CINTA oh CINTA...
0
CINTA....
apa itu CINTA??
ye betul...semua org mempunyai keinginan utk mencintai dan dicintai..aku pon menginginkannya..(",)
tp tahukah kamu apa yg dikatakan itu CINTA? dan ada apa pada CINTA?
setiap org mempunyai definisi yg tersendiri tentang CINTA..
bak kata Amy Mastura dalam lagu CINTA, macam2 jwpn yang diberikan bila ditanya tentang CINTA...
"Jika ditanya tentang cinta
Macam macamlah jawapannya
Macam macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana"
Ada cinta yang sanggup merana"
bagi aku, CINTA adalah satu perasaan anugerah dari Allah, lahir dari hati yang ikhlas dan perlu dijaga dengan sebaik2nya...Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan itulah dia CINTA....
Namun begitu, hati-hati dengan CINTA kerana CINTA juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. CINTA kepada harta ertinya bakhil, CINTA kepada perempuan ertinya alam, CINTA kepada diri ertinya bijaksana, CINTA kepada mati ertinya hidup dan CINTA kepada Tuhan ertinya Takwa.