Showing posts with label makan-makan. Show all posts

BBQ Time

2

Kaum India yang sambut raya, kami pulak yang lebih2...siap ada bakor2 lagi... hehehehe....hurm, sebenarnya dah lama aktiviti bakor-membakor ni tak dibuat. Mungkin sebab kekangan masa.... tak macam dulu2, ada je idea nak berbbq kat laman rumah. Tapi bbq kali ni tak dibuat kat rumah sendiri, tapi buat kat rumah MIL... lagipun,  idea ni pun datangnya dari adik beradik MIL yang stay kat Singapore.... saje suka2... aktiviti macam ni selain kenyang sebab dapat makan2, dapat la jugak mengeratkan lagi tali persaudaraan... betul tak?

Bagi aku pulak, dalam sibuk2 sakit kepala + tensen dengan report yang belum siap2 lagi, aku amik peluang ni untuk restkan otak kejap... 1 hari tak bukak fail report.... hahahahaha..... bagus kan.... cuti la katakan. Amik kesempatan sungguh.... Sebelum cerita panjang lebar, meh nak tayang gambar makanan dulu....hahahaha....

[Ada ayam, ikan pari, ikan cencaru, sotong, sosej, jagung (takde dlm gambar), dll]

.
.
.
.
.
.
.
 [Seronok tengok bebudak ni lawan main congkak...]

Gambar kat atas tu adalah port aku dengan geng bebudak...hahahahaha....sambil2 berbbq, sambil layan main congkak... seronok! Yang duduk betul2 kat depan meja tu adalah tukang merasa makanan.... nak test samada dah masak ke belum.... maunye rasa macam nak pecah perut sebab banyak sangat makan macam2 malam tu...huhuhu...
.
.
.
 [Makan ramai2.... tak cukup duduk kat dalam rumah, kat luar pon boleh!]


 [Orang kuat malam tu... takde orang ni, tak berasap dapur....]


[Pilih-pilih... laksa johor pon ada tau!]


Layan pasembur dan char kuey teow udang, Penang mari....

6

Bersiaran secara langsung dari Pulau Pinang...
 Datang Penang pekena pasembur dan char kuew teow udang
Wah, bak kata seorang kawan "Perghh, jauh giler"...
Memang la jauh kalau ikutkan pada jaraknya dalam peta Malaysia... dari selatan nun menuju ke utara.. Tapi kalau naik flight x terasa pun jauhnya... dalam satu jam dah sampai ke destinasi (JB-Penag)
.
.
Tapi bukan la datang semata-mata nak pekena pasembur dan char kuew teow udang
Ada hal lain sebenarnya... tuntutan kerja (",)
Incik suami ditugaskan untuk menghadiri seminar ICMEE kat USM
tu yang diangkutnya sekali isteri dia yang comey lotte ni... hahahaha..
Ikutkan hati cam tak nak ikut memandangkan kerja2 research yang melambak2 minta disiapkan tu... Tapi bila Incik suami dah buat muka kesian, mintak temankan sekali....
Aiii, hati isteri mana yang tak simpati kan... Paling tidak, ada la jugak teman dia kat sana nanti... Ok la, surrender la demi suami yang ku'chentai'... hehehehe.... Tu yang terpaksa angkut sekali laptop + bahan2 research yang lain.... Incik suami pergi seminar, si isteri ber'seminar' kat bilik hotel. Ok la tu kan!!! Nasib baik wireless kat sini sangat laju.... I like... (",)
.
.
.
Kiranya ni kali ke-3, aku jejakkan kaki ke bumi Penang ni...
First time, tahun 1997 @ 1998 (dah lupa dah!), time majlis konvokesyen my sister kat USM. 
2nd time, tahun 2007 (majlis kawen my sis kat Bukit Mertajam)
dan kali ni adalah kali ke-3...
.
.
.
Berbalik kepada topik asal
Layan pasembur dan char kuey teow udang
Dah sampai Penang, haruslah pekena tu semua kan...
Nasib baik ada member suami sudi pinjamkan keretanya sepanjang kami stay kat sini.
Dapatlah kami ronda2 + jalan2 cari makan kat tempat2 best2...
Kalau x, takde maknanya semua tu.. pekena kat kedai mamak berdekatan je la jawabnya.. hehehe...
.
.
.
Hasil tunjuk arah GPS Iphone, maka sampai la kami kat Padang Kota Lama, Penang.
Jom layan menu yang kami terjah malam tadi.

