Ber-elmosi...
0
Ye..perempuan memang sinonim betul dengan bab2 berkenaan E.M.O.S.I ni kan.
Kadang2 diri sendiri pun tak tahu kenapa, apa yang menyebabkan perasaan tu tiba-tiba datang. Tiba-tiba nak marah + sedih sampai keluar air mata. Dan sampaikan ada pihak ke-3 atau ke-4 dan mungkin juga pihak yang ke-5 yang menyedarinya dan mungkin rasa tak selesa dengan keadaan tersebut.
.
.
.
Susah aku nak bercerita apa yang sebenarnya berlaku.
Sebab aku sendiri tak tahu kenapa.
Adakah salah diri sendiri ataupun orang lain yang bersalah, menyebabkan keadaan begitu tertekan aku rasa pada saat dan ketika itu.
Owwh, sungguh berbelit-belit dah ayat yang aku cuba untuk susun...
.
.
.
.
Pendek kata, apa yang dapat aku bagitau dan aku rasakan sesuai dengan apa yang berlaku pada diri aku pada ketika itu adalah:
(1) Rasa tersisih + disingkir = Padahal bukan sekali, dua kali aku berada dalam situasi sebegitu sebelum ini. Malah dah banyak kali kot. Tapi kenapa sebelum ni aku tak terasa tertekan sebegitu???
(2) Rasa tak dihargai = Sebelum ni aku tak pernah mengeluh dengan apa yang aku 'decide' walaupun terpaksa korbankan masa aku sendiri yang tengah berhempas pulas untuk buat proposal phD. Stay-up sama2 siapkan kerja yang memang urgent untuk diselesaikan. Tapi aku tak pernah rasa terbeban, sebab semuanya aku buat dengan hati yang ikhlas kerana aku adalah orang yang terdekat yang sememangnya diperlukan untuk meringankan beban yang dipikul. Awas. Jangan salah anggap. Langsung takde niat nak mengungkit atau membangkit (tetiba lagu SitiNordiana berkeroncong kat tepi telinga nih! haih...) Tapi tetiba rasa setiap pengorbanan yang aku buat tu tak dihargai walaupun sedetik. Sedih kan....
(3) Rasa kepentingan aku jatuh di tempat No.2 = Tujuan asal lain, tapi seringkali di selitkan dengan agenda yang lain tiba2. Orang yang menanti terpaksa menunggu, orang yang tak menanti ter'surprise' dengan kehadiran itu. Mungkin pada sesetengah orang, benda tu takde hal. Tapi bagi aku, ia adalah satu 'hal' yang boleh membuatkan mood aku berubah dengan serta merta. Mungkin sebab aku dah meletakkan ianya di tempat yang utama, hati begitu excited sekali time itu, tapi terpaksa beralih kepada benda yang lain membuatkan hati aku amat terguris. Sedangkan hati ini tengah berduka, orang lain berketawa ria, masakan bibir ini mampu untuk mengukir senyuman yang ceria.
.
.
.
.
Ok la, setakat itu sahaja luahan hati dan perasaan buat kali ini.
Maaf andai ada yang terasa...
Tapi ini adalah salah cara yang terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
Sebab aku bukanlah seorang penyampairadio yang baik!
.
.
.
Ok la, setakat itu sahaja luahan hati dan perasaan buat kali ini.
Maaf andai ada yang terasa...
Tapi ini adalah salah cara yang terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
Sebab aku bukanlah seorang penyampai