Hasil borongan di Mom & Baby Expo, JB

6

Hujung bulan lepas berkesempatan ke Mom & Baby Expo kat Danga City Mall, JB. Walaupun masa terhad, tetap jugak spendkan sedikit masa untuk shopping2 kat situ. Dalam masa yang terhad, banyak jugak la barang2 yang sempat diborong... maklumlah, harganya pun boleh tahan if nak compare dengan harga kat luar. Tapi kalau ada harga kat luar yang lagi murah tu maknanya mak buyung ni tak survey habis2 dulu sebelum memborongnya...hehehe...tak sabar punya orang...hakhakhak...so far, puas hati la dengan harga yang dibeli.

Set electric breast pump, electric steam steriliser, home & car warmer (combo), storage bottle Autumz. Lengkap terus sekali borong. 
.
.

Botol susu pulak memang plan tak nak beli banyak2. Sebab takut nanti botol susu yang dibeli tu tak sesuai untuk baby nanti. Dah banyak cerita dengar pengalaman kawan2 yang puting botol susu yang dibeli tu baby tak nak hisap. Nanti membazir pulak kalau beli banyak2... ni pun beli 2 botol newborn punya botol susu dan 2 botol susu yang besar sikit. Lagipun niat dihati memang nak bagi full breastfeeding, so tak risau sangat pasal botol susu ni.. sebab setakat ni duk kat rumah je, so bagi direct je la...(",)
.
.

Yang ni pulak, set baby healthcare & grooming kit Tommee Tippee..
Mula2 nak cari termometer untuk baby, sekali jumpa complete kit ni...apa lagi, sambar terus...hehehe...
.
.

Whoopee diapers ni antara yang menjadi tarikan semua pengunjung yang datang ke expo hari tu. Mula2 kaki melangkah masuk ke Danga City Mall haritu, terus nampak ramai yang keluar bawak berplastik2 berisi diapers ni. Dalam hati, apsal semua orang beli diapers ni? Murah sangat ke? Sekali, bila pergi ke booth Whoopee ni tengok2 harga satu beg cuma RM20. Wah murah2..patut la semua orang berebut-rebut beli. Sorang bukannya borang 1 atau 2 beg je, ada yang sampai 5, 6 kau... kitorang pun sempat borong 5 beg. hehehe...
.
.
.

Tu la sedikit sebanyak barang yang sempat disambar oleh mak buyung kat expo hari tu. Ada lagi yang diborongnya, cuma malas dah nak capture gambarnya...hehehe...Antara yang lainnya adalah cloth diapers Autumz yang satunya berharga RM30. Sempat jugak disambarnya 5 keping...untuk kegunaan jangka masa panjang la katakan...nak jimat kos lampin pakai buang punya pasal... tapi nak pakai cloth diapers ni kena rajin membasuhnya la... 5 tu pun tak cukup sebenarnya, nanti2 boleh beli lagi...lagi pulak baru je terjumpa satu blog tu yang jual cloth diapers ni boleh dapat cuma RM16 je.. murah giler! Tapi takde brand la... risau jugak beli yang takde brand ni, takut2 la tak bagus untuk kulit baby nanti...
.
.

 Maka dengan itu, poket dah kering dek beli barang2 tu semua... hahahaha... kena pulak expo tu betul2 time hari gaji... memang masyuk betul la memborongnya... Takpe la, kalau tak beli time expo tu, nanti2 nak kena beli jugak kan... Setel sudah barang2 untuk set penyusuan...Lepas ni nak fokus pada bedding set dan mandian baby pulak. Pakaian baby nanti2 la dulu, tunggu tahu jantina dulu la, baru best sikit nak membelinya....Lagipun banyak masa lagi...hehehe...




6 comments:

  1. membaca kisah kasih beli barangan bb.. kak rasa kehilangan bb sepupu... sangat sayu hati.. dapat rasa apa y dirasai oleh sepupu kak Intan dan suaminya ayie...

    dik.. maaf terlepas emosi disini..

    moga kamu dan bb sihat2 ya....amin

    ReplyDelete
  2. kak ayu, saya dah baca kisah sepupu akak yang kehilangan baby..salam takziah kak..ujian dari Allah...kita hanya merancang, Dia yang menentukan segala-galanya...MasyaAllah...sayu hati ni mengenangkan nasib si ibu..

    tak mengapa kak, mungkin luahan akak kat sini bakal mengurangkan rasa sedih akak..saya yang sedang mengandung ni pun turut merasai kesedihannya...

    doakan kasih dan baby selamat semuanya ya kak..mudah2an diberikan kesihatan serta umur yang panjang...Amin..

    ReplyDelete
  3. beli set bp apa?? semangat nih nampak..sy beli second je tu pon after dah bersalin hehe...pastu tak pakai bottle pon, pakai plastik jee senang nak susun ngeee~ jimat space hehe

    ReplyDelete
  4. set grooming tu ade jual kat ner ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set grooming tu saya beli 2 tahun yg lepas kat expo baby fair kat Danga City Mall, JB. Cuba puan Jue cari kat mana2 kedai yang jual brand tommee tippee. Hope dapat membantu.

      Delete
  5. set grooming tu ade jual kat ner ea?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)