Panduan untuk hamil...
0
opppss jangan terkejut dengan tajuk entri kali ini ye...
ye la kan..sape la kita ni nak kasi tips2 untuk hamil camni... kawen pon belum.. tapi memandai je nak kasi tips...
ok, sebenarnya tips ni bukan dari aku.. tapi tips ni aku dapat dari majalah Mingguan Wanita (23-29 April 2010). setiap pasangan yang baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin, pasti inginkan kehadiran cahaya mata, betul tak? kawan aku yang baru kawen pon teruja ingin menimang cahaya mata... so, tak salah rasanya tips ini aku kongsikan dengan u ols semua...
Baca kat bawah k untuk tahu lebih lanjut tentang tips tersebut..
Makanan
Tiram mampu meningkatkan kesuburan kerana tiram dilengkapi dengan zat besi yang memainkan peranan penting terhadap penghasilan hormon testosteron dan semen dalam organ seks lelaki serta kesuburan dan ovulasi wanita. Bakal ibu dinasihatkan agar mengambil zat besi (9 mg sehari) untuk membantu sistem pembiakan berfungsi dengan baik. Pengambilan zat besi yang berlebihan tidak meberi kesan terhadap kesuburan seseorang.
Urutan
Tiada bukti saintifik yang mengatakan urutan dapat membantu memperbaiki kesuburan dan meningkatkan kadar kehamilan. Waubagaimanapn terdapat satu kajian yang menyatakan urutan dapat mengurangkan paras kebimbangan seseorang. Ada kalanya, tekanan yang dialami boleh menggangu emosi seseorang wanita yang berhasrat untuk mengandung. Secara logiknya, urutan dapat mengurangkan tekanan yang mungkin membantu seseorang menjadi lebih subur.
Pilih nutrisi terbaik selain vitamin
Ambil makanan yang bernutrisi terbaik yang dapat memberi kesan kepada hormon kesuburan lalu membolehkan anda hamil. Kebanyakan wanita mengambil makanan daripada tenusu untuk membantu mengekalkan tahap kesuburan berada dalam keadaan yang baik.