Resepi daging burger...
0
Wah.. tak sangka la pulak home made burger hasil ketung-ketang kami laki bini mendapat tarikan ramai orang. Sana sini mintak resepi.. hehehe.. padahal resepinya cikai je pun. Kami dapat resepi pun hasil google je pun. Cuma takde la ikut 100% resepi asal, kami ubahsuai sikit to make it simple. Sebab resepi asal kena letak serbuk roti, tapi kami tak letak pun... Ok la, kepada yang nakkan resepi tu, sila scroll down ye.
Resepi daging burger
Bahan-bahan
1. Daging cincang
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Daun bawang
5. Daun ketumbar
6. Telur
7. Lada hitam
8. Garam secukup rasa
9. Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Cincang bawang merah, bawang putih, daun bawang dan daun ketumbar.
2. Gaulkan bahan2 (1) dan daging cincang dengan telur.
3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Bentukkan daging burger mengikut citarasa saiz masing-masing.
5. Goreng atas pan - guna api yang kecil.
6. Siap..Simple kan..
Selamat mencuba.