Showing posts with label kolokium. FSKSM. Show all posts

Kolokium Research Group Siri 5

0
Salam 1 Malaysia...
Dah lama entri ni duk terperam dalam "Dashboard" menunggu masa untuk dipublish. Macam mana entah boleh terlepas pandang.. Tapi tak mengapa, walaupun sudah agak basi ceritanya, tapi tetap jugak nak bercerita.


Mengikut kalendar yang terpampang di depan mata pada ketika dan saat ini, Kolokium Siri 5 telahpun berlangsung pada akhir bulan Mac iaitu 2 bulan lepas..hahahahaha...nampak sangat cerita dah basi pon nak diwarwarkan di sini. Takde apa yang special sangat pun tentang Kolokium kali ini....cuma.....nampak tak paper bag kaler putih berkerawang hitam kat atas meja dalam gambar di atas tuh? hehehehe....tu la goodies bag dari KS untuk diorang sempena majlis perkahwinan KS Mac lalu. Itu je yang nmampu KS bawak pulang untuk geng2 research KS kat UTM nih...nak buat cano, diorang nk pi majlis ritu, jauh sangat katanya....takpo lah...den ngerti....


Seperti biasa, Kolokium dijalankan dengan sesi perbincangan dan jugak pembentangan. Kali ini, KS cuma duduk je sebagai pendengar dan pemerhati yang tegar sambil2 bergosip-gosip girl kat belakang...hehehehehehehe....


Seusai sudah sesi pembentangan dan sesi soal jawab, acara makan2pon bermula. Kalau takde makan2 memang tak sah kan...otak dah penat bekerja, perut pon nak kena berisi jugak kan...kalau tak cano nak buat research??hehehehe...



Finally, berakhirlah sudah sesi pengajian buat sesi kali ini...wah! pejam celik pejam celik dah habis semester 2 dah..sem depan dah masuk sem yang ke-3...cepat betul masa berlalu....




Kolokium Research Group Siri 3

0

Bila dah nama pun student, so memang la tak dapat lari dari sesi bentang membentang. Sebelum ni dah dua kali kolokium kumpulan penyelidikan berjaya dijalankan. Selasa yang lalu kolokium siri 3 berjaya dijalankan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Dua dihadapan (Ema dan Shaf) bersedia untuk membentangkan hasil awal kajian yang telah dijalankan. Dua lagi dibahagian belakang (Wani dan Iffah), masih boleh tersenyum lebar.. al-maklumlah, giliran diorang untuk membentangkan perkembangan penyelidikan belum tiba lagi... (",)
.
.
.
.
.
.

Kolokium bermula dengan sesi pembentangan oleh Zul. Ni adalah pembentangan kali kedua untuk Zul sebagai persediaan untuk penilaian peringkat pertama (depends proposal) untuk pengajian master beliau. Good luck ye Zul...semoga sukses semuanya....
.
.
.
.
.

Giliran Shaf dan Ema membentangkan hasil kerja. Walaupun masih baru dalam dunia research, tapi diorang mampu memberikan komitmen yang sangat tinggi berdasarkan hasil kerja yang dibentangkan. Good job for both of you. 
.
.
.
.
.

Orang lain sibuk berkolokium, si tudung merah ni sibuk ber'sms'..hehehehe...maklumlah, orang penting la katakan...semua orang sibuk nak tanya itu dan ini... tambah2 pulak, tinggal beberapa hari sahaja lagi kerja2 sebagai pembantu felo akan berakhir. Saat2 ni la perlu berhubung dengan semua orang bagi memudahkan urusan serah kerja pada pengganti yang bakal masuk. (",)
.
.
.
.
.

Tapi
dalam sibuk ber'sms' pon, sape kata si tudung merah itu tidak menyumbangkan apa2 untuk kolokium sesi ini.