[Char kuey teow udang (RM8.00)]
Perggh, harganya memang mahal. Udang ada 3 ekor je....boleh dikategorikan besar jugak la... Walaupun sedikit tapi ok la...sebab rasanya pun boleh tahan. Cuma, tak puas sebab makan share kan...hahahaha....


 [Kerang (RM10)]
 Amik kau! Sebekas besar datangnya....
berbaloi la dengan harganya. Tapi, puas jugak nak ngabihkannya..banyak sangat...

[Pasembur (RM15)]
Puas hati makan, sebab semua yang dipilih memang yang sedap2.. tu yang mahal harganya. Kuah dia memang sedap!



Ok la, tu je nak bercerita pasal makan2 kat Kota Padang Lama, Penang malam tadi.
Kalau berkesempatan, ada lagi cerita pasal jalan2 kat Penang ni untuk entri yang berikutnya....
A.D.I.O.S









Kunjungan lagi...

2


Kepada Dalie, Juju, Ct-kah, Zana dan Ila, thanks sudi berkunjung ke rumah semalam. Dah lama diorang bagitahu nak datang beraya ke rumah... Cuma tunggu masa Ct-kah turun UTM je untuk konvo... Congrats ye Ct-kah... tak sia2 usaha keras + aktif JKM KTF...(",)

[Zana memang pantang nampak kamera..hehehehe...]
.
.
.
Maaf la ye kalian kalau ada yang terkurang... itu je yang mampu terhidang... Tuan rumah penat travel KL...one day trip gara2 ke Maskara Shorties 2011... pukul 5.30 pagi sampai kat rumah....layan tido sebabak dua, after zohor baru start berperang kat dapur....hehehehe...
Walaupun mee kari tu rasanya agak pedas (anak tokak dah terjangkit dengan masakan Jowo...hohoho), tapi still korang boleh layan kan... Tapi muffin chocolate dan muffin orange tu memang khas i buat untuk korang tau....(",)

[Bergambar itu wajib..hehehe...tuan rumah sememeh, tak boleh masuk gambar]
.
.
.
Sekejap je korang datang kan..
Tak sempat nak bergosip2 dengan Juju
Tak sempat nak tukar2 petua dengan Dalie
Tak sempat nak panjang2kan gelak ketawa dengan Ct-kah & Zana
Pendek kata, korang ni memang tak nyempat2 nak balik...hahahahaha...
Takpe, lain kali datang lagi ye!

[Kusyuk bebenor tengok  album gambar kawen tuan rumah]
.
.
.
.
.
Lepas diorang balik, famili sepupu suami pulak datang berkunjung. Nasib baik.....Risau jugak bila mikirkan siapa la yang nak ngabeskan mee kari yang banyak lagi kat atas meja tu. Lepas famili sepupu balik, datang pulak Cik Mas dan Apat, kawan Incik suami a.k.a kawan aku jugak...hehehehe.... Diorang ni memang betul2 langkah kanan, ada rezeki lebih untuk diorang....
.
.
.
.
Dalam sedar tak sedar, dah nak masuk waktu maghrib dah.
Cepat sungguh waktu berlalu...
Walaupun badan penat, tapi hati gembira dengan kedatangan semua
Orang cakap kalau rumah selalu dikunjungi tetamu, murah rezeki...
Mudah2an...Amin....





Mee Vietnam ala Kasih Suci...hehehehe...

