Damia - 2 months old

6

Alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik dah 2 bulan dah usia Damia.
Semakin hari semakin montel dan comel
Rambut pun semakin hari semakin tumbuh, cuma rambut kat bahagian belakang kepala tu yang tak berapa nak tumbuh... mungkin sebab dia selalu baring, so pertumbuhan rambut tu sedikit terganggu la kot.. ada jugak yang kata sebab 'cukur bantal' ataupun 'makkang batta - slang Trg'.


Perkembangan terkini... Damia dah pandai senyum... kadang2 bila kita 'agah' atau ajak bercakap, dah ada respon sikit2.. walaupun pada hakikatnya dia belum nampak sepenuhnya. Yang pastinya dia dah boleh kenal suara mama dan ayahnya. Dulu time dalam pantang, Damia bila mandi sure menangis... tak boleh sejuk dan takut air... Tapi sekarang bila mandi dah boleh ketawa, siap membebel sensorang.. Kakinya pun bukan main suka lagi tendang2 air... mmm satu lagi perkembangan positif si kecik Damia.. (",)
 

Semalam pergi Klinik Kesihatan untuk dapatkan suntikan 2 bulan... Bila time cucuk tu, nak kata menangis tu bukan menangis kot... Cuma dia menjerit dalam volume suara yang agak nyaring dan sedikit panjang, ada la dalam 5 harakat..hehehe... tapi takde la melarat... still under control... hihihi... Mula2 dapat injection tu, hati sedikit risau la, takut effect demam lepas tu... Tapi alhamdulillah, sampai sekarang masih dalam kawalan lagi... Tapi kena selalu ambil bacaan suhu sebagai langkah berjaga-jaga. Cuma malam tadi Damia sedikit meragam... Pukul 3 lebih baru tidur... Menangis dan meragam semacam walaupun mata mengantuk nak tidur. Tapi rasanya bukan sebab effect inject tapi sebab kembung perut... huhuhu... Salahkan mama Damia sebab makan terung sambal semalam.. huhu... memang agak pedas terung sambal tu (masakan sendiri padahal). Ingatkan tak effect apa-apa pada baby, tu yang berani makan pedas tu for the first time since waktu pantang lagi. Maafkan mama ye Damia.. sebab maknya makan macam-macam, effectnya dapat pada baby.. huhuhu... Peringatan untuk diri sendiri, lepas ni jangan main hentam je nak makan pape! Haipp!!!



 

6 comments:

  1. betul tu kasih, ibu memang tak leh silap makan. mcm ais dan pedas buat masa menetek kena stop dahulu..
    siann baby tau.. hehehhee

    ReplyDelete
  2. comelnyer damia..senyum2 sowang2 ye..;)

    ReplyDelete
  3. eh damia ni lebih kurang sebaya Nazif la, nazif lagi 3 hari genap dua bulan.. Saya pun beringat2 makan benda sejuk dan berangin sebab takut Nazif kembung. sayur kangkong pun setakat ni mmg bt kembung, pengalaman saya..

    ReplyDelete
  4. Kak Ayu: setuju sangat2 kak ayu.. memang kena stop ais dan pedas selagi menyusu badan ni.. kesian pada baby kalau kita makan macam2 kan..

    ReplyDelete
  5. Nens Collection: terima kasih.. (",)

    ReplyDelete
  6. Aisy Nasiha : owh yeke.. beza beberapa hari je la kan..tu la, memang makan nak kena jaga.. lagi2 kalau kita full breastfeeding kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)