Trip to Saigon, Vietnam
Seperti yang telah dimaklumkan, trip ke Saigon, Vietnam telah pun selesai. Alhamdulillah, perjalanan kami sekeluarga ke bandar Saigon selama 4 hari 3 malam selamat semuanya. Rombongan ini diketuai oleh Pn Baidah dari FaIzin International Travel & Tours Sdn Bhd. Perjalanan bermula pada 16/12/2011 (Jumaat) 12.30 malam dari Johor Jaya menuju ke LCCT dengan menaiki bas. Masing-masing teruja tak sabar nak menjejakkan kaki di bumi Vietnam. Lebih kurang jam 5.30 pagi (17/12/2011), rombongan kami sampai di LCCT.
Wajah MIL, FIL dan BIL (Yad) ketika menunggu ketibaan flight di LCCT.
.
.
.
.
Walaupun terpaksa lama menunggu, tapi wajah masing2 tersenyum gembira tak sabar nak melihat suasana di bandar Saigon.
Bibik Liza sekeluarga dari Singapura turut sama menyertai rombongan ini.
Sempat merakamkan gambar pemandangan dari flight. Cantik kan...
Orang lain dah lena diulit mimpi, tapi mata ni tak nak pulak lelap... last2 layan Reader's Digest sepanjang perjalanan...
.
.
.
.
Disebabkan sebelum bertolak, masing2 cuma ambil breakfast yang ringan2 sahaja.... dalam flight masing2 dah lapar nasi...hehehehehe....gambar di atas adalah bukti salah seorang mangsanya...hahahahaha
.
.
.
.
.
Setelah perjalanan hampir 1 jam 45 minit, akhirnya rombongan kami tiba di lapangan terbang Long Thanh, Vietnam.
Bandar Ho Chi Minh yang sangat padat dari pandangan atas. Nampak dari atas, bangunan-bangunan tu semua macam kotak je...hehehehe....
Sempat bergambar kenangan di ruangan luggage.
Ok la, nanti sambung edisi jalan2 di bandar Saigon ye...
Waa bestnya dah sampai Vietnam..bila la aku pulak nak sampai kan..;)
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletebestnya pergi Vietnam..kena pergi juga ni...
*bangga menjadi follower blog ini yg ke ***500