Penangan makan pulut tak ingat dunia!

32

Belum lagi 100 hari, aku dah pulun pulut tak ingat dunia. Tak tahu la pulak tak boleh makan, ingatkan bila dah habis pantang dah boleh makan. Kemain lagi aku makan, tapi takde siapa pun yang tegur.. so, belasah la cukup2 bila dah ada peluang kan..

Nak dijadikan cerita, balik Trg hari Raya Aidiladha minggu lepas adalah hari pulut sedunia, bagi diri aku la. Pagi raya, mak masak nasi dagang sebagai juadah utama. Tambah pulak ketupat pulut yang memang aku dah request awal2 dari mak.. kononnya nak qada' balik sebab tak dapat makan time hari Aidilfitri lalu, tengah pantang la katakan masa tu. Hari raya ke-2 pula, mak masak pulut kuning untuk majlis akikah Damia, Ayem dan Muadz serta majlis cukur jambul anak buah baru lahir, Siti Nor Sakinah. Part makan nasi dagang dan ketupat pada hari raya pertama tu masih berpada-pada la.. walaupun pada hakikatnya sempat belasah nasi dagang 2 kali tambah.. Ketupat pulut pulak tak sempat nak kira la pulak.. kejap2 gi dapur pau 2 3 biji, kejap2 makan lagi cicah serunding ikan. Belum lagi part makan tapai pulut, tapi rasanya tak banyak.. ada la dalam 2 3 bungkus daun getah tu. Part makan pulut kuning pada hari raya ke-2 tu yang memang tak ingat dunia. Pagi, breakfast aku belasah makan pulut kuning. Tengahari makan lagi.. Petang makan lagi.. siap bertambah-tambah pulak tu.. feveret la katakan.. Pulut kuning tu memang sengaja mak masak lebih selain nak bagi kat orang yang datang majlis akikah tu. 

Dipendekkan cerita,majlis akikah tu buat malam selepas isyak pada hari raya ke-2. Tengah2 hidang lauk, tetiba aku rasa sakit yang amat kat bahagian pinggang ke perut. Mencucuk-cucuk dan memulas-mulas. Susah nak describe macam mana rasa sakit time tu.. Yang pastinya, aku memang tak boleh tahan sakit tu.. Aktiviti hidang lauk terus aku stop serta merta.. Terus aku baring kat atas tilam yang sememang dah sedia ada kat situ. Aku ingatkan bila dah baring macam tu dapat kurangkan rasa sakit tu. Damia time tu suami aku pegang. Tak sampai 5 minit aku baring, tetiba aku rasa sesak nafas. Rasa mencucuk-cucuk satu badan dari kaki ke kepala.. Kebetulan suami duduk kat tepi tempat aku baring. Tak tahan sangat sakit yang aku rasa time, aku terus panggil suami mintak tolong. Dah la time tu orang tengah kalut2 nak hidangkan makanan pada tetamu. Aku pulak tengah menahan sakit yang amat. Sesak nafas tu datang dengan tiba-tiba. Susah nak cerita kat sini, tapi suami dan adik beradik aku yang lain yang tengok keadaan aku time tu mesti tahu betapa terseksanya aku menahan sakit pada ketika tu. Rasa seolah-olah nyawa berada dihujung tanduk. Sangat terseksa nak bernafas sampaikan menangis mintak simpati pada semua yang berada disekeliling.

Bermacam-macam cara suami dan adik beradik aku buat untuk hilangkan rasa sakit aku tu. Urut minyak panas, picit-picit kaki, tapi semuanya hanya dapat hilangkan sakit buat sementara waktu je. Ayah aku tak usah cakap la.. dah macam2 cara dia buat, bacakan ayat untuk hilangkan sakit, still tak berkesan juga. Hubby aku pulak mungkin tak sanggup nak tengok keadaan aku macam tu, terus bawak aku ke hospital. Direct terus ke bahagian kecemasan. Sampai hospital lebih kurang pukul 11.30 malam.. after daftar terus ditolak masuk ke bilik kecemasan. Nurse bagi aku minum ubat putih Mixture Magnesium Trisilicate (aku panggil ubat gastrik). Lepas minum aku baring dan tertidur, langsung tak sedar apa-apa. Bukak je mata tengok kakak aku kat sebelah bagitahu yang aku tidur hampir 1 jam. Aku tengok jam dah pukul 12.30 pagi. Kesian diorang tunggu aku kat luar lama-lama. Anak buah 3 orang yang sibuk nak ikut sekali siap dah tertidur kat luar tu..

Aku ingatkan lepas makan ubat tu sakit terus hilang. Sesak nafas dah tak la time tu.. aku dah boleh bernafas secara normal dah.. cuma sakit pinggang dan sakit belakang still ada. Nurse tu dah cakap, if sakit tak hilang after makan ubat tu, diorang akan bagi aku injection.. mmm tak kisah la, yang penting aku nak balik cepat-cepat bila fikirkan Damia kat rumah. Last Damia minum susu pukul 8 lebih, time tu pulak dah pukul 12.30, sure Damia menangis nak susu. Walaupun ada susu perah kat dalam peti ais, tapi aku tahu Damia mesti tak minum punya sebab Damia memang tak nak minum pakai botol. Nak direct jugak...

Dalam kepala asyik fikir Damia je, menangis ke dia? Tidur ke dia? Seperti yang dijangka, Damia menangis sebab lapar. Mungkin jugak perut masuk angin sebab tahan lapar. Nasib baik ada 3 orang kakak aku kat rumah yang memang menyusukan anak masing-masing. Tapi dalam 3 orang tu, hanya seorang yang berjaya menyusukan Damia hingga tertidur. Yang lain semua Damia tolak mentah-mentah. Mmm tak kisah la Damia minum susu mak saudaranya pun, yang penting Damia kenyang dan tak menangis. Lepas dah dapat injection, terus balik rumah. Kul 1 lebih sampai rumah, terus masuk dapatkan Damia. Mak kata Damia baru je tidur. Huh, dalam hati Allah sahaja tahu.. Maafkan mama ye Damia, bukan mama sengaja nak tinggalkan Damia, mama sakit sayang.

Begitulah kisah tragis yang berlaku pada malam 11 Zulhijjah tempohari. Peringatan untuk diri sendiri, berjaga-jagalah dalam pengambilan makanan walaupun pada hakikatnya tempoh berpantang dah tamat. Elakkan diri makan benda-benda sejuk dan berangin seperti PULUT dan lain-lain.


 





 


32 comments:

  1. salam, nak Tanya, doktor ada cakap tak sebab apa makan pulut boleh sakit2 bahagian perut ke belakang?

    ReplyDelete
  2. Sy dah setahun lebih pun xbole mkn pulut sis... Rasa dia sme la mcm sis... Sakit yg teramat sgt xterkata...

    ReplyDelete
  3. Saya mmg dah lm x boleh mkn byk pulut ni... X tahu nape... Mkn je senak...

    ReplyDelete
  4. dah maknya melantak tak igt dunia.

    ReplyDelete
  5. Sy baru lps opret...mkn tapai sikit..2x suap je...sakit bise jgn ckp tpt opret tu..serikkkk...😭😭

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)