Pengalaman bersalin (PART 1)
0
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum readers semua.
Tengok pada tajuk entri ni, sebenarnya memang dah lama simpan cerita pengalaman bersalin ni. Plan asal, cukup umur Damia 1 tahun, baru saya nak bukak cerita. Nampaknya, dah lewat sebulan lebih. Hari ni Damia dah pun 1 tahun 1 bulan 1 minggu 2 hari. Wah, complete gitu.
Ok la, cerita ni dah lama dah, so, tak tahu nak mula dari mana. Hihihi. Tapi, insyaallah, akan ku perah balik saat-saat saya berperang tenaga dan nyawa untuk melahirkan si puteri Damia Hanani. Sebelum tu nak bagitahu siap-siap. Ye, saya bersalin secara pembedahan. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. Sepanjang hamil, alhamdulillah, kandungan semuanya ok. Doktor pun beri jaminan yang baby insyaallah akan keluar melihat dunia secara normal. Allah Maha Besar, nampaknya baby nak keluar 'ikut tingkap' jugak. Huhuhu..
Disebabkan saya dan suami decide nak bersalin kat Hospital Columbia Asia Nusajaya, so 4-5 bulan terakhir sebelum bersalin, kami memang akan ke sana untuk tujuan monthly check-up selain pergi buat check-up dekat klinik UTM. Bila dah decide nak bersalin kat private, so, doktor akan bagi tarikh siap-siap untuk due-date bersalin. Due-date bersalin adalah genap hari ke 40 minggu. Bila usia kandungan dahpun 38 minggu dan ke atas, tunggu masa je la. Bila dah ada tanda-tanda nak bersalin, kena cepat2 datang ke hospital. Tapi, bila dah cukup 40 minggu, tapi masih belum ada tanda-tanda nak bersalin, nak tak nak memang kena datang ke hospital untuk induce. Huhuhu.. ni kes paksa bersalin la ni. Hohohoho. Memang macam ni keadaannya once kita dah decide untuk bersalin kat hospital private. Sebabnya doktor tak nak amik risiko apa2 yang bakal terjadi pada baby, once baby belum nak keluar walaupun dah sampai due-date untuk bersalin.
Nak dijadikan cerita, due date bersalin adalah 2 Ogos 2012. Malam sebelum 2 Ogos, still takde tanda-tanda nak terbersalin walaupun saya dan suami gigih keluar berjalan-jalan siang dan malam dengan harapan, cepat sikit pintu rahim terbukak. Huhuhu.. Mak buyung yang sakit pinggang tak menahan ni pun gigih ajak suami jalan-jalan ke Pasar Karat la, tawaf jusco la, main badminton kat tepi rumah la, tapi still takde tanda-tanda yang baby nak keluar pada tarikh tu. Nampak gayanya, kitorang perlu berserah je la pagi-pagi 2 Ogos tu, kitorang kena lapor diri kat Hospital Columbia Asia. Mmmm, serah diri je la time tu.
(Lokasi : Pasar Karat JB)
Tapi yang bestnya, malam sebelum bersalin tu, kami suami isteri memang betul2 menghabiskan masa berdua bersama-sama dengan sebaik-baiknya. Kononnya, nanti bila baby dah keluar, masa berdua memang akan limit habis punya. So, malam tu sempat la kami layan tengok wayang for the last, before title kami berubah kepada "Mama" & "Ayah". Midnight movie cerita Spiderman. Betul kata suami, baik layan wayang puas-puas dulu, nanti bila dah ada baby, tak tahu la bila pulak baru boleh layan movie. Hihihihi. Lepas tengok wayang, sempat pulak pekena nasi goreng ayam feveret kami suami isteri kat Restoren Jalal Taman U. Masa tu masing2 membayangkan macam mana la kehidupan kitorang bila dah ada anak nanti ye. Hahahaha.. memang kelakar habis bila ingat balik keadaan masa tu.
(Lokasi : MBO U Mall, Skudai)
(Lokasi : Restoren Jalal, Taman U)
.
.
.
.
.
.
Pesanan : Sila abaikan mukaku yang tembam + sembap dalam gambar di atas. Namapun orang mengandung kan. Hihihihi.
Ok, stop dulu.
Akan bersambung PART 2 nanti.