8

Salam semua dan selamat bersahur....Kalian bersahur apa tadi? Kami berdua bersahur lauk ayam masak merah (rezeki dari jiran sebelah rumah) + sambal goreng (lebihan berbuka semalam)...hehehehe....Nasib baik la ada lebihan lauk pauk tu semua, kalau tak, tak bersahur mana la gamaknya kami suami isteri. Biasanya, tiap2 pagi aku akan masak lauk untuk sahur...Bangun awal2, kul 4 pagi dah berperang sensorang kat dapur....Tapi nak dijadikan cerita, pagi tadi gas habis...haru betul....nasib baik ada microwave untuk hangatkan semua lauk pauk yang ada. Dugaan.......
.
.
.
.
Ok la berbalik pada topik asal....
Kali ni aku nak kongsikan resepi Mee Vietnam (Iftar hari ke-11) dengan kalian semua. Resepi ni aku dapat dari Bik Nita (makcik sebelah suami) yang tinggal kat Singapore. Resepinya tersangatlah mudah...Kepada sesiapa yang penggemar makanan ala-ala sup macam aku, sure akan suka dengan mee ni.... Cuba la...

[Mee Vietnam ala Kasih Suci]
.
.
.
.

Ok la, jom kita usha cara-cara nak masak Mee Vietnam ni...

Bahan2nya
1/2 kg daging lembu di rebus dan ambil airnya. Daging di hiris empat persegi tidak terlalu besar dan tebal
Mee laksa atau pun bee hoon - di celur (*aku guna mee Udon..hehehe)
taugeh - di celur
sawi - di celur
bawang putih } di tumbuk halus utk menumis
bawang besar } di tumbuk halus utk menumis
halia } di tumbuk halus utk menumis
kuib daging knorr atau maggie
daun ketumbar - di hiris kasar2 dan ambil akarnya
daun pudina - utk hiasan (* takde pun takpe)
lada padi di potong kecil2 dan di campurkan dgn kicap nampla atau kicap ikan (fish sos - thailand)
minyak utk menumis

Cara2nya
Tumis bahan2 yg di tumbuk halus hingga naik bau
Masukkan stok air daging lembu (air rebusan daging)
Bila sup telah mendidih masukkan kuib daging knorr dan akar daun ketumbar. kacau lagi
Masukkan kicap ikan dan garam secukup rasa
kacau dan bila rasanya sudah ok, taburkan daun ketumbar di dalamnya dan bolehlah di tutupkan api nya.

Cara sediakannya
Sediakan semangkuk mee laksa tau bee hoon yg telah di celurkan.
Hiasankan dgn hirisan daging lembu diatasnya bersama sawi & taugeh.
Tuangkan kuah ke dalam mangkuk mee dan akhir sekali tabur daun pudina dan kalau suka taburkan sedikit bawang goreng. Lada padi bersama kicap nampla adalah utk cecahan daging.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok, tu adalah resepi asal...
Tapi semalam aku dah alter sikit cara masakannya....Ikut selera masing2 la....
Contohnya, kalau ikut resepi asal, daging dan sawi dijadikan hiasan kan...tapi aku campak sekali dalam sup..hehehehe.....Kalau nak sodap lagi, boleh tambah fishball atau meatball....terserah kepada citarasa masing2....Ok la, selamat mencuba ye.....






Sesi tayang gambar makanan...hehehehe

1

Alhamdulillah...hari ni dah masuk 5 Ramadhan. Kejap je masa berlalu kan...tik tok tik tok, dah habis seminggu....Semasa BW, ramai blogger2 lain sibuk cerita pasal juadah berbuka masing2...Aku pun nak join sekali la meng'kepoh2'kan diri untuk berstori-mori tentang juadah berbuka puasa pada petang 2, 3 dan 4 Ramadhan lepas bersama suami yang tercinta..eh eh eh, bukan 'ter' la... Hahahahaha... Juadah berbuka hari pertama tak nak cerita kat sini, sebabnya hari first puasa berbuka kat umah FIL+MIL, makan2 nasi ayam spesel gitu...
.
.
.
Juadah berbuka puasa kami suami isteri biasa2 je...maklumlah, berdua je kan...lebih2 pulak takut membazir la pulak...itu pun sarat jugak nak memperabihkannya...
.
.
.
Juadah berbuka puasa hari ke-2

 [Mee goreng basah + karipap sardin campur kentang + air bandung soda]

Hurmm, pada hari ke-2 tu plannya nak masak kari kepala ikan merah...entah lah, memang dah agak dah, sure last2 minit menu akan berubah. Kalau nak layan tekak sorang senang kot, tapi kalau melibatkan anak tekak yang ke-2, terpaksa la beralah. Kononnya tak nak makan nasi, owhh saya SUKE je...hehehehe...Alih2 buat mee goreng basah sebagai menu utama + karipap sardin campur kentang + air bandung soda. Semuanya home made punya versi...kalau beli kat kodai takleh berjimat..hahahahaha....Karipap memang sengaja dibuat lebih untuk dibahagi2kan kepada jiran2 sebelah rumah. (",)
.

