Menu tengahari hari ini...

1
[Gambar ihsan google]
.
.
Malam tadi balik rumah MIL hantarkan barang pesanan... Dapat rezeki 2 biji buah labu, sebiji labu muda sebiji lagi labu yang dah tua. Orang Terengganu panggil buah labu tu dengan nama "tukka".  Memang favourite betul la buah labu ni.. Masak buat lauk nasi la.. kalau pengat labu tu kureng sikit... tak suka sangat la.. Tapi kalau masak lemak ataupun masak air memang best. Memandangkan hubby hari ni tak balik lunch kat rumah sebab kena handle aktiviti kayak kat UTM, so amik kesempatan untuk masak labu sebagai juadah hidangan tengahari hari ni. Lagipun, hubby tak berapa suka sangat masak labu ni... so, masak sikit je la sebab makan sorang.. walaupun makan sorang2 je, tapi seleranya besor...hehehe...maklumlah, dah lama tak makan labu masak air camtu.
.
.
.
Nak masak labu ni bukanlah susah mana pun.. main campak2 je...hehehe...Lagipun ramuan2 yang diperlukan pun sangat2 lah simple. Cuma perlukan:
Bahan-bahan
Labu muda (potong ikut style masing2 suka, nak besar ke nak kecil.. terserah.. tak perlu buang kulitnya)
Bawang putih (tumbuk)
Lada hitam (tumbuk)
Ikan selayang - seekor @ Ikan bilis

Cara-caranya
 (1) Masukkan labu yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama dengan air.
(2) Ikan selayang tu masukkan sekali, bila dah agak2 ikan tu dah separuh masak, keluarkan dan buangkan tulangnya. Hancurkan ikan tu, tapi jangan hancur sangat, nanti tak rasa isi ikan pulak.
(3) Bila air dah menggelegak, masukkan bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi bersama ikan selayang @ ikan bilis.
(4) Masukkan garam secukupnya dan tunggu labu tadi betul2 empuk.
(5) Dah siap!!! hehehe... mudah je kan.
.
.
.
.
.

Malam tadi jugak dapat rezeki makan pengat durian ataupun serawa durian. MIL yang tolong masakkan. Singgah pasar borong SMART, tergoda dengan bau buah durian yang betul2 menyengat hidung ni ha...hehehe...dah la pergi dah malam, kedai pun dah nak tutup, so dapat la beli dengan harga yang murah. MIL KS memang sangat baik hatinya... dah la tu, pandai masak pulak tu... Cakap je nak makan apa, semuanya boleh dimasaknya... Satu lagi kelebihan beliau adalah masak dalam tempoh masa yang sangat singkat dan cepat. Kagum betul la... Malam tadi pun tak plan pun nak suruh MIL masakkan pengat durian tu. Mulanya beli durian tu sebab nak makan mentah2 je... ntah macam mana, hari tu pernah suarakan pada hubby tanya MIL pandai masak pengat durian ke tak? Sebab time tu tekak cam nak makan pulut durian. Tengah2 makan durian malam tadi, hubby boleh tanyakan MIL pulak. Dang2 time tu jugak MIL offer nak masakkan.. padahal dah pukul 10 lebih dah. Taknak la menyusahkan sebab dah malam pun nak kena masak2 lagi.. Lagipun, kami tak dapat nak overnight kat rumah MIL malam tadi. Tu yang rasa macam menyusahkan je...
.
.
.
 Kebetulan bahan nak buat pengat durian cukup, tang2 tu jugak MIL masakkan. Dapat la seperiuk... rezeki kan! Tapau bawak balik rumah.. pagi tadi tanak pulut seperiuk kecil.. maka dapatlah KS makan pulut pengat durian sebagai sarapan pagi tadi. Hepiiiiiii...hihihihi...
.
.
.
.
Ok la, panjang pulak bercerita bab makan2 kali ni.. hehehe... Nanti kita cerita bab makan2 lenkali pulak ye! (",)







1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)