1st Anniversary....
Alhamdullillah syukur....
semalam 11 Mac merupakan tarikh ulang tahun pernikahan kami suami isteri. Dalam sedar tak sedar dah genap setahun kami hidup bersama sebagai suami isteri... sama2 mengharungi cabaran serta liku2 alam rumahtangga. Alhamdullillah jugak, rumah tangga yang kami sama2 bina atas dasar cinta dan restu keluarga sangat bahagia dan sedang menanti si kecil yang bakal lahir Ogos nanti sebagai lambang ikatan cinta hati kami. (",)
Masing2 tak merancang pun untuk celebrate our 1st anniversary ni kat mana2...cukup la sekadar luangkan masa bersama-sama meraikannya, itu pun dah cukup memadai. Walaupun masing2 tak pernah berbincang nak kasi hadiah apa atau plan apa2 yang special untuk sama2 meraikannya... Tapi sebenarnya dalam hati masing2 ingin berikan "sesuatu" sebagai hadiah buat ulang tahun yang pertama ni. hehehehe.... ye la sebagai kenang2an kan....
Tapi sebenarnya KS yang terlebih teruja untuk meraikannya... plan itu ini...tapi bila bincang dengan hubby, boleh pulak buat endah tak endah, terus hilang mood....lelaki memang camtu la... tak suka tunjuk apa sebenarnya yang diorang fikirkan... si perempuan pulak terlebih bising plan nak itu dan nak ini... normal kot....hihihihi...
Nak dijadikan cerita, malam 10 mac menanti detik jam 12, KS terpaksa tongkatkan anak mata ni supaya jangan tidur dulu semata-mata nak wish happy birthday pada suami (anniversary + birthday hubby tarikh yang sama)...kalau tak mahunya dah lama kroih kroih... hubby pulak memang suka tidur lambat.... sambil2 tunggu pukul 12 sambil2 fikir, agak2nya ada tak surprise pape dari hubby pagi esok...kehkehkeh....kalau ada memang bertuahnya la badan ni ha! Sekali pagi esok bangun, pergi dapur nak panaskan air.... dengan pandangan mata yang sedikit kabur, baru bangun tidur la katakan... ternampak satu kad elok2 je tegak berdiri bersandar kat sebelah water heater....hehehehe....senyum.....
Ha, ni la rupa kad tu...sweet kan?
Tak sangat dapat special kad dari hubby... hand made pulak tu... sah2 malam tu dia bersengkang mata nak siapkan kad tu... habis bilik belakang digeledahnya nak cari kertas kaler, gunting, gam, magic pen + crayon bagai...heheheheh.... Pulak tu pandai pulak hubby cari port terbaik untuk letak kad tu.... macam tahu2 je habit wife dia ni...perkara pertama yang dibuat bila bangun dari tidur adalah panaskan air guna water heater tu... so, memang port yang strategik la untuk letak kad kat situ... tahniah, tahniah kerana misi anda berjaya...hihihi
Mmmm... ni pulak kad dari KS special untuk hubby...memang dah plan awal nak kasi dia kad. Tak sangka la pulak hubbypun berfikir nak kasi kad jugak...hihihi...sehati sejiwa betul la...Tapi kad KS ni jenis yang tampal2 je, sebab KS tak kreatif sangat macam hubby bab conteng menconteng ni...tapi bab tampal menampal memang hobi...hehehe....
Dah nama pun tarikh anniversary kami sama tarikh dengan birthday suami, so kena la kasi kad birthday jugak... terpaksa la bagi dua kad...nampaknya tiap2 tahun memang nak kene sediakan 2 kad + 2 hadiah...hukhukhuk...sebut tang hadiah, hadiah untuk birthday boy terpaksa hold dulu menantikan duit gaji hujung bulan ni...hakhakhak...gelak jahat!!!!
Ok la, panjang dah ni...penat dah membebel sensorang kat sini...
Pen off here!
See u next entry.......(",)
Happy anniversary utk KS and hubby jugak...semoga rumahtangga kita semua dalam keberkatanNya..aminnn
ReplyDeletehappy anniversary! rajinnyelaa laki bini nie DIY card :D
ReplyDeleteKak Jaja: terima kasih kak...Happy anniversary tuk akak jugak...sama2 la kita mendoakan semoga rumahtangga kita bahagia serta mendapat keberkatan Illahi...AMin...
ReplyDeleteAchik: Thanks Achik...hahaha...nak kate rajin tak kot...cuma masing2 excited lebih kot...hahahahaha...
ReplyDelete