Showing posts with label informasi. Show all posts

Cara Nabi Muhammad melayan isteri...

0



Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, ‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’ ‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’ ‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. ‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’ Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’ Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

.
.
.
.
.

MASYAALLAH... perbuatan serta kelakuan Rasulullah yang sangat terpuji....
(copy paste dari SINI...thanks ZUL sudi share..)



Andai lelaki tahu tentang P.E.R.E.M.P.U.A.N

5



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..



JAM-PACK YOUR FRIENDS & WIN PRIZES WORTH UP TO RM40K!

0



Suka minum MILO?



Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

3

Agama Islam kalau dikaji dan diteliti, ianyamerupakan agama yang sangat unik.
Agama Islam adalah agama yang lengkap dari segala hal sampaikan cara memotong kuku pun ada cara yang tersendiri.. Mungkin ada di antara kita yang sudah sedia maklum mengenainya, dan mungkin juga ada yang terlupa untuk mengikutinya...
.
.
.

Kat bawah ni Kasih nak kongsi tentang cara memotong kuku mengikut turutan yang betul.



Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya.
Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)


Nota kaki : Renung2kan dan selamat beramal. (",)




Aromaterapi penawar stress...

2


Aromaterapi = terapi melalui aroma
walaupun penggunaannya melibatkan sedikit 'costing', ye la.. nak kena beli lilin, bekas tempat bakar dan fragrance oil...tapi khasiatnya memang tidak dinafikan lagi... terutama sekali sebagai penawar stress....tapi bergantung jugak dengan jenis2 aromaterapi yang dipilih...
.
.
.

Biasanya penggunaan aromaterapi ni glemer dikalangan kaum perempuan je...tapi mungkin ada jugak segelintir kaum lelaki yang meminatinya.... maklumlah, penggunaanya adalah sedikit leceh....tapi sebagai seorang pelajar, aromaterapi dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan perasaan... Kasih pun mula untuk ber'manja' kembali dengan aromaterapi ni... Kalau dulu Lavender akan menjadi pilihan di hati.. tapi sekarang minat dah beralih arah kepada "Cool Water"... mmm baunya memang segar dan cukup untuk memberikan ketenangan...

Berikut adalah beberapa manfaat aromaterapi:
Citronella - untuk mengurangi ketegangan, meredakan hidung tersumbat, mengatasi insomnia, dengkur dan migrain.
Lavender - memudahkan untuk tidur, meredakan kegelisahan, mengatasi depresi, mengurangkan perasaan ketegangan.
Teh hijau - untuk memperbaiki sistem peredaran darah, membantu mengeluarkan kahak dan membersihkan paru-paru. Selain itu, dapat melambatkan proses penuaan.
Sandalwood - untuk menghilangkan rasa cemas dan aromanya sangan bermanfaat untuk meditasi.
Lemon - melegakan, memberi semangat, menyegarkan serta meningkatkan mood.


Nota kaki : banyak lagi jenis2 aromaterapi yang lain...kalau nak tahu lebih lanjut boleh meng'google' sendiri ye..hehehe


Wanita Api...

4
"Aku adalah wanita api"... kamu pula wanita jenis apa?
sebut pasal api semua orang takut nak dekat kan... mana la tahu nanti terbakar diri...
tapi jangan tak tahu wanita api ni mempunyai banyak kelebihannya ye!
kalau tak percaya, jom baca kat bawah...
.
.
.
.
.
.
.

Sifat-sifat Wanita Api
- Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat yang baik kepada suami.
- Pandai dan cekap menguruskan rumah tangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa berwaspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


...............................................................................................................


kredit untuk cik Lissaliyya kerana sudi berkongsi info menarik ini
kalau nak tahu anda tergolong dalam kategori wanita apa, jom klik DI SINI



Nota kaki : Pssstt... wanita api ni adalah terdiri daripada insan2 yang merupakan anak yang ke-3, ke-7 dan ke-11 dalam keluarga masing2...(",)





Penawar Hati...