Juadah berbuka puasa hari ke-3

Puasa hari ke-3, plannya nak makan nasi berlauk. Sebabnya ada orang tak boleh kalau tak makan nasi...Hahahaha...dah agak dah! :-P

 [Ikan sebelah goreng kunyit + lemak pucuk ubi]

Menu utama adalah masak lemak pucuk ubi. Pucuk ubi ni diimport khas dari kebun seberang jalan. Owhh, sudah jimat di situ. Hehehehe... Dipadankan pulak dengan ikan sebelah goreng kunyit. Memang kena la...sensorang, kemain laju je makan...

 [Tempe & tauhu jepun goreng + sambal belacan]

Tempe dan tauhu jepun goreng ni sebagai lauk tambahan untuk penambah selera. Plus pulak dengan sambal belacan KOW. Ada orang pantang kalau takde sambal belacan...kalau takde makan tak laju!

[Roti manis + air mata kucing]

Roti manis buatan sendiri hasil ketung-ketang laki bini kat dapur....hehehe...


Juadah berbuka puasa hari ke-4

Alhamdulillah, semalam kami suami isteri berbuka nasi putih berlaukkan kari kepala ikan merah + ikan goreng + ulam2an. Yeayy...finally tercapai jugak nak masak kari kepala ikan merah...bukannya apa, kepala ikan merah tu lama sangat dah kat dalam fridge tu. Lama2 takut rosak..Lagipun target sekarang memang nak memperabihkan cepat2 bahan2 mentah yang ada kat dalam fridge tu.. Bila dah habis nanti boleh la pi borong bahan2 mentah yang baru...hihihihi...
 
[Kari kepala ikan merah + ikan goreng + ulam2an]

 Seperti hari2 yang sudah, mesti nak kena ada kuih2 sikit2 sebagai pencuci mulut.
Atas permintaan seseorang tetiba nak makan puding, so ketung-ketang2 la petang tu untuk menjayakan misi masak2 puding kastard jagung berkuah.

[Puding kastard jagung berkuah + kurma]

Makan2 jugak, kurma tetap diutamakan.










Buah mata kucing sudah masak...(",)

0

Stop kejap bercerita pasal percutian ke Pulau Tioman. Ni ada entri selingan. Ingat lagi tak KS pernah tulis satu entri pasal buah mata kucing? Kalau siapa yang dah lupa tu boleh le ke SINI. Just nak bagitahu buah2 mata kucing tu dah masak dan sudah boleh dimakan. Ni pun just try and error, amik sebiji, kupas kulit, hurmmm manis...yeay dah masak!!!

 Ini sebahagian yang tinggal. Banyak dah dibahagi2kan kepada jiran2. Biarlah semua dapat sama2 rasa keenakkan + kemanisan buah2 mata kucing tu. Walaupun isinya agak nipis jika nak dibandingkan dengan buah mata kucing yang dijual di pasar2, tapi still enak untuk dimakan. 
.
.
.
.
.

Pagi tadi balik rumah MIL, dapat pulak rezeki makan buah pulasan. Dengar kata, buah pulasan ni sedang rancak masak ranum di kebun FIL kat Gelang Patah.  Tapi KS tak berkesempatan untuk petik sendiri kat kebun tu...buah pulasan ni pon manis rasanya...banyak betul rezeki menjelang bulan Ramadhan ni. Mudah2an rezeki pada bulan Ramadhan akan lebih bertambah lagi. InsyaAllah...





T.R.I.F.F.L.E...sodap!!!

3

Dah lama sebenarnya hati ni nak buat Triffle. Tapi tiap kali nak masak, ada je bahan yang terkurang. Maka, asyik tertangguh la jawabnya... Semalam singgah kedai, beli mana2 yang kurang, terus terjah masuk dapur..COOKING TIME.
.
.
.
.
Sebelum tu kita tayang bahan2 yang diperlukan untuk masak Triffle nih. Simple je pun bahan2nya...


