Pengalaman Puasa : Dulu VS Kini....

7




Alhamdulillah...hari ni dah masuk Ramadhan ke-14... Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana masih diberi kekuatan untuk terus menjalani ibadah puasa sehingga ke hari ini....
Hurm...time bulan puasa ni macam2 idea keluar nak cerita kat dalam blog ni...Nak cerita pengalaman persiapan raya la, pengalaman buat kuih raya la, baju raya la, dan macam2 lagi laa....hehehehe.....tapi cerita2 tu simpan dulu la ye, sebabnya nak cerita pengalaman puasa, dulu VS kini...puasa time zaman bujang VS puasa time zaman dah tak bujang...hahahahaha....
.
.
.
.
Memang banyak sangat perbezaannya....
Pendek kata, zaman dah berubah, dunia dah maju.....erkk?? Takde kaitan...hehehe....
Tapi betul la, zaman memang dah berubah...kalau dulu masih jadi budak hingusan lagi...tapi sekarang dah tak boleh ber'hingus2' lagi dah....kalau keluar jugak hingus tu, cepat2 kena sapu...hahahaha...mengarut lagi ye! :-P
.
.
.
.
Kalau dulu, time sahur emak yang masak....celik je mata, semua makanan dah siap terhidang atas meja, cuma tunggu masa nak "ngap" je...Lepas makan basuh pinggan sendiri je, pinggan mangkuk periuk belanga yang lain semuanya serahkan pada kakak2 untuk mem'beres'kannya...Tapi sekarang dah tak boleh buat camtu lagi dah... Kalau masing2 buat perangai camtu, alamaknya tak bersahur la kami suami isteri....hehehehe....Sekarang, sebelum tidur, pastikan set alarm kat semua alarm yang ada....kat handphone sudah semestinya la, setkan lagu ala2 kopa kobana (lagu apa tu?), dengan harapan bila dengar lagu tu mata ni dapat terbukak dengan seluas2nya....Tak cukup dengan alarm kat handphone, set pulak alarm kat tv.....pilih volume yang paling maksimum dengan harapan tepat je pukul 4, secara otomatik seisi rumah akan bangun untuk berperang kat dapur....huhuhu.... Fuh, kemain gamat lagi bila alarm tu berbunyi setiap pagi....Alhamdulillah, setakat ni belum lagi terbabas untuk bangun sahur...hihihi....
.
.
.
.
Itu baru bab bersahur....belum lagi bab berbuka puasa....Yang ni lagi haru...Kalau dulu, takdenya nak mendera kepala otak sendiri untuk fikirkan menu untuk berbuka...semuanya dah diserah bulat2 pada emak...."Masak la pape pun mak, kami tak kisah"......hehehehe.....Kini, baru ku tahu perasaan mak aku time tu....Bukannya senang nak fikir menu untuk berbuka ni.....boleh jadi bingung dibuatnya.....Itu la, kan senang kalau siapkan menu berbuka puasa untuk sebulan terus siap2....Takde la pening2 nak fikir lagi dah.....Tapi nak buat macam mana kan, kami ni jenis yang tak berdisiplin.....Lain yang diplan, last2 minit lain pulak jadinya.....Tu yang malas nak buat menu untuk sebulan tu.....huhuhu....
.
.
.
.
Begitu la al-kisahnya.....Dulu bujang, sekarang berdua!
Dulu fikir untuk masuk perut sendiri je, sekarang ada perut ke-2 untuk diisi jugak.....
Dulu main tangkap muat je, asal ada cukup la.....sekarang dah tak boleh....sebab kalau main tangkap je takut tak muat...hahahahaha.....Pendek kata, tanggungjawab sebagai seorang isteri sangatlah besar time bulan puasa ni.... hehehehe...... Besar pahala seorang isteri bila menyediakan makanan bersahur dan berbuka untuk suami dan anak2...so, jangan mengeluh ye!
.
.
.

Selamat Menjalani ibadah puasa...(",)








7 comments:

  1. Salam.. hehe sama la kita, tp sy sempat puasa ngan suami seminggu je, selebihnya puasa kat kg atas faktor kesihatan diri sendiri, tak larat sgt nak wat kerja itu ini ;)

    Walaupun hanya seminggu bersama tuk berbuka dan bersahur tu pon dah jem, ni kan sebulan haha~ Takper, guna peluang sebaiknya ok :D

    ReplyDelete
  2. gitulah sayang kalau dah berumahtangga..
    namun, istimewa kan????

    semoga lebaran ini lebih bermakna utk kamu dan suami

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat peluang sediakan sahur and berbuka untuk husband dan anak2. apa2pun, buat dgn ikhlas :D

    ReplyDelete
  4. hehehe..bila dh bergelar isteri
    tanggungjawab kat bahu kita la kan

    ReplyDelete
  5. FarHa: betul tu, bukan semua orang berpeluang camni kan...Syukur...

    Citarasa Rinduan : terasa sangat istimewa kak...(",)..Gembira sebab aidilfitri kali ni bakal disambut bersama suami tersayang...

    ::Cik Pija:: InsyaAllah...setakat ni ikhlas dalam setiap apa yg dilakukan...bukan untuk org lain kan, untuk org yang tersayang jugak..(",)

    Lea IsNaw! : betul tu...bila dah kawin nanti baru tahu...hehehehe

    ReplyDelete
  6. seronok dpt peluang mcm tu...mcm akak mmg tak dpt la nk bersahur skali..

    nnt tu la jd pengalaman berharga =)

    ReplyDelete
  7. ~izan~ : sabar ye kak...terpaksa berjauhan dengan suami atas tuntutan kerja...

    memang pengalaman tu sangat berharga...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (24) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) kahwin (8) raya (8) UTM (7) aktiviti. (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) Shaklee (4) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) B-Complex (1) Baju kelawar (1) Bisnes online. Damia Store (1) EBM (1) ESP (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) Lecithin (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Tak sihat (1) Vitamin E (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) kenangan (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)