8
Setiap manusia dikurniakan sekeping hati oleh Allah Taala
Terserah la kepada individu masing2 bagaimana untuk mencorakkannya
Hati yang bersih datangnya dari seorang yang selalu berbuat baik sesama manusia dan sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan yang dilaksanakannya
Manakala hati yang kotor datangnya dari sifat2 mazmumah seperti perasaan dengki sesama manusia, wujudnya perasaan dendam dan benci sesama sendiri
Jenis hati yang manakan menjadi pilihan masing2?
Tepuk dada tanya iman
.
.
.
.
.

di kesempatan ini, Kasih ingin berkongsi 5 penawar hati yang Kasih baca dari Abu Nuha Corner.
Seperti mana dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya, penawar hati itu ada 5:

Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
Ramai orang membaca al-Quran,  tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

 Mengosongkan perut
Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan. Kadang2, pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
  
Bangun bersolat malam
Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton World Cup, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat. 

 Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Duduk di majlis orang-orang soleh
Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.


Nota kaki : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.




CCTV mampu rakam dalam gelap

2


(sumber : Kosmo! Online)
.
.
.
.

Tahniah kepada Dr Zulkepli dan kumpulan penyelidik beliau dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi< UTM yang berjaya menghasilkan CCTV yang berkemampuan merakam imej dalam suasana gelap. Satu pencapaian yang sangat bagus. Mudah-mudahan banyak lagi produk2 sebegini akan dihasilkan oleh penyelidik2 UTM.


nota kaki : Bangga jadi sebahagian daripada warga UTM... Keunggulan terbilang.. (",)








kenapa dengan Crocs....

7
 'Crocs'... semua orang teruja untuk memilikinya walaupun harganya mahal... yang tak mampu beli yg mahal2, cukup lah sekadar yang x ori...janji 'crocs'... tapi dalam semua orang tergila2kan 'crocs' ni, Kasih tak pernah pon terlintas untuk membelinye... kenape? mungkin sebab bentuknye yg kurang menarik minat Kasih... terbayang cam kaki Donald Duck pon ada...hehehehe... tp colornye menarik kan... lebih2 lagi 'crocs' tuk kanak2.. sangat tomei... (",)

.
.
.
.
.
.

ok la, berbalik pada topik yang sebenarnya ye!
ada benda yg lebih penting untuk Kasih kongsikan dengan u ols...
time berblogwalking semalam, Kasih ada terbaca isu 'crocs' ni kat blog Zack Entry. Terkejut jugak bila terbacanya... ianya berkaitan dengan lambang 'crocs' kat bawah tapak selipar tu... sekali pandang bentuk 'crocodile'... tapi cuba pandang banyak2 kali, apa yg u ols nampak... pemilik2 'crocs' sekalian, cuba u ols check sekarang, nampak tak lambang seperti dalam gambar di bawah ni... ia berada di bahagian tumit kaki.. lambang ni yang u ols pijak2 tanpa disedari...
.
.
.
.
.




Bagi mereka yang ada 'crocs', sila rosakkan lambang tersebut. Camne nak rosakkan? terserah la pada diri masing2... bagi yang beli original tu, mesti sayang kan... tapi terserahlah, Kasih cuma sebar2kan je...


nota kaki : sebar2kan kepada kawan2 yang lain...kalau tak nak pon tak pe... tak paksa...




Halba - Rawatan Tradisional

7

Rasulullah saw bersabda : 
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ?"
.
.
.
.
.

Tahu tak apa itu halba? Biasanya org Trg letak halba ni dalam adunan nasi dagang...


Ni la dier rupe halba tu.. kecik2 dan berwarna kuning keperang2an...
walaupon bentuknye kecik, tapi khasiatnya sangat besar.. Halba ni dah wujud lama dah, sejak zaman Rasulullah saw lagi.. jom kita ikuti ceriter tentang halba ni...
.
.
.
.
.
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)


.
.
.
.


KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk - Melancarkan haid - Menghilangkan kembung,sebu dan senak - Pencuci perut - Menguatkan jantung - Menghilangkan lender tekak - Melegakan sakit kepala/ migraine - Membuang angin - Menyembuhkan buasir - Senggugut - Merangsang rahim - Kegemukan - Kurang berat badan - Mengawal kencing manis - Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah - Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh - kecergasan - kekuatan badan - Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu - Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.






KALAU POMPUAN KATA

6
 

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko, tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata : i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata : saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya : kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

ahaks,jangan mare............
renung-renungkan, dan selamat beramal..................

Khasiat air liur basi....

10

Eeee...bercakap pasal air liur basi, mesti setiap orang rasa geli + jijik kan.... tambah2 plak kalau tiap2 malam, tido keluarkan air liur basi....lama2 siap boleh membentuk peta dunia kat bantal yang korang tido....huhuhu.... tapi dalam geli + jijik tu, sebenarnya air liur basi ni sebenarnya mempunyai khasiatnye yang tersendiri... kenape? tak percaya ea.... ok, baca kat bawah ye....
.
.
.
.
.
.
.
.

pic from google...

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.--> amalkan minum air sejurus sahaja bangun tido ye...

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalanRasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi. Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

nota kaki: mulai hari esok, nak amalkan minum air sebaik sahaja bangun tido.... benda baik tak salah kalau kita praktikannya... baik untuk kesihatan!!! (",) 


Kawan dan Cinta

3


 Di suatu hari yang indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.
Kenapa? Kerana CINTA itu buta.
Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.
Kenapa? Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !
Di dalam telaga CINTA hilang.
Kenapa? Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.
Kenapa? Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia. Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI…. 



Produk Mandian Upin Ipin

8


siapa suka tengok citer Upin Ipin sila anggukkan kepala...hehehe...
ala bukan kanak2 je yang ske layan Upin Ipin ni...orang dewasa pon terhibur....apatah lagi, Kasih pon suke..
kadang2 layan anak2 buah tengok Upin Ipin...dengan Kasih sekali yang terlopong + ternganga sama.. besh kan... kita sebagai rakyat Malaysia kena la sokong industri animasi ni...hehehe...

.
.
.

tadi tengah round2 Utusan Malaysia Online ni, terpandang la satu topik ni.... "Produk Mandian Upin Ipin"... mmm menarik ni... mesti kanak2 excited dengan produk ni.... kalau dulu setakat koleksi baju, keychain dan sebagainya...tapi sekarang dah ada produk mandian...bagus2... pasni ibu2 kat rumah dah xyah susah2 nak pujuk anak masing2 tuk mandi... confirm diorang sendiri yang asyik request nak pergi mandi...hehehehehe...

(sumber : Utusan Malaysia Online, 20 Mei 2010)

.
.
.
.
.
.

kat bawah ni Kasih 'quote' dari Utusan Malaysia Online"...layannn
.
.
.
.
" Bagi peminat-peminat Upin dan Ipin, kini mereka boleh menambah koleksi peribadi yang berlatar belakangkan watak popular itu dengan mendapatkan produk terbarunya iaitu koleksi penjagaan diri.
Dikeluarkan oleh Wonderland Primary Sdn. Bhd. (Wonderland Primary), buat permulaan mereka telah memperkenalkan empat jenis produk iaitu syampu, krim mandian, losen badan dan pembersihan diri daripada hujung kaki hingga ke kepala.
Selain diperkaya dengan daun lidah buaya serta vitamin E, produk-produk tersebut pastinya memikat hati anak-anak anda kerana ia diperhebatkan lagi dengan bau-bauan seperti buah-buahan dan gula-gula candi.
Bukan itu sahaja malah kombinasi daun lidah buaya serta vitamin E mampu melembapkan kulit dan merapikan rambut anak-anak anda.
Apa yang menariknya mengenai produk penjagaan diri Upin dan Ipin ini, ia bukan sahaja diperbuat khas untuk kegunaan kanak-kanak malah ia juga merupakan satu produk penjagaan diri untuk seisi keluarga."

