Aidiladha 2011

2

Salam Aidiladha kepada semua.. 
Masih belum terlambat kot untuk ucap kat sini.... 
Macam mane raya? 
Seronok? 
Meriah tak raya kat tempat korang?
.
.
.
Aidiladha kali ni (first time raya), KS sambut dengan suami dan keluarga sebelah suami kat JB. Kirenya first time jugak la raya tak balik kampung Trg... adat la bagi orang yang sudah berkahwin kan. Terpaksa la buat sistem giliran bila time raya. Walaupun raya kat JB ni biasa2 je.... tapi kat sini yang meriahnya adalah bab makan2... tak caya? Jom usha menu di pagi Aidiladha nan indah tempohari.

 [Juadah hari raya]

Hmmm... bab makanan memang meriah. Ada ketupat, rendang ayam kampung, sambal goreng, lodeh, serunding, dan kuah kacang. Yang pastinya semuanya menu orang Jowo.... hehehehe.... adat la bila kawen dengan orang Johor ni... memang tak lari la dengan menu tu semua kan. Owhh, kecur air liur bila teringatkan nasi dagang mak kat kampung.... tak dapek nak merasa raya haji kali ni....
.
.
.
.

 [Tangan gebu siapa la tu yang tengah isi berat dalam daun ketupat?]

Nak anyam ketupat tak lepas2, tolong masukkan beras ke dalam daun ketupat pon jadi la kan.... Dah beberapa kali cuba anyam tetap jugak tak menjadi.. Padahal, time raya Aidilfitri haritu kemain lagi terer... buat sekali je time tu, mana la nak ingat kan... lain la kalau praktis anyam selalu...
.
.
.

[Ketupat yang dah siap masak] 

.
.
.
 Begitu la rupa ketupat bila dah siap masak. Ada yang keras, ada yang lembik, ada yang sedap2 makan...hahahahahaha....nasib la labu.... asal jadi ketupat sudah.


 [Kaum adam sedang sibuk buat nasi beriani]


 Memang tabik spring la kat kaum adam di atas itu... Bukan calang2 orang dapat masak nasi beriani ni tau. Nasi beriani ni untuk santapan makan tengahari buat kami anak-beranak. Juga sebagai rezeki tergolek untuk para tetamu yang datang beraya. Tapi, nasi beriani FIL KS memang superb la.... gayanya kalau bukak kedai, tutup kedai la gamaknya kedai2 nasi beriani yang lain...hahahahahahaha....
.
.
.

[Bersama si kenit Dania....bukan awan Dania ye! Culik anak jiran sebelah rumah MIL]
.
.
.
Walaupun suasana hari raya membuatkan hati ni sayu, sebak dan sedih bila teringatkan mak + ayah + adik beradik yang pulang beraya kat Trg, tapi raya tetap kene teruskan jugak. 
Tetap gembirakan hati dengan adanya suami di sisi serta family-in-law yang lain. 
Nampaknya, aktiviti salam-salam takde ye untuk aidiladha kali ni. 
Bersungguh KS berbaju kurung di pagi raya menunggu edisi salam bersalaman... 
Rupa2 takde... huhuhu...malu kejap.... yang harunya, disebabkan KS sorang je yang pakai baju kurung, yang lain2 turut tukar baju pakai baju kurung jugak.... 
Yang kelakarnya, masing2 tukar baju kurung untuk jaga hati KS.... 
Owhhh!!!! Pendek kata, pakai lawa2 untuk makan sama2 je...kelakar kan....
Aishhh, tak pasal2 kehadiran KS aidiladha kali ini membawa perubahan kepada keluarga mereka. Terngiang-ngiang kata2 adik ipar KS 

 "Eh, meriah la raya haji tahun ni.... semua pakai lawa2".... 
gulpppp, telan air liur jap!!!!
.
.
.
.
.
.

Begitu la ceritanya
Pendek kata edisi bergambar di pagi raya pun takde....
Maka dengan itu, gambar kami suami isteri pon "yillek"...hehehhehe.....
Sekian.......(",)







2 comments:

  1. sangat meraih lah kasih..
    tapi sangat hairan sebab depa tak ada sessi bersalam dan pakai baju kurung.. hahahha

    sebba sis dari dahulu sampai skrang still bermaafan dan berbaju cantik dipagi aidiladha...

    ReplyDelete
  2. opsss. sangat meraih tu sebenarnya k,ayu tulis sangat meriah..........

    PS: tahun depan di terengganu, nak tengok pic nasi dagang ibu kamu... sure meleleq...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)