Showing posts with label renungan. Show all posts

Kedamaian...

0


Kenali sebuah pertemuan
Kerana di situ tercipta kemesraan
Hargailah sebuah persahabatan
Kerana disitu tercipta kerinduan
Sayangilah sebuah perkenalan
Kerana disitu terciptanya sebuah kedamaian



Merenung masa depan.....

5

Masa begitu cepat berlalu... pejam celik pejam celik dah nak sampai pertengahan tahun 2010... rasanya baru semalam wish pada kawan2 ungkapan "Selamat Tahun Baru 2010"... usia muda semakin jauh berlalu pergi, usia tua melambai-lambai memanggil ke arahnya..... tiba2 teringat lagu "Demi Masa" dari kumpulan nasyid Raihan... manusia seringkali alpa dengan setiap detik masa yang berlalu.....


Kasih tak nak tunding jari kepada sesiapa.... entri kali kali spesifically ditujukan untuk diri sendiri... Bila memikirkan masa depan yang masih samar2... masih mencari-cari identiti diri sendiri... membuatkan Kasih banyak berfikir dan duduk bersendirian mencari kelebihan yang wujud dalam diri ini.... bila agaknya sinar kebahagiaan bakal hadir dalam diri ini.... dan yang pastinya, Kasih selalu mengingatkan diri sendiri yang Kasih perlu berusaha untuk merubah kehidupan Kasih.... Jangan terlalu senang hati dengan apa yang ada sekarang ni.... jangan terlalu selesa dengan situasi sekarang... kerana Kasih mampu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.....

nota kaki : Allah tidak akan mengubah nasib umatnya melainkan individu itu sendiri yang berusaha untuk berubah dirinya sendiri... Kasih, u need to work harder than before... strunggle for ur success!!!!


Insaflah!!!

4

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.    


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.    

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.    

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.    

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.    


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........




Kalau semua nak tahu  ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. 
Astaghfirullah. ..

Pesan Roh kepada Manusia

0


Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata. Dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut." Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : " Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan memanggil2 dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : " Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya." Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur sebelum mendengar suara anak2 dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan : " Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak2ku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat2 itu keluar dan duduk di tepi kubur masing2. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda2 memperoleh nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab : " Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak2 dan teman2. Sebaliknya aku mempunyai anak2 yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak2 jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoakan dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan terang daripada matahari.

Baginda Rasulullah S.A.W berkata:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang2 kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah S.A.W lagi :
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Sebaliknya, kalau orang yang nazak itu munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


nota kaki : Artikel ini merupakan e-mail daripada seorang kawan. dan aku rasa patut dikongsikan kepada yang lain. Artikel ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita yang masih hidup. 

Demi masa...Ingat 5 sebelum 5

4


Bercakap tentang masa, berapa ramai yang menghargai setiap detik waktu yang berlalu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah untuk diri sendiri. Berapa ramai antara kita yang selalu beringat dalam setiap langkah yang kita lakukan dalam  kehidupan seharian... Tepuk dada tanya iman...

Ok jom kita sama2 hayati kisah-kisah kat bawah ni:

Kisah 1 - Pelajar universiti
"Alamak, esok dah nak exam ni... Banyak lagi yang belum study... KALAULAH aku study awal2 kan bagus.. takde la kelam kabut macam ni... dah la satu benda pon aku tak faham..abes lah nanti, mesti aku tak dapat score dalam paper ni"

 Kisah 2 - Seorang jejaka di sebuah bandar kosmopolitan
 "Aduhai, apa la malang sangat nasib diri aku ni... dah la jatuh, ditimpa tangga pulak tu. Masa dapat gaji bukan main syok lagi aku enjoy. Satu sen pon tak simpan...Tapi sekarang, keje dah tak ada...nak makan pon tak de duit.. Nak mintak duit dengan ayah kat kampung, MALUnye... KALAULAH aku menabung dari dulu lagi, takde la nasib aku jadi camni."

Kisah 3 -  Seorang gadis di sebuah hospital kerajaan
 KALAULAH aku dengar pesan mak ayah aku kat kampung, mesti perkara ni tak akan berlaku. tapi nak buat camne, bak kata orang "nasi sudah menjadi bubur".. nak menyesal pun dah tiada guna lagi dah.. 

watak dan jalan cerita di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan langsung sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ini cuma ingatan untuk diri sendiri dan kawan2 yang lain sebagai tanggungjawab sesama manusia.. kadang2 kita tak sedar hampir setiap hari kita gunakan perkataan KALAULAH... untuk itu, jangan pernah menyesal dengan apa yang terjadi... jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku kerana mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik semuanya itu...

nota kaki : Renung2kanlah dan selamat beramal. 


8 Tips Bina Keyakinan

4

 TIPS BINA KEYAKINAN DIRI

1) Katakan anda boleh! Kata-kata positif akan membakar semangat untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.

2. Jangan memandang rendah keupayaan diri. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri dibelenggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.

3. Kaji dan perbaiki kelemahan diri. Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.

4. Malu biar pada tempatnya. Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri untuk merasa lebih yakin.

5. Sentiasa berfikiran positif. Fikiran positif akan memberi rangsangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk lebih berani berhadapan dengan sebarang cabaran.

6. Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja. Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.

7. Badan sihat minda cerdas. Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.

8. Hargai diri. Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan sangat bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.