Bahan2 yang diperlukan:
(1) Susu cair - 1 tin
(2) Susu pekat - Setengah tin
(3) Koktail buah - 1 tin
(4) Jeli NONA - perisa ikut selera masing2
(5) Tepung kastard - 4 sudu
(6) Kek Gulung @ Swiss Roll 
(7) Air - 1 tin susu cair

Cara-cara:
(1) Susu cair + susu pekat + air buah (koktail) + air = didihkan.
(2) Tepung kastard --> cairkan dengan air.
(3) Masukkan tepung kastard ke dalam campuran (1) --> kacau 30 min sehingga likat.
(4) Tuangkan campuran (3) ke atas kek gulung yang telah disusun di dalam bekas.
(5) Taburkan buah2an koktail.
(6) Masak jeli.
(7) Kemudian, tuangkan jeli tersebut ke atas taburan buah2an koktail.
(8) Simpan dalam peti ais. Agak2 dah jeli dah keras, boleh la makan!!hehehe...
.
.
.
.
.

Ini la rupa Triffle yang tak berapa nak semenggah! ;p
Jangan tak tahu, rupa je cam tak menarik sangat, tapi rasanya sodap!
Sebenarnya triffle ni ada macam2 versi. Terserah pada si pembuatnya la...Kalau suka cheese, boleh masukkan cheese...kalau sukakan badam boleh masukkan badam. Makin tinggi selera, maka tinggi la jugak budgetnye..hehehehehe......
.
.
.
.
.

 Next time nak buat triffle cenggini pulak..hehehehehe....







Ketupat Sotong..

2

Owh..nikmatnya dapat makan ketupat sotong.
Orang Terengganu sebut "Tupat Sutung"..hehehehe....
Dah lama dah anak tekak ni kepingin nak makan...hukhuk....
Baru semalam berkesempatan masak untuk makan2 sendiri....hihihihi...
.
.

Yummy....delicious....
Alhamdulillah...



Majlis makan2..alih2 jadi majlis sambut harijadi...hehehe

0

Plan nak buat makan2 untuk member2 research ni memang dah lama sebenarnya.
Asyik2 tertunda je... kesian pulak diorang ternanti-nanti nak datang kenal rumah KS...
dah berapa kali gaji dah terlepas, alih2 dapat je duit gaji bulan lepas terus KS bincang dengan Mr Hubby tentang hasrat hati untuk buat makan2...
.
.
.

Dan seperti hari2 yang sudah, Mr Hubby memang tak membantah hasrat hati si isteri..hehehehe...akhirnya KS pilih tarikh 5 Mei tuk buat majlis makan2...walaupun 5 Mei tu tarikh bufday KS, tapi langsung tak berniat nak buat majlis harijadi je hape...lagipun kebetulan tarikh tu je yg available memandangkan hujung minggu, kami pasangan suami isteri akan sibuk menguruskan majlis yang akan berlangsung pada hujung bulan mei nanti.
.
.
.
.

Disebabkan awal2 lagi diorang dah sibuk suruh KS masakkan spageti tuk majlis makan2 tu + berBBQ.. so untuk tidak mengecewakan hati banyak pihak, KS turutkan sahaja..lagipun masak spageti ni kan mudah je...campak itu campak ini, dah pun siap....cuma KS masak sekali bihun goreng + puding mangga sebagai tambahan..manalah tahu, kot2 ada yang tak cukup makan nanti...hehehehe...

Hidangan yang sempat KS sediakan...bonus, ada buah jambu...kebetulan jambu kat pokok depan rumah tu tengah masak...rezeki diorang...tak pasal2 layan colek jambu memalam buta...jangan ada yang sakit perut sudah....;p
.
.
.
.

setelah semuanya dah tersedia, tunggu masa diorang sampai je...arang untuk bbq pon dah berbara...tunggu diorang sampai je tuk teruskan aktiviti bakor membakor..hehehehe...

