Mom & Baby Expo Oktober 2012
0
Kelmarin (6/10/12), kami ke Mom & Baby Expo di Danga City Mall, JB bersama adik ipar dan anak saudara. Kiranya, ni adalah first time bawak Damia jalan-jalan. Sebelum ni bawak Damia jalan2 naik kereta je, tak bawak dia turun mana-mana lagi. Expo sebelum ni Damia masih dalam perut lagi... hehehehe..
.
.
Expo sebelum ni kami banyak memborong kelengkapan set penyusuan + botol susu bagai. Expo kali ni fokus lebih kepada barang-barang mainan serta baju-baju untuk Damia. Aktiviti shopping2 kali ini agak terhad sebab bawak anak kecil kan.. kejap2 menangis nak susu, kejap2 menangis diapers basah, kejap2 menangis sebab nak tidur.. huhuhu... maknya la yang penat, asyik nak dipangku je.. dalam carrier tak nak pulak duduk... last2, serahkan bulat2 pada si ayah untuk membeli itu dan ini. Maknya tunjuk2 je.. huhuhu.. Lagi satu, mungkin Damia rimas sebab ramai sangat orang.. ye la kan, kat rumah ada mama dan ayah je.. tetiba kat situ ramai la pulak orangnya.. tu yang ada je yang tak kenanya...
[Pandangan kosong si Damia]
.
.
.
Dalam kelam kabut handle anak yang asyik meragam je, banyak jugak barang yang sempat disambar. Fulus pun mengalir macam air je...hahahaha... Si ayah sangat berpuas hati sebab dapat belikan kolam kecik dan Fisher-Price rocker untuk si buah hatinya. Si maknya pulak, bila si anak dah tidur cepat2 passkan pada si ayah, terus pergi pilih2 baju2 comel untuk dibeli. Mmmm macam tu la keadaannya bila ada anak kecil ni... Betullah orang cakap, selagi belum ada anak tu, better enjoy puas2, nak jalan2 mana-mana pun pergi la jalan2 selagi tak ada anak. Bila dah ada anak ni, aktiviti adalah sangat terhad, sebab semua perhatian kena lebihkan pada si anak.