eid-adha edisi 2010
Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah kerana masih memanjangkan umurku sehingga ke hari ini... Walaupun sudah hampir seminggu Eid-Adha melabuhkan tirai, kemeriahan tetap dirasai sehingga hari ini... walaupun mungkin ada antara kita yang tak sempat untuk meraikannya kerana memenuhi tuntutan kerja, di kesempatan ni aku tetap jugak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...
Aidiladha kali ni tak adalah meriah sangat pun... tapi ianya tetap diraikan dalam penuh kesederhanaan....walaupun adik beradik ramai, tapi berapa orang je yang dapat pulang ke kampung...setakat yang bujang2 je la dapat beraya bersama-sama mak dan ayah. Raya kali ni aku tak sempat nak buat persiapan masak memasak juadah di malam raya...maklumlah, sampai kat umah dah hampir jam 12 tgh malam...bak kata mak, semua dah siap masak..tunggu untuk dihidangkan je pagi esok...Hmmm walaupun berapa kerat je yang balik beraya, tapi boleh tahan jugak juadahnya...Bak kata mak: walaupun tak ramai yang balik, raya tetap raya! Caya lah Mak...takpe, kami yang bujang ni boleh ngabihkan makanan tu semua...hehehehe....
Antara hidangan yang ada : Laksa terengganu, sate, ketupat, rendang, kerepek + kek
Agenda tetap di pagi raya : sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
posing punya pasal...sure tak ketinggalan punye la...
kak kasih,laksa terengganu camne eh?
ReplyDeletesama gak soklan, first time dgr laksa terengganu. apa beza dgn laksa yg lain
ReplyDeleteAimi & Liza : Laksa trg kuahnye putih...dimakan dengan ulam2 (timun + bunga kantan + taugeh + kacang panjang + belacan). beza dgn laksa yg lain cuma kuahnye je rasanya...
ReplyDelete