8 Tips Bina Keyakinan
TIPS BINA KEYAKINAN DIRI
1) Katakan anda boleh! Kata-kata positif akan membakar semangat untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.
2. Jangan memandang rendah keupayaan diri. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri dibelenggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.
3. Kaji dan perbaiki kelemahan diri. Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.
4. Malu biar pada tempatnya. Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri untuk merasa lebih yakin.
5. Sentiasa berfikiran positif. Fikiran positif akan memberi rangsangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk lebih berani berhadapan dengan sebarang cabaran.
6. Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja. Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.
7. Badan sihat minda cerdas. Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.
8. Hargai diri. Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan sangat bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.

Sumber : Majalah Keluarga Harmoni (2006)
nota kaki: Ini adalah kesinambungan daripada kisah aku yang tetiba rasa 'down' sangat2 malam tadi...bila baca tips ni, semangat kembali wujud dalam diri aku..
kekadang memang kita perlukan kata2 semangat macam nie bukannyer ape untuk peningkatan diri kita jugak...
ReplyDeletetq 4 sharing.. tips berguna utk kehidupan harian
ReplyDeletezaidah @ akak comel : betul tu...bila di timpa masalah, tips2 sebegini dapat memotivasikan diri sendiri untuk terus bangun dan maju ke hadapan...
ReplyDeleteMSR: u'r welcome... tips yang bagus perlu dikongsi bersama kan.. bak kata orang 'sharing is caring'
ReplyDelete