Ekspedisi Gunung Ledang

4
seperti yang dijanjikan, Kasih nak berkongsi pengalaman pendakian Gunung Ledang tempohari... sebelum tu, maap ku pinta sebab lambat sangat nak update pasal xpdc ni..... sori ea... Kasih bukannye sengaja melambatkan entri ni... tapi ada masalah teknikal sket.... kalau u ols nak tahu, gambar2 pendakian ni Kasih baru dapat semalam.... gambar2 dalam kamera Kasih dah kene wat lari dek "chenta hati" Kasih... dier pinjam bawak p USM... so, takkan xnk kasi kan... so, gambr2 tu belum sempat Kasih transfer dah kene bawak lari....huhuhuhu....

Ok, terlalu banyak yang kasih nak kongsi ngan u ols... tapi tak tahu nak mula dari mana...gagagagaga....sabor je la....
.
.
.
.
.

sape tahu berapa ketinggian sebenar Gunung Ledang?
tinggi Gunung Ledang adalah 1276M dari aras laut dan bersamaan 4187 kaki... fuyooo tinggi tu... bangga kejap sebab berjaya menawan puncak Gunung Ledang yang terkenal dengan sejarah Puteri Gunung Ledang.


xpdc ni disertai oleh 27 orang yang terdiri daripada 11 orang perempuan dan 16 orang lelaki.... xpdc ini telah dianjurkan oleh Biro Sukan Institusi pembangunan felo UTM SKudai.... kami bertolak dari UTM kira2 jam 10 pagi dan tiba di tapak khemah 1.30 petang... cabaran pertama yang kitorang kene lalui adalah terpaksa meredah hujan untuk ke camp site memandangkan bas tak nak hantar kitorang masuk ke dalam... nak xnak kitorang terpaksa la menapak meredah ladang kelapa sawit dalam hujan.... dugaan.....

.
.
.
.
.
.
.

dah sampai campsite, ada lagi masalah yang timbul.... campsite yg sepatutnye digunakan untuk kitorang terpaksa ditukar last minit untuk beri laluan kepad team polis yg kebetulan bercamping jugak time tu....kalau kitorang nak campsite tu jugak, terpaksa lah tunggu pukul 6 baru boleh pasang khemah... after discuss, kami redha dirikan khemah kat campsite yg serba kekurangan tu (xde bekalan letrik) memandangkan hujan semakin lebat...dah la perut masing2 dah menjerit+ menyanyi2 lagu acapella... lapo yang teramat....nak tak nak anak2 dara semua  kena masak tuk makan tengahari... nama pon camping....haa time ni la masing2 nak tunjuk skill memasak... bukan senang nak masak masakan ala2 jungle ni...hehehehe.... geng2 lelaki pulak ditugaskan untuk mendirikan khemah...


tiba sudah pada hari kejadian.... kul5 masing2 dah bangun + bersiap2 nak mendaki... before mendaki, campsite nak kene clear semunye.... breakfast cuma roti+kaya je.... tak boleh makan berat2, nnt x larat nak mendaki... tak pasal2 belum sampai separuh jalan dah pancit..... mknn tuk lunch kitorang bile dah sampai puncak nnt dah masak siap2 malam sebelum, nasi putih + ikan bilis sambal + telur + timun.... so, pg2 tu tapaukan siap2 dan letak dalam beg masing2....




sebelum mendaki kene la streching dan warm-up pape yg patut... longgarkan skru2 yang ketat..hahahaha... seperti biasa la, bergambar sebelum mendaki adalah perkara wajib.. semuanya hepi, masing2 cam tak sabar nak mendaki.... walaupun time tu belum tahu cabaran sebenar tengah menunggu sang pendaki sekelian....




.
.
.
.
.
.

pendakian bermula kira2 jam 7.45 pagi.... yezzzaaaaa......
8 check point perlu ditempuh sebelum tiba di puncak....


.
.
.
.
.
.
aksi2 para pendaki...semuanya kepenatan.... baru sampai check point kedua, dah kena bergantung dengan 'tongkat sakti'...huhuhu....



pemandangan yang sangat menarik..indahnya ciptaan Allah.....
gambar kat bawah ni view dari taman bonsai...kalau u ols nak tahu, pokok bonsai kat Taman Bonsai ni berusia lebih dari 100 tahun.... sangat cantik....






.
.
.
.
.
.
.
.
.

setelah hampir 5 jam pendakian, akhirnya kami tiba puncak Gunung Ledang..... bila saat kaki mencecah je kat puncak, macam2 perasaan timbul...rasa nak menjerit, rasa nak menangis, dan yang paling tak sabor adalah masing2 nak me'landing'kan badan masing2 yang tersangat lah penat..... hanya Allah je yang tahu betapa susah dan genting saat2 yang kami semua lalui tuk sampai ke puncak.....



ok la, sampai sini je la yang dapat Kasih kongsikan..... (",) xpdc Gunung Ledang memberikan sejuta nilai pengalaman yang tak dapat diganti dengan wang ringgit.... dan yang paling bermakna sekali, nama Kasih dah tercatat dalam buku yang disediakan kat puncak sebagai tanda Kasih adalah antara pendaki yang pernah menjejakkan kaki di puncak Gunung Ledang...siap tandatangan sekali.....hehehehehe




4 comments:

  1. wah! menarik!!! tapi akak memang tak berapa minat mendaki2 ni..sebab mcm leceh je rasa..ok tak alasan ni? hehhe

    kasih, akak rasa cuba jgn semua gambar kasih edit buat page edit..sebab rasa mcm tak dapat nak enjoy gambar2 tu bila dah jadi kecik2..contohnya macam gambar kasih ramai2..gambar pemandangan dr atas gunung ledang..akak rasa kalau kasih just edit sekeping2 gambar pemandangan tu sure nampak lagi lawa..
    ni pendapat akak je la..okey??

    muahhh muahhhh

    ReplyDelete
  2. Kak Jaja : hehehehe....thanks 4 ur opinion...tapi betul jugak kan... gambar tu semua combine...tak berapa nampak the real situation kan...it's ok.. nnt Kasih edit lagi ye...(",)

    ReplyDelete
  3. waa bestnya pengalaman mendaki gunung ledang..nak jugak sesekali rase..ade jugak pencapaian untuk diri sendiri..tahniah dah dapat menaawan puncak gunung ledang..;p

    ReplyDelete
  4. Yanti : mmm pengalaman yg sgt sukar utk dilupakan...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)