Ceritera raya lagi....

6

Bersiaran lagi...
Kalau nak bercerita tentang raya memang tak habis2 memandangkan Syawal masih panjang lagi.....selagi bulan Syawal belum melabuhkan tirainya, selagi itu la feel raya masih ada....sure masih ramai yang berkira-kira nak buat open house kan....kalau tak buat open house pun, pintu rumah sentiasa terbuka untuk tetamu2 yang datang untuk beraya....
.
.
.
Ku kira, sepanjang 6 tahun aku hidup di negeri Johor ni (wah, lama kan...), sambutan hari raya memang sangat meriah jika nak dibandingkan dengan negeri kelahiranku, Terengganu. Kat Terengganu, suasana serta kemeriahan raya hanya bertahan paling lama pun sampai hari raya ke-3 je....maybe jugak perasaan tu sebab aku adalah anak perantau....paling2 lama pun, hari raya ke-4 dah kena balik Johor semula.....
.
.
.
Kalau kat Johor ni, diorang raya sebulan....hehehehe
Tak cukup waktu siang, waktu malam pun sempat lagi pergi beraya ke rumah2 sanak saudara serta sahabat handai....Makan, makan dan makan.....raya memang sinonim jugak dengan makan kan...kemain susah nak reduce 2 kg sepanjang puasa di bulan Ramadhan, datang je Syawal naik balik 2 kg tu....aduyai.....camno tuh!
.
.
.
Sekarang ni ready je dengan kedatangan tetamu yang bakal datang beraya ke rumah.
Jemput la ye kepada sesiapa yang rasa2 nak datang beraya...hehehehe....pintu rumah kami sentiasa terbuka...tapi sebelum nak datang tu inform la dulu ye...bukannya apa, takut tuan rumah takde kat rumah...hehehehe...mana la tahu kan, tuan rumah pun kekadang selalu lesap, sibuk beraya la katakan...(",)

 [Gambar ketika beraya kat rumah sedara suami]

Beraya ni bukannya nak makan sangat...tapi adat kunjung mengunjung ni kan dapat merapatkan hubungan silaturrahim....nak2 bagi pasangan yang baru first time beraya ni, masa ni la nak berjalan2 nak kenal saudara mara pasangan masing2 kan...Walaupun kat Terengganu haritu, aku tak sempat nak bawak suami berjalan2 ke rumah makcik2 aku...mungkin raya tahun depan ye....

[Kunjungan kawan2 suami ke kediaman kami]

Ini part yang aku seronok untuk menyertainya....mungkin sebab aku tak pernah merasainya bersama2 kawan2 aku dulu....sesi beraya dari rumah ke rumah sahabat handai suami....walaupun berapa kerat je yang join.....asyik2 muka tu je yang join....hehehe....hari ni beraya rumah kami, esok2 beraya rumah orang lain pulak...Walaupun agak kelam kabut buat persiapan, masak2 ala kadar untuk diorang...tapi perasaan tetap happy....Ni la yang dikatakan kena ready je kedatangan tetamu yang mahu datang beraya...hehehehe....Diorang bagitahu last minit, malam nak datang, petang baru bagitahu....Kalau kami berada kat rumah time tu, takde hal kot...kebetulan pulak tengah sibuk tolong MIL yang kebetulan buat open house untuk kawan2 sekolah beliau..tu yang kelam kabut balik masak2 apa yang sempat je....Takpe la, paling tidak ada la jugak rezeki untuk diorang nikmati selain kuih2 kering...hehehehehehe...
.
.
.
.
Kepada sahabat handai yang rasa nak datang beraya ke rumah, jemput la datang...kuih raya banyak lagi ni....hehehehe....







6 comments:

  1. kasih...
    wah!!
    bila jadi orang johor,.
    kena beraya sebulan ya..
    hehehehhe..

    insyallah.. ada jodoh, jumpalah kita lagi

    ReplyDelete
  2. Kak Ayu: tu la pasal kak...bila dah jadi org johor ni, terpaksa la ikut rentak cam org Johor...hehehe

    InsyaAllah kak...mungkin next time akak pulak yg datang berkunjung kat sini..(",)

    ReplyDelete
  3. klu dah beraya kat johor singgahlah kat rumah akak plak....

    ReplyDelete
  4. Kak Zai: Rumah akak area mane ye?kalau berkesempatan, boleh je p beraya rumah akak..hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)