Sesampai je diorang, terus diserbunya tempat bakor2...wah excited betul diorang nak berBBQ ye...kot iye pon, handbag tu letak la dulu sebelum nak kipas ayam...hehehehe....seronok melayan karenah bebudak ni...
.
.
.
.
.
 Tengah2 KS sibuk suruh diorang menjamu juadah yang terhidang, diorang ni pulak sibuk keluarkan kek dari kereta...konon nak buat suprise...alih2 mintak lighter ngan tuan rumah...hahahahaha...nak pasang lilin punya pasal, nak tak nak terpaksa la mintak ngan bufday girl ni ha...hahahaha...kelako la diorang ni...siap nyanyi2 lagi...hai, dah besor2 camni pon nak kena tiup lilin lagi...malu akaQ...hehehe...malu2 tapi mahu...hahahahahahaha


 Ni la rupa kek bufday tu...chocolate indulgence from Secrect Recipe....thanks la ye adik2 sekalian...terharu benor rasa hati ni...susah2 aje....
.
.
.
.
.
.

Tiup lilin dah sudah....aktiviti makan2 la pulak....
diorang ni memang pantang tengok kamera...tengah2 amik makanan pon sempat lagi berposing ye....
.
.
.
.
Aduh..penat dah berceloteh sensorang kat sini...apa lagi yang nak diceritakan ea?
kita layan gambar la pulak, boleh? hehehehe...
Makan..jangan tak makan...
makanan banyak lagi kat atas meja tuh...
Pose istimewa dari anak2 dara yang cun2 blake...oppsss terselit mak dara sorang kat tengah tu...

 yeah...ni la rombongan yang hadir malam tu
Zul, Iffah, Zara, Shaf, Wani, Anis, Ema, Shariff (kumbang sesat), dan Sab (tukang amik gambo)..
.
.
.
.
.
.
.
Si isteri asyik melayan tetamu yang hadir..
Kesian sang suami...diabaikan oleh si isteri....asyik bebenor layan bebudak ni gelak2 sambil bermanja-manja dengan kucing2 yang ada..huhuhu...

 

Disebabkan nak menjaga hati tetamu yang hadir, terpaksa la sang suami menonton perlawanan kesukaannya melalui tingkap...hahahahaha....kesian betul kan...xpe2, tonton-tonton jugak...yang pastinya ayam bbq tak lekang kat tangan tu..hehehe....si isteri plak siap menjilat jari nampaknya...sedap bebenor nampaknya....
.
.
.
.
.
.
.

Sekian.......



Nota cinta KS: Kredit tuk budak kecit, Sabarina sebab sudi datang tolong masak2...








Rombongan dari Singapore!

0

Sejak2 dah kawin ni, ramai betul tetamu yang suka berkunjung ke rumah kami. Alhamdulillah, dah orang sudi datang...kami suami isteri menerima kedatangan kalian semua dengan senang hati. Bak orang kata, semakin ramai tetamu datang berkunjung melawat kita kat rumah, lagi murah rezeki rumah tu..tambah2 pulak kalau melayan tetamu dengan sebaik2nya dan seikhlas hati..mudah2an kami sekeluarga dirahmati olehNya...InsyaAllah...
.
.
.

Kalau sebelum ni, cuma kawan2 sang suami atau kawan2 si isteri je yang gemar berkunjung ke rumah kami..lepak2 sambil berBBQ...tapi kunjungan kali ini datangnya dari negara ober-c. Singapore mai. cam jauh bebenor je kan...hehehehe...padahal Singapore-JB dekat je pun...(",)

  Nabila, Bik Nita, Cik Mala, Bik Liza dan Ibu

Kedatangan diorang adalah sebab nak tolong buat persiapan untuk majlis kitorang hujung bulan nanti kat rumah keluarga MIL kat Johor Jaya. Alang2 dah turun JB, apa salahnya turun singgah sekali rumah pengantin baru yang dah tak berapa nak baru dah ni...huhuhuhu...Walaupun sedikit kelam kabut sebab diorang plan nak datang pun last2 minit. So, pasangan suami isteri ni buat la persediaan menerima kedatangan diorang serba ringkas sahaja. Tapi sempat la singgah borong ayam untuk bakor2...hehehe...


