Kepala "Ting-Tong"
Aii, dah lama betul rasa tak update blog... kebizian yang melampau sedang melanda tuan rumah. Ampun dan maaf kalau tuan rumah tak sempat singgah ke rumah2 yang setia singgah kat teratak Kasih Suci sepanjang penyepian berlaku....hehehehe....faham ke? ayat pun dan Ting-Tong jugak.
.
.
.
Tengok pada gambar kat atas tu, boleh diibaratkan dengan keadaan diri sendiri pada saat dan ketika ini....tapi diri ni cun + comel sikit la....takde la serabai je rambut dah lagak macam rupa hantu. Sekarang ni, masa ibarat pedang! Kalau tak guna dengan sebaiknya seolah-olah rasa pancung kepala sendiri. Haiiii.....bila dah hampir2 ke saat-saat genting macam ni, barulah rasa 24 jam yang ada dalam sehari tu tak cukup untuk menyiapkan segala-galanya.
.
.
.
Ni pun curi-curi masa untuk melepaskan gian jari-jemari runcingku menari-nari di atas papan kekunci lappyku yang sudah seminggu tak ber'shut-down', hanya sempat berada dalam keadaan sleep-mode je. Rutin2 harianku penuh dengan kerja-kerja research untuk persediaan first assessment phDku beberapa minggu sahaja lagi. Kepada Incik Suami, maaf banyak2 andai kata perhatianku terhadapmu tersangat2lah kurang....faham2 sahaja la bila si isteri ni bergelar seorang pelajar. Masa yang ada terpaksa dibahagikan sama rata, sampaikan diri sendiri pun terabai. Yang penting makan + pakai suamiku cukup... Itu dah cukup buat hatiku tenang.....
.
.
.
.
Ok la, cukup sesi sok sek sok sek untuk kali ini.
Doakan kejayaan KS ye kawan2..
Semoga diberi kekuatan serta kesihatan diri untuk menghadapi saat2 genting yang bakal tiba....huhu....
Walaupun tido cukup2 je buatkan mata dah jadi lebih daripada rupa panda
Tapi dengan minuman Cocoa Collagen Power Plus memberikan extra tenaga untuk diri ni buat masa ini. Terima kasih kepada sahabatku, Nad kerana memperkenalkannya....
Ada masa lenkali cerita pasal Cocoa Collagen Power Plus tu ye! (",)
.
.
.
.
Ok la, sampai disini dulu...
Adios..
Gudluck..per2 pon jaga kesihata tu :)
ReplyDelete