Bina Pesona Diri...
0
1. Yakinlah pada diri sendiri.Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa. Bersyukurlah dengan anugerah kejadian Tuhan.
2. Jaga penampilan diri anda dengan memakai pakaian yg anda selesa memakainya. Jangan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen utk nampak cantik kerana tidak semua fesyen sesuai untuk anda. Anda mungkin menjadi mangsa fesyen dan nampak hodoh! Terus merudum pesona anda!
3. Pupuklah sikap menghargai. Ucapkan terima kasih pada perkara-perkara yg kecil sekalipun. Senyumlah di kala anda meluahkannya. Ia membawa makna yang besar.
4. Relaks dan selesakan diri apabila bergaul dengan ramai orang. Semakin anda selesa dengan diri anda, semakin selesa orang yang berada disekeliling anda terhadap diri anda. Anda hanya akan kelihatan kelam-kabut sekiranya anda gemuruh.
5. Peganglah pada janji. Semua orang suka individu yang bersikap jujur dan amanah.
6. Jika anda mempunyai bakat terpendam, jangan sia-siakannya kerana bakat adalah satu pesona. Anda tidak perlu menjadi penyanyi dan pelakon utk menonjolkan bakat. Jika anda pandai menyanyi, sertailah aktiviti karoeke anjuran tempat kerja anda. Kalau pandai berlakon, sertailah lakonan utk aktiviti hari keluarga anda. Jika anda ada bakat sebagai MC atau pengerusi majlis, tawarkan diri anda untuk mempengerusikan sesuatu majlis yg diadakan. Dengan cara ini, pesona diri anda akan menyerlah dan orang ramai akan lebih mengetahui akan kewujudan anda dalam sesuatu organisasi. Peluang untuk anda mengenali ramai org pun akan lebih cerah.
7. Jangan selekeh. Anda tidak perlu membeli pakaian atau alat solek yg mahal utk kelihatan menarik tetapi cukuplah sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Walau sesibuk mana pun, curi masa utk melayan diri anda seperti membasuh rambut, memotong kuku, merawat muka, memakai losyen badan, merawat tumit kaki yg pecah dan sebagainya.Begitu juga dengan pakaian. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan bukan dipakai berhari-hari baru basuh. Kebersihan diri perlu dijaga juga.
8. Jaga kesopanan terutamanya dalam segi pergaulan dan penampilan diri. Wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata hanya akan memberi tanggapan bahawa wanita tersebut terlalu bergantung kepada kecantikannya semata-mata. Jadi, berpakaianlah secara 'modest' tetapi ada kelas. Wanita sebegini lebih mempesonakan.
9. Jangan hipokrit. Jujurlah dengan diri sendiri dan pada org lain. Jika anda benci kucing, janganlah berpura-pura menyayangi kucing jalanan di kaki lima semata-mata untuk menunjukkan anda adalah seorang yang penyayang.
10. Jangan terlalu rendah diri jika anda tidak cantik seperti artis atau model. Wanita yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya pasti hanya akan memancarkan aura negatif di persekitarannya. Cara utk mengatasi perasaan rendah diri ini, cuba imaginasikan diri anda seorang puteri dan berjalan, berdiri, makan dan melakukan sesuatu seperti seorg puteri yg hebat. Yakin dirinya seperti seorang 'princess' dan 'act like a princess' akan menyerlahkan pesona dirinya yang begitu hebat!