Menangis dalam tidur....

5

Menangis dalam tidur!
Mmmm.. siapa pernah mengalaminya sila angkat tangan.
Kejadian ni KS alaminya 3 malam beberapa hari lepas secara berturut-turut. Malam yang pertama KS bermimpi, dalam mimpi tu KS kecik hati pada seseorang...tindakan orang tu membuatkan KS sedih sangat dan menangis. Bila terjaga air mata dah mengalir dengan lajunya... nasib baik suami kat sebelah tak terjaga.. lagipun masa tu lebih kurang pukul 3 pagi. Keesokkannya baru cerita pada suami.. tapi tak nyatakan siapakah 'orang' tersebut. huhuhu... Lagipun, malam tu KS ada jumpa dengan dia walaupun tak secara terus. Entah la, tak amik serius sangat sebab menganggap itu semua mainan tidur. Mimpi je pun kan....   


Malam keesokannya terjadi lagi... Dalam mimpi tu KS marahkan mak...MasyaAllah, tak pernah dalam hidup KS tinggikan suara macam tu pada mak kandung sendiri. Nasib baik mimpi je semua tu... lepas tu kakak KS marahkan KS sebab marahkan mak... itu yang menangis teresak-esak sampai la terjaga dari tidur. Mungkin sebab tak pernah alami mimpi macam ni sebelum ni, tambah2 pulak melibatkan mak kandung sendiri, lagi la air mata ni tak nak berhenti mengalir...sampaikan suami kat sebelah pun tersedar bila air mata ni mengalir terkena lengan dia... hukhuk... Disebabkan semalam dah bercerita pada suami tentang mimpi sampai menangis, so malam tu suami dah boleh agak ni mesti mimpi lagi ni...

Malam yang ketiga punya mimpi agak kelakar.... kelakar2 pun nangis jugak...huhuhu... Nak dijadikan cerita, mana2 pregnant woman yang dah cecah usia kandungan 5 bulan ke atas kena masuk asrama khas sampai la hari bersalin. Padahal KS belum lagi cecah 5 bulan... mimpi punya pasal. Bila dah masuk asrama tu, for sure la terpaksa berpisah dengan suami dan keluarga tersayang. Siapa yang sanggup berpisah dengan suami sendiri kan? Tu yang meraung tu tak nak masuk asrama.... dah la keadaan bilik asrama tu macam bilik penjara pun ada....huhuhu....Menangis punya menangis, tiba2 tersedar dari mimpi... Bukak mata, tengok suami kat sebelah tengah lena tidur, siap berdengkur lagi, lega rasa hati.... hehehehe....apa lagi, sambung tidooo la lepas tu....(",)

.
.
.
.

Alhamdulillah, nasib baik dah tak alami mimpi menangis lagi sejak hari tu...
Anggap je mimpi tu semua mainan tidur.. Mungkin jugak sebab terlupa basuh kaki dan baca doa dulu sebelum nak tidur malam tu kan... Harap2 malam2 seterusnya dapat tidur dengan nyenyak tanpa gangguan lagi... Mudah2an...Amin....







5 comments:

  1. kasih..
    aduhai..
    lemah semangat sis baca kisah mimpi kamu..

    lain kali hati2 sayang, sebelum tidur bersihkan diri, dik.... kamu sedang berisi, kena betul2 jaga bab2 tidur..
    amalkan surah syifa dan 4 kul ya..

    ReplyDelete
  2. pasal nangis dlm tido ni akak pernah buat entry..akak mimpi abang zack sakit and meninggal..akak berlari2 cari dokter masa tu sambil emnangis2..rupa2nya memang menangis btl2..sampai abg zack terkejut...

    ReplyDelete
  3. Kak Ayu: Tq atas nasihat yang diberikan...InsyaAllah kak, lepas ni kena jaga betul bab2 tidur, tak boleh asal letak kepala je time nak tido...

    ReplyDelete
  4. Kak Jaja: Tu la..pernh jugak baca entri akak pasal nangis dalam tido tu...kadang2 takut kan kalau mimpi tu benar2 terjadi...mintak2 dijauhkan la...

    ReplyDelete
  5. salam kak... selama preggy nih (da 6bulan), da 4kali sy mimpi nangis... yg 1 & 2, masa sy awal preggy.. mimpi budak mati depan mata sy sendiri.. sedar2, mmg sy tgh nangis, sampai suami tersedar.. huhu... n yg dua lg, dlm minggu ni... memula sy mimpi suami tinggalkan sy... mmg sedih sgt2 laa... tu yg nangis teresak2.. tp, bile sedar.. mmg sy tgh nangis.. n tgk suami de kt sebelah, terus peluk.. huhu.. yg satu lg pulak, sy mimpi baby sy.. die jatuh... masuk hospital, n doc kate.. kepala baby teruk.. bab baby nih mmg sy sedih sket... mmg nangis sampai suami sedar n pujuk.. die ckp.. 'nnt kte jaga baby baik2 ye syg' huhu... xtau nape, mase preggy nih.. sllu sgt mimpi budak... minta2 dijauhkan dr perkara yg xelok.. yela, ni baby first...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)