Sumber : Majalah Keluarga Harmoni (2006)

nota kaki: Ini adalah kesinambungan daripada kisah aku yang tetiba rasa 'down' sangat2 malam tadi...bila baca tips ni, semangat kembali wujud dalam diri aku..


La Tahzan...

0


Jangan bersedih...
Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya
Jalannya dihias dengan duri-duri luka
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah
Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah...

Nota kaki: Aku tujukan kata-kata ini untuk seorang sahabat yang sangat aku sayangi...sabarlah mengharungi setiap liku dan dugaan yang melanda.. Aku tahu semua itu amat berat untuk ditanggung, namun begitu aku yakin kamu cukup kuat untuk menghadapinya... kerana Allah tidak akan berikan ujian sekiranya hambaNya tidak mampu untuk menghadapinya.. Sebagai seorang sahabat, tak ada apa yang dapat aku lakukan selain berdoa untuk yang TERBAIK buat dirimu SAHABAT.. 


7 ayat cinta menurut sabda Rasulullah S.A.W

0
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan."

1. Bismillahhir-Rahmannirrahim
 Lafazkanlah pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah
Ucapkanlah setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah
Lafazkanlah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insya Allah
Ucapkanlah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

5. Lahaulawalaquataillahbillah
Bacalah bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 

6. Innalillah
Lafazkanlah jika menghadapi sebarang musibah atau mendengar kematian. 

7. Laailaahaill-Allah
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.

nota kaki: "Amalkanlah dan semoga jiwa kita akan lebih damai"


kenapa perempuan mudah menangis??

2
Kali ni aku nk share sesuatu ngan u all semua...especially untuk insan yang bergelar perempuan...perempuan seringkali dikaitkan dengan air mata...knape ye?? aku create entry ni pon sbb aku rs minggu ni hidup aku dan org d sekeliling aku sgt mudah menitiskan air mata...adakah menangis ni menunjukkan seseorg itu lemah dan tak cukup kuat mengatasi masalah yg dihadapi? atau menangis semata-mata tuk dapatkan simpati dari org lain? YA..setiap titik air mata yang menitis pasti ada sebab tersendiri kan...

cerita kt bwh ni aku quote satu artikel dari website www.tentangcinta.com. u all baca la ye!!hehe...

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti.”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

nota kaki: menangis la wahai perempuan...kalau dengan cara itu dapat meringankan masalah yg dihadapi...dulu aku ske menangis dlm ati, sbb aku xnk org ckp aku ni manja dan x kuat hadapi dugaan...tp rupa2nye aku silap, aku akan rs sgt tenang aftr menangis..seolah-olah masalah yg aku tanggung telah mengalir pergi bersama-sama air mata...(",)

salam maulidur rasul....

0
kelmarin aku menonton satu drama kt tv3...tajuk dier IHSAN...sempena maulidur rasul...penuh dengan pengajaran dan sangat menginsafi diri aku...criter dier adalah berkisahkan seorang anak yang derhaka pada kedua ibu bapanya...sangat menyayat hati...sampai meleleh-leleh air mata aku...nsb bek duk sorang2...waaa...saat tu jugak aku teringat kat mak+ ayah aku kt kampung....muhasabah diri...mungkin mak ayah aku pernah terguris/kecil hati atas apa yg aku lakukan tanpa aku sedari....mak, ayah...maafkan ADIK....

sekarang ni, segala dosa dan perbuatan jahat yang kita lakukan Allah akan bayarkan secara TUNAI kt atas muka bumi ni...x perlu nk tunggu bile da masuk lam kubur...masyaAllah...

kepada sesiapa yg sama-sama menonton citer tuh mesti insafkan..criter-criter camni sepatutnye kene banyak2 dimainkan kt tv...x perlu tunggu hari-hari tertentu je....kadang2 kite alpa dan lalai....di sebabkan tuntutan keje yang banyak serta tanggungjawab lain yang perlu dipikul menyebabkan kite alpa untuk bertanya khabar orang tua d kampung....lebih-lebih lagi kepada yang dah berkahwin...anak lelaki walaupun da beristeri, tanggungjawab terhadap mak ayah tetap perlu didahulukan....lam criter IHSAN tuh, seorang ibu terguris hatinya kerana anaknya tidak mengaku dirinya seorang ibu disebabkan malu dan takut ditinggalkan isterinya...mmg dasar anak yg x sedar dek untung....kejayaan x kan dikecapi kalu bkn dari kepayahan dan kesusahan mak ayah yang memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya...

wahhh...aku tersangatlah emosional kali ni...huhu...mungkin sebab aku sgt2 memahami hati seorang ibu...walaupon aku lom kahwin, tp criter-criter camni pernah mak aku luahkan dan kongsikan ngan aku....ye la, kebanyakkan kkk2 dan abg2 aku da berumah tangga...so aku sebagai ank BONGSU selalu jadi peneman dan pendengar yang setia criter2 mak aku tiap kali aku blk bercuti....hehe..

so, aku nk nasihatkan pada sahabat2 kt luar sane...juga peringatan tuk diri aku sendiri....JANGAN SESEKALI MENYAKITI HATI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA...LEBIH-LEBIH LAGI HATI SEORANG IBU YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN KITA SEHINGGA MENJADI SEORANG YANG BERJAYA....bukan wang ringgit dan kemewahan yang mereka inginkan...cukuplah perhatian dan kasih sayang untuk mereka....dan jadilah seorang anak yang soleh dan solehah yang seringkali mendoakan kebahagian dan kesejahteraan mereka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)