Pesan Roh kepada Manusia

0


Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata. Dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut." Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : " Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan memanggil2 dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : " Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya." Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur sebelum mendengar suara anak2 dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan : " Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak2ku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat2 itu keluar dan duduk di tepi kubur masing2. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda2 memperoleh nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab : " Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak2 dan teman2. Sebaliknya aku mempunyai anak2 yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak2 jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoakan dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan terang daripada matahari.

Baginda Rasulullah S.A.W berkata:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang2 kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah S.A.W lagi :
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Sebaliknya, kalau orang yang nazak itu munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


nota kaki : Artikel ini merupakan e-mail daripada seorang kawan. dan aku rasa patut dikongsikan kepada yang lain. Artikel ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita yang masih hidup. 

Panduan untuk hamil...

0

opppss jangan terkejut dengan tajuk entri kali ini ye...
ye la kan..sape la kita ni nak kasi tips2 untuk hamil camni... kawen pon belum.. tapi  memandai je nak kasi tips...
ok, sebenarnya tips ni bukan dari aku.. tapi tips ni aku dapat dari majalah Mingguan Wanita (23-29 April 2010). setiap pasangan yang baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin, pasti inginkan kehadiran cahaya mata, betul tak? kawan aku yang baru kawen pon teruja ingin menimang cahaya mata... so, tak salah rasanya tips ini aku kongsikan dengan u ols semua...
Baca kat bawah k untuk tahu lebih lanjut tentang tips tersebut..

Makanan 
Tiram mampu meningkatkan kesuburan kerana tiram dilengkapi dengan zat besi yang memainkan peranan penting terhadap penghasilan hormon testosteron dan semen dalam organ seks lelaki serta kesuburan dan ovulasi wanita. Bakal ibu dinasihatkan agar mengambil zat besi (9 mg sehari) untuk membantu sistem pembiakan berfungsi dengan baik. Pengambilan zat besi yang berlebihan tidak meberi kesan terhadap kesuburan seseorang.
 
Urutan
Tiada bukti saintifik yang mengatakan urutan dapat membantu memperbaiki kesuburan dan meningkatkan kadar kehamilan. Waubagaimanapn terdapat satu kajian yang menyatakan urutan dapat mengurangkan paras kebimbangan seseorang. Ada kalanya, tekanan yang dialami boleh menggangu emosi seseorang wanita yang berhasrat untuk mengandung. Secara logiknya, urutan dapat mengurangkan tekanan yang mungkin membantu seseorang menjadi lebih subur.
Pilih nutrisi terbaik selain vitamin
Ambil makanan yang bernutrisi terbaik yang dapat memberi kesan kepada hormon kesuburan lalu membolehkan anda hamil. Kebanyakan wanita mengambil makanan daripada tenusu untuk membantu mengekalkan tahap kesuburan berada dalam keadaan yang baik.




Perempuan yang menjadi perhatian lelaki

2

Semasa tengah ber'blogwalking' ke teratak kawan2 yang lain, aku terpandang la satu entri ni...cukup menarik perhatianku! Ianya berkaitan sifat perempuan yang menjadi perhatian lelaki... dah mintak izin tuan empunya blog dah iaitu hazlizahusaini.. Now, i want to share this informations to all my friends out there..Let's check it out!

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang  hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 

Keanak-anakkan 
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. 

Penuh Pengertian 
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini dicerminkan dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai 
 Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. 

Menjaga Penampilan 
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walaupun sudah punya anak 3??

Pandai berbicara 
Lelaki tertarik dengaan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu untuk menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yanag lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. 

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri 
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai yang lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila  berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri 
Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. 

