6 bulan sudaaa.......
Bersiaran lagi..
Kalau lihat pada timeline Lilypie tu, hari ni genaplah 6 bulan usia kandungan... Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana diberikan kesihatan kepada kami berdua.
Kat atas ni gambar scan 5 bulan. Dr Maimunah scan 3D punya, tapi print hitam putih je... lagipun baby pemalu betul la nak tunjuk muka dia... kemain lagi tutup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Puas pujuk tapi still jugak tak nak tunjuk muka... ada la dalam 2-3 saat je nampak mukanya yang comel tu... aishhh, frust ayahanda dan bondanya nak tatap wajah anakanda tercinta...hehehe...
.
.
Semakin hari, semakin aktif baby menendang-nendang kat dalam perut ni. Waktu pagi dan malam adalah waktu yang sangat aktif...tengah sakan bermain la tu...hihihi... sukar untuk diluahkan dengan kata-kata di saat terasa tendangan itu... Syukur Ya Allah kerana memberikan aku peluang ini untuk merasai nikmat mengandung dan bakal menjadi seorang ibu...
.
.
Semakin hari semakin teruja mencari info-info penting untuk mempersiapkan diri bergelar seorang ibu tidak lama lagi. Setakat ni sangat curious dengan info2 berkaitan breastfeeding memandangkan niat dihati memang nak menyusukan baby sepenuhnya sehingga baby 2 tahun... Mudah-mudahan niat murni ni dimakbulkan... insyaAllah... Dalam gigih mencari info2 terbaik, terjumpa la satu blog yang sangat best dan banyak dipenuhi dengan info-info bagus berkenaan breastfeeding ni. Kiranya, blog ni sangat2 la bagus kerana tuan punya blog banyak memberi galakan kepada bakal2 ibu yang nak berikan yang terbaik untuk baby masing2 berdasarkan pengalamannya sendiri. Siapa2 yang berminat boleh la terjah ke blog beliau [http://zahirahzainal.blogspot.com/]. Sangat teruja diri ini baca kisah2 gigih beliau mengepam dan mengumpul stok EBM tak kira masa dan ketika semata-mata untuk berikan yang terbaik kepada anak tersayang. Dear Kak Zahirah, tq for sharing us very good info about breastfeeding.. I'm adore with you la...kagum dengan kegigihan serta semangat akak dalam memberi nasihat serta galakan membina kepada insan2 sepertiku yang baru nak bertatih dalam ilmu2 penyusuan baby ni...
.
.
Ok la, nak sambung baca blog akak tu... banyak lagi info2 penting yang nak kena khatam ni..hihihihi...
alhamdulillah...jada diri n bby baik2 yer KS...
ReplyDeleteMamaMya: terima kasih kak...doakan semoga semuanya baik ya kak...
ReplyDeletesalam yunk~, kat blog sy, sy ada list blog2 ibu yg tegar bf~ try la terjah :D
ReplyDeletebagus tu kasih.,. kamu sentiasa menyiapkan diri untuk memudahkan kamu ke proses seterusnya..
ReplyDeletemoga y baik2 bt kamu sayang
Farha: wslm..ooo yeke..nnt leh p terjah sana...
ReplyDeleteKak Ayu: macam ni kak, first experience..banyak benda baru yang nak kena belajar...terima kasih sebab doakan yg terbaik tuk diri ni..(",) sayang kak ayu selalu..
ReplyDelete