5 Mei.....
0
Alhamdulillah...
Syukur Ya Allah kerana masih diberi nafas untuk terus bernafas di atas muka bumiMu ini. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun... Rupa2nya angka dah bertambah menjadi 27 dah.. Uish, terasa macam baru je masuk awal 20an.. hikhik..
.
.
Selamat Ulangtahun yang ke-27 untuk diri sendiri. (",) - hahahaha...
Tiada hadiah yang paling istimewa selain mempunyai suami yang penyayang serta sebuah keluarga yang bahagia menanti kehadiran si kecil tidak lama lagi. Hubby kurang sihat, so takde plan yang best2 pun untuk sambutan ulang tahun kali ni. Masak2 + makan2 berdua kat rumah je.. Cuma malam semalam, sempat beli sebiji kek, bawa balik rumah MIL untuk makan sama2. Makan ramai2 seronok sikit, kalau setakat makan berdua je dengan hubby jawabnya beli sepotong kek pun dah memadai. Hihihi...
.
.
Ini la rupa kek yang beli last minit tu... Saja je tulis nama MIL dan nama adik2 ipar yang sama2 sambut ulang tahun pada bulan Mei. Meriah sikit nampak kek tu bila ada banyak2 nama camtu.. hihihi..
.
.
.
Ok la, all the best untuk diri sendiri. Semoga terus tabah dan cekal dalam meniti kehidupan yang mendatang. InsyaAllah..