Sebelum acara bakor2 dimulakan, apa kata duduk santai2 dulu sambil menjamu keropok lekor goreng dan pekena teh-o panas. Walaupun hidangan petang sedikit ringkas, tapi alhamdulillah semuanya berpuas hati. Tambah pulak pokok jambu kat luar rumah tu sedang masak ranum, dapatlah diorang merasa colek buah jambu sekali...
.
.
.
.
.

Ni antara hidangan yang tersedia pada malam tersebut. Ada ayam BBQ + Sate (beli kat taman sebelah..hehehe). Walaupun simple, tapi semua orang kenyang....(",)




Jamuan perpisahan staf ofis KTF...

6

Lega rasanya gerak kerja pilihan raya kampus dah pun selesai.
Setelah 4 hari 3 malam sibuk bersengkang mata pagi dan malam memantau gerak kerja jentera2 pilihanraya kampus, akhirnya saat2 genting telahpun sampai ke penghujungnya. Tahniah kepada calon KTF iaitu Mimie dan Ying kerana memenangi kerusi di fakulti masing2. Semoga kalian berdua dapat menjalankan amanah serta tanggungjawab dengan sebaik2nya. Jangan persia-siakan para penyokong kalian, kerana kepada kalian lah tempat mahasiswa untuk menyuarakan suara serta hasrat hati masing2.
.
.
.
.
.

Oklah, tak nak berceloteh banyak tentang pilihanraya kampus yang sudahpun berlalu.
Tapi nak berkongsi cerita tentang majlis perpisahan salah seorang staf pejabat Kolej Tun Fatimah (Kak An) pada jumaat yang lepas. Untuk pengetahuan semua, Kak An telahpun ditukarkan ke Pusat Kesihatan UTM sejak awal Februari. Walaupun jarak KTF dengan Pusat Kesihatan tak lah jauh sangat, tapi ketiadaan seorang staf yang sangat baik dan mesra pengguna turut terasa kehilangannya.
.
.
.
.
.

Sebenarnya jamuan ni hanya diraikan dikalangan staf2 pejabat KTF sahaja. Tapi inilah yang dikatakan "langkah kanan". Rezeki terpijak kata orang. Kebetulan KS singgah ofis untuk setelkan dokumen berkenaan kuota pengetua. Alang2 singgah, diorang ajak join sekali...tambah pulak, Pn K ada sekali...walaupun perut dah penuh time tu...ye la, baru je sudah lunch sama2 dengan Puan K, Dalie dan Sab kat Restoren Ubi Kayu kat Taman U. Mula2 taknak join, sebab segan....wawawawawa...tapi sekali Pn Mar jemput, tak sampai hati pulak nak tolak...Walaupun dah kenyang, sempat jugak makan kek + kuih muih yang terhidang....hehehehehehe....

Gambar : Kak An (yang diraikan) dan Puan Mar (Pengetua KTF)


Sempat bergambar kenang-kenangan bersama Kak An, Pn K dan En Khairul (bekas staf KTF yang telah dipindahkan ke Kolej Perdana) serta staf2 KTF yang sporting habis. Bab bergambar memang semua orang SUKE!

.
.
.
.
.

Last but not least
nak jugak tayangkan kek yang sangat sedap yang menjadi habuan kitorang pada hari tu..


Blueberry chocolate
DAN

kek Tiramisu yang sangat best!
makan kek tu teringat cerita "Tiramisu" kat tv3.. hehehe


Barbeque....

4


dek kerana sebelum ni tak berkesempatan nak berkongsi cerita tentang aktiviti bbq+makan2 tempohari, so disebabkan mood untuk berstori-mori sedang membuak2, so laju je jari jemari ni menaip sambil fikiran melayang2 terkenangkan balik peristiwa malam tu...hehehe...


Idea aktiviti untuk ber'BBQ' ni pada asalnya idea kawan2 my hubby-to-be. Kebetulan pulak, En Tunang kan baru masuk rumah baru kami..kiranya aktiviti ni sempena untuk house-warming la..walaupun berapa kerat je yang terlibat...tapi still happening...
.
.
.

