Snorkeling Time...
Untuk snorkeling, kitorang dibawa ke dua buah tempat iaitu Pulau Rengis dan Marine Park. Perjalanan dari chalet ke Pulau Ringgis mengambil masa dalam 15-20 minit dengan menaiki boat. Aktiviti snorkeling ni dilakukan secara beramai-ramai. Untuk trip KS ni, ada 4 buah boat dengan jumlah penumpang 12-13 orang setiap bot. So, tak de ramai sangat....hehehehe....
PULAU RENGIS
Sesampai je kat Pulau Ringgis, bot pun berhenti kat tengah2 laut. Masing2 dah siap sedia nak terjun. Dalam hati dah kecut ni. Ingatkan memang pakat kene terjun camtu je, nasib baik ada tangga untuk turun ke dalam air. Yang terer tu main terjun je dari bot....Hehehehe...
.
.
.
.
Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim", slow je kaki ni melangkah menuruni tangga ke permukaan air. Dah la susah nak melangkah anak2 tangga tu, berjalan pakai flippers tak ubah cam Donald Duck melangkah...hahahahaha....Sebaik sahaja 100% badan ni berada dalam air, hanya Allah sahaja tahu perasaan time tu. Takut yang amat...time tu jugak la, cepat2 pusing kiri kanan cari Incik Suami...huhuhu...mane dia ni? Rupa2 Incik Suami still kat atas bot, amik gambar kitorang dari atas bot. Memang sengaja dia biarkan KS sorang2 tergawang2 dalam air tu survive sendiri...hukhukhuk.....sampai hati dia biorkan je bini dia nih kan...;(
.
.
.
.
Tapi tak mengapa, KS boleh survive apa...saat kepala masuk je dalam air, perasaan bertukar menjadi sangat teruja dengan keindahan batu2 karang kat dasar laut dan ikan2 yang cantik. MasyaAllah, cantiknye....Tak semena2 perasaan takut + cuak tadi hilang serta merta. Asalnya tak pandai berenang tetiba boleh berenang....hepinya wahai hati!!!! ;)
Tengok la ikan2 tu...langsung tak kisah dengan kedatangan kami ke situ....Makin hepi ada la sebab dapat makan roti gardenia sedap yang kitorang bawak khas untuk ikan2 di Pulau Tioman..hehehehe... Cuma KS belum berani untuk bagi ikan2 tu makan direct kat tangan, takut kena gigit ngan diorang...hahahaha....so, main campak je roti2 tu....bila ikan2 tu datang segerombolan serang roti2 tu mula la nak menjerit2...hahahahaha....malu dek orang betul la...
Ikan2 kat situ pakat serbu makanan2 yang kitorang bawak... (",)
Cantik kan ikan2 kat sini....seronok sangat menikmati keindahan kat situ sampaikan rasa macam dah tak nak naik ke bot lagi dah. Orang lain masing2 dah naik bot akibat kesejukan + penat, tapi KS masih teruja tuk menyelam sambil berposing2 dengan Incik Suami. hehehehe....
[Hihihihi.....inilah K.A.M.I]
.
.
.
.
Alamak, cam dah panjang bebenor je entri ni. Lom lagi nak bercerita pasal aktiviti bersnorkeling kat MARINE PARK. Tapi takpe, kita bercerita untuk next entri pulak la ye...hihihihi....(",)
hehee best je baca entri KS ni..teringin nak p tioman kalo cam tu
ReplyDeleteGreat post, thanks for sharing it
ReplyDelete