GEGO : JB Art Festival@ Bukit Timbalan
Tak faham betul la...kenapa entah, diri ini boleh terlibat dengan muzik Indie Band ni.. Ni semua gara2 Wiwin a.k.a Fikri Kacak..Orang ajak pekena murtabak, dia pulak beria ajak layan live band kat Bukit Timbalan... Layan je la...lagipun, teringat pulak zaman degree dulu2, kalau ada pesta konvo sure layan live band bebudak UTM... owhh, kenangan....(",)
.
.
.
Sebenarnya, live band GEGO ni diadakan bersempena JB Arts Festival yang telah berlangsung @Bukit Timbalan (1-24 July 2011). Mmm siapa2 yang berkelapangan, sila la berkunjung ke sana...Ada pameran, jual2 dan macam2 lagi la..Nak tahu lebih2, pergi la sendiri ke sana ye...hehehe...
.
.
.
Sepatutnya persembahan band tu start pukul 9..tapi punya la lama nak tunggu diorang start, aduyaiiii saboooooor je...dah naik kematu kaki ni berdiri. Dah la tak kenal band yang bakal performe malam tu...Nak buat camno kan, dah Incik Suami pun semangat nak melayan performance malam tu...terpaksa la si isteri ni membontoti je kemana Incik Suami pergi..huhuhu...
.
.
.
.
.
Siapa2 yang peminat Indie Band sure kenal kumpulan Statik kan?
Hurmm..aku punye la jahil langsung tak ambil port untuk kenal diorang....dalam banyak2 lagu cuma satu lagu je yang pernah dengar..Tajuk lagu tu "Gelap"...best la lagu tu....nasib baik ada jugak lagu yang tahu kan...pernah la dengar lagu tu berkumandang kat radio...radio mana lupa la pulak..hehehehehe...
Band Statik tengah perform...ambil gambar dari nun kejauhan...
.
.
.
.
.
Habis band Statik performe, band Dewata pulak ambil giliran untuk performe....Group ni pun satu hal, punya la lama setup, ingatkan performance MANTOP la...sekali, ambik kau....apekehei nyanyi lagu ada sebut f**k? Aku dah panas bontot dah...jantung nak tercabut pun ada jugak... Tak boleh jadi ni...Nak kena BLAH cepat2 dari situ...tengok pada gelagat2 anak2 muda zaman sekarang, risau....rosak bebudak2 ni...kesian mak bapak diorang kat rumah tengok kelakuan diorang...
.
.
.
.
Huh, tak sanggup duduk lama2 kat situ, aku dengan Incik Suami serta Mr Wiwin jalan2 ronda2 gerai2 berhampiran...Penat dah ajak Incik Suami blah terus dari situ, tapi "depa" nak tunggu Fynn Jamal la pulak? Sape pulak la Fynn Jamal ni? Rugi katenye kalau tak tengok Fynn Jamal dekat2...bukan senang nak jumpa...Aduyai....sekali lagi si isteri terpaksa menurut je kemana bontot Incik Suami pergi...huhuhu....
Hurm tengok! Nak tunggu Fynn Jamal punya pasal, sanggup lepak2 kat tepi jalan...Aiii, duduk ikut ukuran saiz ke? Hahahaha.....
.
.
.
.
Finally, hasrat "depa" nak tengok Fynn Jamal secara live akhirnya tercapai la jugak....Hurmm, not bad...orangnya kecik molek...tapi bersuara lantang...first time kenal, jumpa dan dengar muzik Fynn Jamal...Ok la, walaupun aku takde la bersorak sakan macam yang lain2 tu, tapi aku kagum la dengan semangat dia dalam memperjuangkan muzik dia....Tak kenal sangat, so tak boleh la nak komen lebih2 kan...(",)
.
.
.
.
.
.
.
.
Habis layan band, masing2 mengadu lapo...dalam hati "Tahu pun lapo, ingatkan masing2 dah kenyang dengar muzik"...hihihihi...makan laju2, nak berkejor ke Pasar Karat..hehehehe...dah alang2 pergi Bukit Timbalan, takkan tak nak singgah Pasar Karat kan...lagipun masih ada impian yang belum tercapai dan ianya setia menunggu di situ...hahahahahaha....semangat semangat.... (",)
.
.
.
.
.
.
Dari kejauhan dah ternampak baju2 angry bird bergantungan.....macam lambat benor kaki ni nak sampai ke situ..ada pulak yang berhenti nak membeli selipar kaki dinosour...huhuhu....layannn...ZASS!!
.
.
.
.
.
.
Hah...sesi menayang baju angry bird...yeahh koleksi sudah bertambah nampaknya...Hijau dah ada, plus pulak biru dan kuning...hitam tu Incik Suami punye...elmo pon saya punya...tapi frust jugak sebab warna merah takde saiz M...habis maaa...huhuhu...
.
.
.
.
Fuh, panjang betul membebel sensorang malam ni..
Ok la, tuan empunya blog sudah penat..
PEN OFF...(",)
macam nk gi tengo nih.. ihiks
ReplyDeleteSila2...sempat lagi nak pergi berjalan2 kat festival tu...
ReplyDelete