Haaaa...jangan tak tahu... si tudung merah tu sempat jadi 'cikgu' jap kat depan...hahahahaha....bukan sesi pembentangan ye, tapi sedikit perkongsian ilmu yang KS dapat dari bengkel penulisan jurnal yang telah dianjurkan oleh Unit Biasiswa, Sekolah Pengajian Siswazah UTM. Alhamdulillah, walaupun tak banyak yang sempat KS sampaikan pada hari tu, namun rasa berbesar hati la jugak sebab dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang hadir. (",)





Kolokium Research Group - Siri 2

0

Agenda : Kolokium Penyelidikan Siri 2
Tarikh: 8 Februari 2011
Tempat : FSKSM, UTM Skudai.
Jam : 11 pagi - 1.00 tengahari
.
.
.
.
.
.

Ikut perancangan awal, kolokium penyelidikan siri ke-2 ini berlangsung pada 1 Feb 2011 iaitu dua minggu selepas kolokium penyelidikan siri pertama yang telah KS kupas sebelum ni DI SINI. Tapi memandangkan tarikh tersebut jatuh pada minggu cuti CNY, so tarikh kolokium terpaksa dianjak seminggu kehadapan untuk memberi peluang kepada ahli2 kumpulan penyelidikan untuk pulang bercuti.
 
Kolokium kali ni merupakan giliran KS untuk membentangkan hasil kerja yang telah dilaksanakan kepada ketua projek. Sepatutnya dua orang yang akan membuat pembentangan setiap kali kolokium berlangsung. Namun memandangkan KS seorang je pelajar phD dalam kumpulan penyelidikan ni, so KS terpaksa pasrah untuk membentangkannya sensorang tanpa pasangan lain. Tapi, nasib baik ketua projek sudi untuk berkongsi ilmu2 serta informasi berkaitan dengan kajian kualitatif berdasarkan apa yang beliau perolehi dalam kursus yang telah dihadirinya seminggu sebelum kolokium berlangsung. So, takla KS rasa bercakap sorang2 dalam kolokium tu...(",)

Gambar sebelum memulakan sesi pembentangan. Walaupun pembentangan dilakukan hanya dihadapan ahli2 kumpulan penyelidikan, namun perasaan gementar tetap menyelubungi perasaan pada ketika tu. Namun setelah beberapa minit pembentangan dimulakan, perasaan gementar tu sedikit2 mula hilang...

Setelah semua sudah mengambil tempat masing2, kolokium pun bermula. Kolokium kali ini dipengerusikan oleh Puan Lizawati Mi Yusuff iaitu isteri kepada ketua projek kami.

Sesi pembentangan sudahpun selesai.. sesi soal jawab juga telahpun selesai.
Makan je yang belum selesai...hehehehehe....menu untuk makan tengahari adalah nasi putih + ayam kari + sayur campur + pisang + sirap limau...semuanya menikmati makanan dengan penuh selera...maklumlah semuanya sudah kelaparan....

OK la...setakat ni je coretan kali ni...berjumpa lagi di lain siaran. ADIOS..(",)



Nota kaki : InsyaAllah, kolokium sesi ke-3 bakal diadakan pada 22 Februari 2011.



Kolokium research Group Siri 1

0

Agenda : Kolokium Penyelidikan Siri 1
Tempat : FSKSM, UTM Skudai.
Jam : 10 pagi - 1.00 tengahari
.
.
.
.

Kolokium ni lebih kepada sesi perbincangan. Tak formal sangat sebab penyertaan adalah di kalangan kumpulan penyelidikan kitorang je. Disebabkan ahli kumpulan penyelidikan dah bertambah, so our supervisor tak sempat nak pantau semua orang. So, jalan terbaik adalah dengan mengadakan kolokium ni. Melalui pertemuan tersebut, setiap orang dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.
.
.
.

 Sempat berposing sebelum kolokium bermula.

 masing-masing kusyuk mendengar

Sharif kusyuk membentangkan hasil kerjanya.

Dr Mohd Shahizan... penyelia kami.. (",)


Nota kaki : Kolokium Penyelidikan Sesi-2 akan diadakan pada 1 Februari 2011.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)