Macam biasa la kan...geng da jantan sentiasa memonopoli apa2 sebarang aktiviti pon...at first, KS xnak join memandangkan takde girls lain yang join...segan pulak sensorang nanti....tapi. petang tu tetiba teringat kat Ana dan Sab. Hmmm apa kata ajak diorang sekali...sure seronok masak2 ngan diorang....tu yang terus call En Tunang mintak permission nak join skali...sekali dapat GREEN light...so ape lagi, terus je fikir nak buat apa sebagai potluck dari the girls...(",)...ooppss, lupe pulak nak bagitau yang bbq malam tu ala pot luck...sapa2 yang datang kena la bawak makanan masing2...tuan rumah cuma sediakan tempat je...(",)
.
.
.
.

sebagai potluck dari the girls, kitorang cuma sediakan salad buah dan bubur cha-cha...kebetulan Ana baru balik dari Kedah...kiranya cha-cha tu fresh mai dari Kedah... nasib baik Im (kwn En Tunang) sanggup bawak kitorang shopping dulu pape yang patut kat Giant..
.
.
.
.
.
.

Sesampai je kat rumah, tak boleh buang masa..terus buat keje2 yang patut...buah2 kena potong...bubur cha-cha dah nak kena mula masak...ketung ketang ketung ketang....akhirnya siap hasil tangan tak seberapa dari the girls...(",) oopppsss, lupe pulak nak amik gambar makanan2 tersebut...;p

 Aksi potong memotong...hehehehe....
Aipp, jangan memain, pisau baru beli tu, TAJAM.....


 Ni la Ana dan Sab, merangkap assisstant malam tu...tanpa diorang tak cukup tangan dibuatnya...thanks tau! jangan serik ye...next time kalau ada makan2 lagi, sure nama korang first yang akan terlintas di fikiran untuk diajak tolong2 pape yang patut...hehehehe....

uits....kat dapur pon sempat lagi berposing ye....dah nama pon "Hantu kamera"...kikiki.... Rajinnya anak dara dara ni...bertuah sapa yang dapat...hahahahahahahaha....untuk pengetahuan, gelas2 dan pinggan mangkuk yang ada kat dapur tu semua hasil pemberian dari my future mom-in-law...jimat duit kitorang dah tak yah beli lagi dah after ni.....(",)
.
.
.
.

Last but not least...
aksi2 the girls serang makanan yang ada malam tu...hihihi...

KS dengan pinggan mee goreng... Ana dengan mangkuk bubur cha-cha...Sab dengan pinggan salad buah....makan-makan sambil layan citer kat laptop....
SERONOK!!!!




Nota kaki: Kalau u all perasan, the girls malam tu semuanya pakai baju kaler purple...serius, kitorang memang tak berjanji...KEBETULAN!!! Sampaikan gang2 da jantans panggil kitorang "geng rewang"....iskh2, ada ke patut...tapi tak kisah la, yang penting...perut kenyang, hati HEPI!...



Makan-makan at The Manhattan Fish Market..

0

Entri Jom Makan-Makan kat The Manhattan Fish Market, Jusco Tebrau, Johor Bahru.
Aktiviti makan-makan ni adalah sempena meraikan cik Kasih and da gang yang berjaya dapat biasiswa UTM. So, sempena mengenang budi dan jasa baik penyelia, kami pun berpakat la nak belanja beliau makan-makan special kat restoren The Manhattan Fish Market....
.
.
.
.

So far, makanan yang disediakan kat sini memang BEST! Harganya pun agak mahal...hehehehe...tapi tak terasa sangat sebab kitorang kongsi fulus...hehehehe...nak sponsor sorang2 memang la den tak mampu...tapi kepada sesiapa yang baru pertama kali pekena masakan kat restoren ni, sure tak rasa menyesal...sebab makanannya semuanya best2...
.
.
.

Jom layan menu yang menjadi pilihan kami tempohari.

Large Flamming Platter

Tuna Caesar Salad

Sotong celup tepung...hehehehe...entah la, lupa la nama menu ni

yang ni pon lupe..hehehe...grill apa ntah..huhuhu....tapi best..isi ikan sangat lembut...


ha..ni la muka2 kami (kecuali baju biru hujung sekali) yang meng'sponsor'kan duit dalam poket masing2 untuk bayar apa yang telah dipesan...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)