Famili angkat datang menjengah....
0
Raya... raya.. dan raya lagi....
Selagi Syawal masih ada, sure edisi kunjung mengunjung belum habis lagi dalam kamus harian kalian kan... Cerita kali ni pasal kedatangan famili angkat suami datang menjengah ke teratak kami. Bak kata orang, bila kita dah berkahwin, bukan setakat kita kena terima famili dan sanak saudara orang yang kita kahwini tu, tapi semua2nya la yang berkaitan dengan pasangan kita tu... tak kira la famili angkat ke, adik angkat ke, kakak angkat ke, makcik angkat ke...kalau ada la...;p semuanya secara tak langsung, mereka2 adalah famili angkat kita jugak...betul tak?
[Bergambar bersama sebagai kenang2an]
Kedatangan diorang memang kami nanti2kan...dan sememangnya kami memang jemput la diorang datang ke rumah kami...hehehe....Walaupun plan asal mereka nak datang lebih awal, tapi kerana masalah 'jam' beberapa hari sebelum tu...terpaksa delay!!! Orang ramai sibuk keluar beraya la katakan...sampaikan highway pon boleh 'jammed'.
Tak cukup berposing kat luar rumah, sambung lagi berposing kat dalam rumah...hehehehe...
.
.
.
.
Terima kasih la diucapkan kepada mak, Pak Mat, Imah, Amir, Ajis dan adik sebab sudi berkunjung ke teratak kami. Cuma Ika, isteri Amir tak dapat turut serta sebab kerja....Mudah2an, ada jodoh kita bertemu lagi ye...(",)