Lain kali check la dulu....

6

Selamat malam semua...
jam sekarang menunjukkan sudah hampir 2.30 pagi
mungkin kalian semua dah nyenyak tidur kan
Kasih bukannya tak boleh tido, tapi memang tak mengantuk lagi setelah kenyang 'mengerjakan' semangkuk mee goreng dan sekeping roti canai sekejap je tadi.. ayoyo..'gumuks' la saya pasni... makan dah tak ingat waktu...main bedal je...hehehehehe... al-kisahnya, hari ni sibuk sikit untuk menguruskan persiapan bagi menyambut kedatangan mahasiswa baru ke UTM esok (khusus untuk Kolej Tun Fatimah)... kejap je cuti kan, dah nak masuk semester baru dah....
.
.
.
.
tak nak cerita dulu tentang Minggu Transformasi Mahasiswa a.k.a Minggu Haluan Siswa yang akan bermula pada esok hari... tapi Kasih nak bercerita tentang satu kejadian yang agak memalukan diri sendiri dimana ianya berlaku pada tengahari semalam... huhuhu...layan..

Tempat : Jaya Jusco
Waktu kejadian : 1.30 - 2.15 ptg
Watak Utama : Kasih Suci & LissaLiyya

dipendekkan cerita, semalam Kasih masuk kerja separuh hari sahaja
LissaLiyya ajak teman pergi beli barang kat Jusco...
Kasih ni pulak pantang orang ajak pergi shopping, laju aje...hehehehe
alang2 dah pergi Jusco, takkan nak window shopping je kot.. paling tidak pun penuh la jugak dua2 belah tangan ni..laju je tangan ni capai barang... agak2 dua2 belah tangan dah mula penuh, mula la kaki ni melangkah pergi mendapatkan bakul...banyak sikit yang boleh diisi..hahahahaha....
pusing punya pusing
hampir separuh jugak bakul tu penuh dengan barang
dan semuanya adalah makanan.. ok la tu, untuk isi perut diri sendiri juga kan...hihihi
.
.
.

bila dah puas pusing2
berjalan ke kaunter pembayaran
bila dah sampai giliran nak bayar, seperti biasa la... tangan mula la meng'gagau' mencari beg duit dalam handbag... gagau punya gagau... tetiba dada 'berdegup' pantas...mengalahkan watson nyambek menghabiskan pecutan yang terakhir menuju ke garisan penamat...huhuhuhu....

muka dah mula cuak... tak cukup dengan tangan, terus aje menyorongkan muka ke dalam handbag.... walawei... mana pulak beg duit ni? takkan tertinggal kat bilik kot...waaaa... malunya saya! nasib baik la cik Lissaliyya ada sebagai penyelamat Kasih...huhuhu...kalau tak malunya saya dengan akak yang jaga kaunter tu.... pengalaman yang sangat memalukan dalam seumur hidup!!!! gagagagaga...



nota kaki : lain kali check dulu beg duit sebelum pergi shopping..time shopping bukan main lagi..sampai tak 'hengat' dunia..tangan laju bebenor nak capai sesuatu... kang dah malukan diri sendiri....
 

6 comments:

  1. hehehhe..akak memang dah jd tabiat..before gi mana2..raba dulu purse dalam handbag...sama gak kalau gi isi minyak..

    ReplyDelete
  2. liza pun pernah jadik mcm nie, masa pegi makan lak tu. trus husband kena pegi atm machine kluar duit...malu sungguh

    ReplyDelete
  3. haha.
    bahaya seyh.
    ingatkan betul2 hilang.

    ReplyDelete
  4. Kak Jaja : dulu x pernah pulak jadi camni...tapi kali ni mmg benda dah nak jadi kan...huhu

    ReplyDelete
  5. Liza : nasib baik ur husband ada kan..kalu tak alamaknye kena masuk dapur basuh pinggan mangkuk periuk belanga sekali..hehehe

    ReplyDelete
  6. Hizami : hahahaha...at first cuak la jugak...takut tercicir kat mana2..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)