Pengalaman bersalin (PART 2)

34

Tetiba mood nak menulis datang berkobar-kobar. Ok, jom sambung kisah pengalaman bersalin part 1 hari tu ye. Sesiapa yang terlepas baca (PART 1), boleh klik link tu ye. Kalau ada la kan. Macam la blog picisan ni ada yang heran apa yang tuan empunya blog tulis kan. ;p

Ok, dipendekkan cerita. Walaupun malam 1/8/2012 masih belum ada tanda-tanda nak bersalin, so pagi keesokan harinya (2/8/2012) saya dan suami pun pergilah menyerah diri kat Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Nak tak nak, terpaksa la diri ini merelakan diri untuk diinduce.

Start induce jam 8 pagi. Masa doktor masukkan ubat induce tu agak sakit jugak la. Hohohoho. Tapi, tahan je la, dah tak sabar nak deliver baby punya pasal. Hihihihi. Dan masa tu jugak, masih boleh update status kat facebook dan bergelak ketawa bergurau senda dengan suami. Sejam selepas, dah start mula sakit2, tapi masa tu cuma mild contraction. Baby masih sangat aktif tendang menendang, mungkin dah tak sabar nak keluar melihat dunia. Setiap 1 jam midwife akan datang untuk check bacaan CTG. Jam 12 tengahari, dah mula rasa sakit sangat2, tapi bila doktor check, bukaan pintu rahim masih belum terbuka walaupun 1cm. Hati dah mula cuak, sebab kalau ikutkan kata doktor, tengok pada bacaan CTG, gayanya macam dah dekat nak bersalin dah, dan memang patut kena tolak masuk ke dalam labour room. Tapi disebabkan pintu rahim belum buka, so nak tak nak, tunggu je la. Doktor akan datang lagi cek jam 2 petang. Dalam menahan sakit, mulut memang tak pernah berhenti baca doa nabi yunus dan ayat qursi, moga2 proses bersalin dipermudahkan olehNya.

Jam 2 petang, doktor datang la cek bukaan rahim. Sedih & hampa, masih belum ada bukaan walaupun time tu memang dah sakit sangat2. Doktor panggil suami, bincang untuk jalankan pembedahan. Doktor cadangkan lakukan pembedahan segera untuk elakkan sebarang komplikasi pada baby. Aku masih bertahan untuk tunggu lagi, mudah2an pintu rahim akan terbuka nanti. Lagipun aku berani ambil keputusan tu bila tengok heart beat baby pun masih kuat, dan aku yakin Allah bersama-sama dengan aku untuk memudahkan proses bersalin. Masa tu memang keadaan suami sangat kusut & kritikal. Aku faham. Suami mana yang tidak risau dan bimbang bila melihat keadaan isteri yang sedang menahan sakit yang teramat dan bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pertamanya ke alam dunia, plus memikirkan keadaan baby kat dalam lagi. Lambat lakukan pembedahan, takut berlaku sebarang komplikasi yang kita tak tahu. Allahuakbar! Masa tu memang aku redha & berserah sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa. Doktor bagi masa sampai jam 4 petang, kalau pintu rahim masih belum buka, nak tak nak memang pembedahan wajib dijalankan.

Jam 4 petang, bukaan pintu rahim hanya 1cm sahaja. Air ketuban pun dah pecah. Nak tak nak, dalam linangan air mata, aku redha diri ini ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Hajat dihati untuk merasai kesakitan sakit bersalin normal tidak kesampaian, kuasa Allah Maha Besar. Aku terpaksa akur dengan "Kun Fayakun" Allah. 

Proses pembedahan sangatlah terancang dan berjalan sangat lancar. Baru terasa yang aku baru je angguk tanda setuju untuk dibedah, alih-alih kedengaran tangisan baby yang aku kandung 40 minggu. Allahuakbar, Allah Maha Besar. Alhamdulillah, secara rasminya aku dah pun bergelar seorang IBU. Sangat indah perasaan time tu. Walaupun hanya dapat dakap sekejap, dan hanya sempat beri ciuman selamat datang pada khalifah Allah yang kecil dan comel tu, namun aku terharu dan berterima kasih pada Allah kerana memudahkan segala urusan pembedahan.Nurse terus bawa baby pada suami untuk diazan dan diiqamahkan, sementara yang lain-lain selesaikan menguruskan aku yang menggigil menahan kesejukan yang teramat. Ingatkan bila dah selesai semuanya, aku terus dihantar balik ke wad. Rupa2nya kena tahan dulu kat satu ruang, bila keadaan aku dah stabil baru diorang hantar ke wad. Punya la tak sabar nak dakap dan tatap puas-puas my baby. Sekejap sangat dapat pegang tadi. Hihihihi.

Segala proses keluarkan baby dari dalam perut, memang aku tak dapat tengok since diorang tutup pakai tabir kat depan muka. Huhuhu. Doktor belah perut pun, aku tak rasa pape since diorang dah biuskan separuh badan (pinggang ke bawah). Baby selamat dikeluarkan tepat jam 5.12 petang. Maknanya semuanya berlaku hanya dalam masa 1 jam 12 minit (termasuklah tukar baju bedah, tolak masuk lif, tolak masuk dalam bilik pembedahan, sign itu ini, soal jawab dulu itu ini, cucuk ubat bius dll) selepas aku dan suami memberi kata sepakat untuk dibedah. MasyaAllah, semuanya berlaku sangat pantas. Doktor sampai bilik pembedahan pun, bila aku dahpun selamat dibiuskan, lebih kurang jam 4.45 petang. Maknanya, proses keluarkan baby sangatlah singkat, cuma plus minus 10-15 minit sahaja. Nasib baik jugak pembedahan dilakukan awal, sebabnya baby berak sebaik sahaja dikeluarkan. Ada hikmah juga pembedahan dilakukan, kalau tak, kemungkinan baby akan makan najis kat dalam perut. Wa Allahu a'lam.

