Damia - 4 bulan
0
Sudah agak lama menyepikan diri dalam dunia blogging ni. Ada yang rindu tak? Hehehe.. perasan betul, macam la ada orang kesah kan! Actually, tuan rumah bizi.. bukan bizi buat kerja2 research pun tapi bizi melayan anak. Si Damia ni asyik nak berkepit je kerjanya.. siang hari tidurnya kejap2 je.. cukup setengah jam, sure bangun punya.. Mana la sempat nak mengadap blog ni... Masa dia tidur, masa tu la terkejar2 mana nak masak, mana nak basuh baju, mana nak sidai baju, mana nak kemas rumah.. yeah! I'm really a super duper busy mom!!!
Perkembangan terbaru Damia selama 4 bulan ni, dia dah pandai pusing2kan badannya dan dah pandai mengiring, cuma masih belum ke tahap meniarap. Berat bontot agaknya..hehehehe.. Dan yang paling ketara, dia dah kenal orang... Kalau orang lain nak dukung dia, mula la tak senang bontot. Sekejap je baiknya, lepas tu sure menangis panggil mamanya. Even dengan tok dan neneknya sendiri pun susah nak dipegang. Kalau moodnya baik, mmmm lama la sikit bertahannya, kalau tak..... meraung la jawabnya! Yang ajaibnya, tengah2 meraung tu, aku pegang je terus diam.. magic betul kan.. Cam tahu2 je mamanya dah datang menyelamatkan keadaan. Sama juga keadaannya kalau baringkan dia kat bawah. Kalau aku ada duduk sekali dengan dia, baik je pusing2 landing2 kat bawah tu, bila aku bangun je dari tempat dia, sure menangis after tu... adoi la.. tak leh tinggal langsung! Camne nak duduk dengan pengasuh ni?
Ini muka versi mengada minta simpati.
Bab buat muka comel memang pandai betul... Tengah2 nak marah, terus tak jadi nak marah. Honestly, kadang2 aku marah2 jugak pada si kecik ni.. Nak2 kalau time dia nak tidur, dah mengantuk sangat tapi tak nak tidur. Mula la nak mengamuk... Bila aku marah2, mula la mencebik. Macam tahu2 je mamanya marah.. huhuhu.. tapi tak baik betul kan, budak 4 bulan belum tahu apa2 dah kena marah.. hahaha... tapi betul la, bukan senang nak jaga anak ni, perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Kalau hati kita ikhlas insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Tak dapat bayangkan ibu2 kat luar sana yang mempunyai anak kembar.. Sorang menangis, sure yang lagi seorang pun menangis sama. Ni sorang je yang menangis pun dah cukup mengharu-birukan keadaan. huhu...
Sekarang musim cuti sekolah, kat rumah ni sedikit ceria dengan kehadiran tok nyang, tok ayah, nenek dan mak sedara serta ayah saudara Damia. Ah, pendek kata famili MIL datang stay kat rumah kitorang. So, dalam seminggu ni ceria dan meriah la sikit rumah kami ni. Kalau tak, sunyi je rasanya duduk bertiga je.. At least, dengan kedatangan diorang sekeluarga dapat la Damia kenal lebih rapat nenek dan tok ayahnya. Ye la kan, kami pun takde la kerap sangat balik ke rumah MIL. Tu pun kadang2 hujung minggu ada la menjengah ke sana sekali sekala.
Dalam tempoh seminggu ni juga, nampaknya kerja2 memasak MIL banyak ambil alih. Huhuhu.. Kesian la pulak rasa. Datang sebagai tetamu, tapi kena buat kerja2 rumah. huhuhu... Tuan rumah tak menang tangan. Bukan tuan rumah tak nak masak. Kalau nak tunggu tuan rumah masak, alamaknya kebulur dulu la.. hehehe.. Ye la kan, malam asyik berjaga, pagi sure la asyik terlajak sampai ke pagi. Kalau nak tunggu tuan rumah bangun, FIL tak sempat makan la sebelum pergi kerja. Sebenarnya, dalam hati ni ralat juga biarkan MIL buat kerja tu semua. Tambah pulak bila buka je mata, tengok semuanya dah terhidang. Tunggu untuk dimakan je.. Mudah-mudahan, MIL faham keadaan menantunya ni. Tambah pulak 2 3 hari ni demam. Damia pun baru sembuh dari demam. Bila Damia demam faham2 je la.. lagi la perlu berikan perhatian lebih pada dia.. Asyik merengek je...
First time Damia demam, kelam kabut jugak ayah dan mamanya dibuatnya. Memang salah kitorang jugak sebab lambat kasi ubat lepas cucuk hari tu. Jumaat lepas, Damia kena cucuk vaksin tambahan Pneumococcal kat Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Sebelum ni bila cucuk bulanan, balik je rumah terus kami kasi ubat demam. Memang tak pernah kena demam la.. Sekali, cucuk kali ni demam la pulak.. Tak tidur malam dibuatnya. Orang2 tua cakap, budak kalau demam ni nak pandai.. Biasanya after dah sembuh demam, sure ada sesuatu yang baru dipelajarinya. Contohnya,nak meniarap ke, nak merangkak ke.. Sejauh mana kebenarannya, Waallahua'lam...