Simpati dan prihatin 
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati  pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.  Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

nota kaki : Kalau betullah kesemua sifat di atas menjadi perhatian lelaki2 di luar sana, harus diingat bahawa tidak ada wanita yang perfect sifatnya dan mempunyai semua ciri2 tersebut... we just an ordinary person, yang tak sempurna sifatnya.. terimalah seadanya..sekiranya perlu diubah, bimbinglah dia sebaik2nya tanpa mengecilkan hati mereka...



Demi masa...Ingat 5 sebelum 5

4


Bercakap tentang masa, berapa ramai yang menghargai setiap detik waktu yang berlalu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah untuk diri sendiri. Berapa ramai antara kita yang selalu beringat dalam setiap langkah yang kita lakukan dalam  kehidupan seharian... Tepuk dada tanya iman...

Ok jom kita sama2 hayati kisah-kisah kat bawah ni:

Kisah 1 - Pelajar universiti
"Alamak, esok dah nak exam ni... Banyak lagi yang belum study... KALAULAH aku study awal2 kan bagus.. takde la kelam kabut macam ni... dah la satu benda pon aku tak faham..abes lah nanti, mesti aku tak dapat score dalam paper ni"

 Kisah 2 - Seorang jejaka di sebuah bandar kosmopolitan
 "Aduhai, apa la malang sangat nasib diri aku ni... dah la jatuh, ditimpa tangga pulak tu. Masa dapat gaji bukan main syok lagi aku enjoy. Satu sen pon tak simpan...Tapi sekarang, keje dah tak ada...nak makan pon tak de duit.. Nak mintak duit dengan ayah kat kampung, MALUnye... KALAULAH aku menabung dari dulu lagi, takde la nasib aku jadi camni."

Kisah 3 -  Seorang gadis di sebuah hospital kerajaan
 KALAULAH aku dengar pesan mak ayah aku kat kampung, mesti perkara ni tak akan berlaku. tapi nak buat camne, bak kata orang "nasi sudah menjadi bubur".. nak menyesal pun dah tiada guna lagi dah.. 

watak dan jalan cerita di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan langsung sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ini cuma ingatan untuk diri sendiri dan kawan2 yang lain sebagai tanggungjawab sesama manusia.. kadang2 kita tak sedar hampir setiap hari kita gunakan perkataan KALAULAH... untuk itu, jangan pernah menyesal dengan apa yang terjadi... jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku kerana mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik semuanya itu...

nota kaki : Renung2kanlah dan selamat beramal. 


8 Tips Bina Keyakinan

4

 TIPS BINA KEYAKINAN DIRI

1) Katakan anda boleh! Kata-kata positif akan membakar semangat untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.

2. Jangan memandang rendah keupayaan diri. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri dibelenggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.

3. Kaji dan perbaiki kelemahan diri. Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.

4. Malu biar pada tempatnya. Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri untuk merasa lebih yakin.

5. Sentiasa berfikiran positif. Fikiran positif akan memberi rangsangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk lebih berani berhadapan dengan sebarang cabaran.

6. Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja. Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.

7. Badan sihat minda cerdas. Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.

8. Hargai diri. Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan sangat bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.

Sumber : Majalah Keluarga Harmoni (2006)

nota kaki: Ini adalah kesinambungan daripada kisah aku yang tetiba rasa 'down' sangat2 malam tadi...bila baca tips ni, semangat kembali wujud dalam diri aku..


7 ayat cinta menurut sabda Rasulullah S.A.W

0
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan."

1. Bismillahhir-Rahmannirrahim
 Lafazkanlah pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah
Ucapkanlah setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah
Lafazkanlah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insya Allah
Ucapkanlah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

5. Lahaulawalaquataillahbillah
Bacalah bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 

6. Innalillah
Lafazkanlah jika menghadapi sebarang musibah atau mendengar kematian. 

7. Laailaahaill-Allah
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.

nota kaki: "Amalkanlah dan semoga jiwa kita akan lebih damai"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)