorang kawan sebelum masuk panggung "Sure best filem ni, cam animasi kartun Avatar: The Last Airbender gak". Nampaknya, betul la seperti yang dijangkakan...(",)


dan yang paling best, watak utama (Aang) filem ni sangat cute.. hehehe...


So, kepada sesiapa yang belum ada rancangan untuk esok hari, apa kata pergi menontonnya esok...tak rugi punya la...





7 comments:

Bulan 7 yang sangat busy....

2

Selamat malam semua..oppss dah pagi rupa2nya ye...
mata belum mengantuk setelah pekena semangkuk megi ayam..nyummy...
walaupun tadi sempat layan muvi "The Last Airbender" bersama-sama geng The Jantans (pinjam ayat Wiwin, hehehe..jangan marah ye!), tapi dek kerana malam sudah larut, dan anak dara tak elok balik lewat malam, habis je muvi terus balik hostel... maka, terpaksa la menahan perut, layan megi sorang2 kat bilik (psst...dah tak ingat diet dah time ni, ;P)

mmm entri kali ni bukanlah nak bercerita tentang cerita "The Last Airbender" tu..tapi nak bagitau kemana menghilangnya cik Kasih ni...sibuk bebenor nampaknya ye...sampaikan senyap je tanpa berita..hahahaha...sibuk mengalahkan PM namak gayanya... trafik untuk bulan 7 sangat teruk..uwaa...sedihnya...duit nuff pon dah tak "masyuk"...padahal BE asyik berkelip-kelip keluar... tak sempat nak blogwalking, so trafik pon kurang memberangsangkan....

nak tahu tak, apa la yang Kasih buat sampaikan sibuk memanjang kan... mai sini Kasih nak 'habaq'... sebenarnya sebelum ni Kasih sibuk menguruskan urusan pendaftaran phD yang baru Kasih daftar pertengahan Julai aritu... ala, setakat daftar nampak cam mudah je kan... memang la.. daftar memang la senang, tapi persiapan untuk daftar tu yang leceh... nak kena siapkan proposal dalam masa yang sangat singkat...nak kena cari bahan tu yang leceh.. maklumlah benda baru... ibarat budak baru belajar nak merangkak la... hai..bila fikir balik, boleh ke Kasih buat phD ni...semoga dipermudahkan semuanya la ye...Amin...

selesaikan je urusan phD, Kasih sibuk uruskan permohonan biasiswa pulak...walaupun phD ni memang akan dibiaya oleh duit projek, tapi kalu dapat biasiswa lagi untung...kalau dapat biasiswa Zamalah UTM, lagi masyuk...doakan untuk Kasih ye... 

ke'bizi'an berterusan lagi dengan pertandingan INATEX UTM yang sedang berlangsung sampai esok (5-7 Ogos 2010)..Kasih tak nak cerita dulu pasal INATEX yang Kasih join ni..lain kali ye Kasih 'ngomong' sama kamu...kalau nak bercerita sekarang alamaknya panjang lagi la yang nak kena tulis...nanti2 la ye Kasih cerita..tunggu...(",) tak sabar nak menunggu majlis perasmian dan penutup pada petang esok... mana la tahu, kot2 dinobatkan penerima Gold Medal...mudah2an...kalau tak dapat gold pun, Silver Medal pun dah bersyukur sangat2...

so begitu la al-kisahnya.... pendek kata, bulan 7 merupakan bulan yang sangat kelam 'kelibut'... dalam sibuk camtu, Kasih sempat jugak ber'bisnes' menjual baju raya..hahahaha...maklum lah, puasa pun dah tak lama lagi kan... mesti la masing2 sibuk nak cari baju raya untuk melaram di pagi raya nanti...hehehe....



2 comments:

2 in 1:Award dari Anna

2

Hai semua..
dah lama tak bersua kan..
tuan rumah dilanda ke'bizi'an yang amat sehinggakan tak menyempatkan diri untuk update blog...tambah pulak komputer peribadi buat hal (bila entah nak p anto kedai), langsung tak memberi peluang untuk Kasih berceloteh macam dulu2..huhu...sedih kan..ni pun nasib baik ada insan yang sangat baik hati meminjamkan laptop yang agak 'usang' ni, tapi masih boleh digunapakai...syukur la kan, dari langsung tak ada...

disebabkan ketidak'aktif'an tuan rumah, maka dengan sedihnya Kasih nak nyatakan yang trafik blog Kasih Suci ni turun sangat merudum...huk huk huk..sedih kan... dah tak ada orang yang sudi nak singgah kat sini..ye la kan, tuan rumah takde buat apa nak datang kan... tapi da jugak la yang tetap setia menjengah, siap bagi award lagi....
.
.
.
.
.
.
.
ni ha awardnya... CANTIK!
award ni datangnya dari my best buddy, AnnaZanariah
thank you very much dear! Sori sebab amik masa yang agak lama untuk amik award yang cumil ini...


Hurm...
Ada soalan yang perlu dilengkapkan:

Nama panggilan anda?
SaA, Sham, Kasih

Barang yang harus ada dalam beg anda?
Handphone, tisu dan kunci.


Sudah punya pacar?
semestinya ya..hehehe...hati ini sudah dimiliki..(",)

Panggilan anda daripada pacar anda?
rahsia..hahahaha..

Habit anda yang paling teruk?
suka gigit kuku kalau duk tengok tv sorang2...hahahahaha...buruk betul perangai anak dara sorang ni.

Orang yang anda sayang?
mmm ramai la... dan yang pasti, siapa sayang saya, mesti saya akan sayang dia jugak..hehehe
Anda sayang saya tak?
mesti la, kamu kan my best buddy...
.
.
.
.
.
Sekian untuk award yang pertama...~

....................................................................................................



award yang ke-2 ni pun datangnya dari orang yang sama.
Award ni adalah bersempena dengan "Friendship Day" pada 1 Ogos yang lalu.
thanks a lots ye Anna..best la dapat kawan macam kamu...seorang yang cool..hehehe
................................................................................................



2 comments:

Anna's Birthday Giveaway

1
Comelnya sticker Anna's Birthday Giveaway ni...(",)
Sori ye Anna, sebab baru sekarang ada peluang untuk join GA ni walaupun dah lama tahu kewujudannya... sebelum GA ni melabuhkan tirainya tak lama lagi, baik Kasih join...mana la tahu, kalau ada rezeki Kasih akan dinobatkan JUARA..hehehehe...mudah2an...Amin...

Kepada kawan2, jom kita pakat join GA ni.
Tarikh tutup 10 August 2010 sebelum pukul 10.30 malam.
.
.
.
.

Syarat2 GA (seperti yang digariskan oleh penganjur):

1. Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA tak kira lelaki atau perempuan, tak kisah follower ataupun tidak.

2.  Wajib tempek sticky post kat blog masing2 beserta back link ke blog penganjur (http://annazanariah.blogspot.com/)

3. Sila letak sticker kat side bar.

4. Tag seorang kawan anda. (Alamak! nak kena tag kawan ke?)

5. Kalau dah siap, sila tinggalkan komen kat SINI. Tinggalkan komen pada shoutbox tak diterima.
.
.
.
.
 
SO
apa tunggu lagi
jom join Anna's Birthday Giveaway
 
 
 
 
  




1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)