Setelah selesai semuanya, baru la tahu punca sebenar kenapa pintu rahim tak terbuka. Rupa-rupanya, kedudukan kepala baby tak masuk betul pada pintu rahim. Normal, kepala baby akan menyusul dulu. Ni, kepalanya senget, telinga yang nak keluar dulu. Huhuhu. Anak oh anak. Apa2pun, ikut tingkap jugak kamu keluar ye sayang. Apa2pun yang berlaku, semuanya dahpun setahun sudah berlalu. Damia pun dah 1 tahun 3 bulan. Sekejap je masa berlaku, rasanya baru semalam semuanya terjadi. Saat entri ni ditulis, rasa macam tengok wayang mengimbau kembali saat2 berperang dan menyabung nyawa untuk melahirkan zuriat pertama kami, Damia Hanani binti Fakhrul Anwar. InsyaAllah, andai dipanjangkan usia dan diberikan rezeki untuk mengandung anak ke-2 nanti, mudah-mudahan Allah bagi aku peluang untuk merasai kesakitan untuk bersalin secara normal. Amin, mudah-mudahan.

Sebelum pen off, meh tatap gambar terbaru Damia.


A.D.I.O.S



Pengalaman bersalin (PART 1)

0

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum readers semua.

Tengok pada tajuk entri ni, sebenarnya memang dah lama simpan cerita pengalaman bersalin ni. Plan asal, cukup umur Damia 1 tahun, baru saya nak bukak cerita. Nampaknya, dah lewat sebulan lebih. Hari ni Damia dah pun 1 tahun 1 bulan 1 minggu 2 hari. Wah, complete gitu.

Ok la, cerita ni dah lama dah, so, tak tahu nak mula dari mana. Hihihi. Tapi, insyaallah, akan ku perah balik saat-saat saya berperang tenaga dan nyawa untuk melahirkan si puteri Damia Hanani. Sebelum tu nak bagitahu siap-siap. Ye, saya bersalin secara pembedahan. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. Sepanjang hamil, alhamdulillah, kandungan semuanya ok. Doktor pun beri jaminan yang baby insyaallah akan keluar melihat dunia secara normal. Allah Maha Besar, nampaknya baby nak keluar 'ikut tingkap' jugak. Huhuhu..

Disebabkan saya dan suami decide nak bersalin kat Hospital Columbia Asia Nusajaya, so 4-5 bulan terakhir sebelum bersalin, kami memang akan ke sana untuk tujuan monthly check-up selain pergi buat check-up dekat klinik UTM. Bila dah decide nak bersalin kat private, so, doktor akan bagi tarikh siap-siap untuk due-date bersalin. Due-date bersalin adalah genap hari ke 40 minggu. Bila usia kandungan dahpun 38 minggu dan ke atas, tunggu masa je la. Bila dah ada tanda-tanda nak bersalin, kena cepat2 datang ke hospital. Tapi, bila dah cukup 40 minggu, tapi masih belum ada tanda-tanda nak bersalin, nak tak nak memang kena datang ke hospital untuk induce. Huhuhu.. ni kes paksa bersalin la ni. Hohohoho. Memang macam ni keadaannya once kita dah decide untuk bersalin kat hospital private. Sebabnya doktor tak nak amik risiko apa2 yang bakal terjadi pada baby, once baby belum nak keluar walaupun dah sampai due-date untuk bersalin. 

Nak dijadikan cerita, due date bersalin adalah 2 Ogos 2012. Malam sebelum 2 Ogos, still takde tanda-tanda nak terbersalin walaupun saya dan suami gigih keluar berjalan-jalan siang dan malam dengan harapan, cepat sikit pintu rahim terbukak. Huhuhu.. Mak buyung yang sakit pinggang tak menahan ni pun gigih ajak suami jalan-jalan ke Pasar Karat la, tawaf jusco la, main badminton kat tepi rumah la, tapi still takde tanda-tanda yang baby nak keluar pada tarikh tu. Nampak gayanya, kitorang perlu berserah je la pagi-pagi 2 Ogos tu, kitorang kena lapor diri kat Hospital Columbia Asia. Mmmm, serah diri je la time tu.

(Lokasi : Pasar Karat JB)

Tapi yang bestnya, malam sebelum bersalin tu, kami suami isteri memang betul2 menghabiskan masa berdua bersama-sama dengan sebaik-baiknya. Kononnya, nanti bila baby dah keluar, masa berdua memang akan limit habis punya. So, malam tu sempat la kami layan tengok wayang for the last, before title kami berubah kepada "Mama" & "Ayah". Midnight movie cerita Spiderman. Betul kata suami, baik layan wayang puas-puas dulu, nanti bila dah ada baby, tak tahu la bila pulak baru boleh layan movie. Hihihihi. Lepas tengok wayang, sempat pulak pekena nasi goreng ayam feveret kami suami isteri kat Restoren Jalal Taman U. Masa tu masing2 membayangkan macam mana la kehidupan kitorang bila dah ada anak nanti ye. Hahahaha.. memang kelakar habis bila ingat balik keadaan masa tu. 

(Lokasi : MBO U Mall, Skudai)

 (Lokasi : Restoren Jalal, Taman U)
.
.
.
.
.
.
 Pesanan : Sila abaikan mukaku yang tembam + sembap dalam gambar di atas. Namapun orang mengandung kan. Hihihihi.

Ok, stop dulu.
Akan bersambung PART 2 nanti.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)