2nd anniversary...

0


11 Mac 2013 - Genap usia perkahwinan kami 2 tahun. 
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk sama-sama menikmati alam rumahtangga bersama-sama puteri kesayangan. Tiada sambutan yang istimewa untuk meraikan hari bersejarah, cukuplah sekadar meluangkan serta menghabiskan masa bersama-sama di rumah. Tambah pulak, masing-masing kurang sihat, lagi la mood nak keluar berjalan-jalan langsung tiada. Mula-mula Damia dan hubby kurang sihat, masing-masing batuk dan selsema. Diorang dah pun beransur sembuh, terjangkit kat diri sendiri la pulak. Ni pun baru je lepas telan ubat, tak tahan sakit kepala yang asyik berdenyut-denyut sejak bangun tidur pagi tadi. Lepas hantar Damia ke taska, balik rumah, membizikan diri dengan mengemas apa-apa yang patut kat rumah ni. Bila badan dah berpeluh, baru la rasa badan ni bertenaga semula. Tapi selsema tetap tak hilang2.. 


Memandangkan hari ulang tahun perkahwinan kami adalah sama dengan hari ulang tahun kelahiran hubby, maka tak best la pulak takde kek sebagai simbolik. On the way balik rumah dari UTM semalam, sempat la singgah kedai kek. Cukuplah sekadar dua ketul kek yang comel sebagai simbolik untuk meraikan hari special ni. Dah la hadiah tak sempat nak sediakan. Hihihihi..

Tahun lepas punya anniversary, masing-masing excited nak buat surprise masing-masing. Tahun lepas masih berdua, boleh la nak stay up malam2 semata-mata nak siapkan kad ucapan buatan sendiri.. hahahaha.. Tahun ni tak boleh nak stay up dah.. Bila tidur, Damia asyik nak berkepit je.. Selagi belum lena, jangan harap la nak tinggalkan dia tidur sorang-sorang.

Begitulah al-kisahnya.
Walaupun tiada special celebration, tapi masing-masing saling menghargai dan saling menyayangi antara satu sama lain. Itu pun sudah memadai.. Yang penting semakin hari rumah tangga yang kami bina sehingga hari ini semakin bahagia dan tambah berseri dengan gelak ketawa serta keletah manja puteri kami, Damia Hanani.



0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)