Check List Siri 2...

10

Persiapan bagi majlis resepsi yang bakal berlangsung pada 12 Mac 2011...hurmmm... tinggal lagi 13 hari sahaja lagi untuk bergelar isteri orang...huhuhu...

.
.
.
.

Jom review apa yang dah setel dan apa lagi yang masih belum setel....
 nampak gayanya cam banyak yang belum siap je...hahahahahaha....semuanya last minit punya kerja. Kalau tak siap haru le jawabnya...tapi takpe, masih ada masa lagi ni...4hb Mac KS akan balik ke Trg dan akan bercuti selama 2 minggu...seminggu sebelum majlis dan seminggu selepas majlis. Kirenya sempat la dalam masa seminggu untuk siapkan mana2 yang tak siap lagi.
.
.
.
.
.

 Jom kita tengok apa progress setakat hari ni.

(1) Baju sanding + Accessories + Make-up
Dah setel. Minggu depan nak kena pergi kedai bridal tu lagi untuk last fitting dan bincang pape yang patut. Nasib baik dapat bridal yang sangat sporting. Senang nak deal pasal idea dan konsep yang KS nak. Hopefully, diorang dapat merealisasikan apa yang KS inginkan. InsyaAllah.

(2) Fotographer
Pon dah ditempah. Deposit pon dah bayar. Selebihnya akan dibayar selepas sesi outdoor shooting nanti. 

(3) Barang Hantaran
Haa, dekorasi untuk barang hantaran memang langsung tak sentuh pape lagi. Cuma barangnya yang dah dibeli. Idea untuk menggubah barang hantaran memang dah ada. Cuma tunggu masa untuk merealisasikannya. Tak sabar nak gubah bila balik nanti. KS lebih suka menggubahnya sendiri daripada upah orang. Lagipun, buat sendiri lagi jimat. hehehe...

(4) Goodies bag untuk tetamu
Secara keseluruhannya masih belum siap lagi. Barang2 semua dah dibeli, cuma nak membungkus serta tunggu masa untuk masukkan dalam paper bag je. Yang part ni leceh ni, perlukan kakitangan yang ramai untuk mempercepatkan kerja. Ikutkan adik beradik dan anak2 buah memang ramai. Kiranya takde hal kalau masing2 bergabung tenaga menyiapkannya. Tapi apa nak dibuat, masing2 tinggal bersepah-sepah kat Semenanjung Malaysia ni. So, kena la tunggu diorang balik Trg dulu, baru la kerja-kerja itu dapat berjalan dengan lancar. huhuhuhu....

(5) Kompang
Pasukan kompang KS mintak tolong kakak KS uruskan. Katanya semuanya dah diatur. Geng2 kompang adalah terdiri daripada budak2 sekolah rendah dan semuanya lelaki. Sure comel semuanya kan...tugas mereka adalah mengiringi perarakan pengantin pada hari kejadian. Terima kasih kepada Kak Jan (kakak sulung KS) sebab sudi uruskan semuanya...(",)
 
 (6) Pengapit 
Walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah untuk mencari pengganti kawan KS yang tak dapat datang pada hari kejadian kerana tuntutan kerja, tapi Alhamdulillah syukur sangat2 segala2nya dipermudahkan oleh Allah Taala. Kursus yang sepatutnya kawan KS kena hadiri telahpon dibatalkan. Syukur sangat2...so, masalah pengapit dahpun setel dan ianya akan berjalan seperti yang dirancangkan sejak awal lagi.


(7) Flower Girls
Ada sedikit hal lagi yang perlu diuruskan untuk geng2 cilik yang bakal mengiring KS nanti. Costume diorang harap2 dah setel. KS cuma sediakan kain pasang je. Selebihnya mak2 diorang yang uruskan semuanya. Cuma, bunga tangan untuk diorang yang belum digubah lagi. Idea dan bunga dah ada. Tunggu masa untuk menggubahnya sahaja. Mungkin akan disetelkan bersama2 gubahan barang2 hantaran.

(8) Deejay
Part ni masih belum ada jawapan yang pasti. Aritu dah kontek kawan sekampung offer dia untuk jadi deejay. Jawapannya "InsyaAllah". Kalau takde pape dia ON je. Hopefully dia free hari kejadian nanti. KS memang tak nak hire mana2 deejay sebab nak jimat kos..hehehehehe...PA system dah ada, susunan muzik pun akan diuruskan oleh KS sendiri. Cuma tinggal deejay je. Kalau dah takde sangat yang nak jadi deejay hari tu, terpaksa la paksa abang ipar sendiri untuk berceloteh. Takpun, pasang je lagu2 yang ada....senang kan! hahahaha...

(9) Caterer
Untuk yang ni, rewang je...mahal ler nak tempah caterer. Lagipun bak kata mak+ayah KS, rewang lagi meriah. Kat kampung senang... ramai jiran2 tetangga dan sanak saudara yang datang menolong. So, untuk makan2 memang KS serahkan bulat2 pada mak+ayah.

(10) Kek
Kek kahwin belum tempah lagi. Cuma dah mintak kakak ipar gi survey mana2 kedai yang murah. Bila KS dah balik Trg baru nak gi tempah. Hehehe..
.
.
.
.
.

Mmmm apa lagi ek?
Setakat ni tu je la yang belum setel. Tambah dengan benda2 yang kecik2... if korang perasan ada yang KS terlepas pandang, bagitau ea...ADIOS.



10 comments:

  1. wah.. berdebar debar kan...
    tenang ye sis... semoga semuanya berjalan dengan lancar.. insyaALlah... banyak banyak doa ngan tuhan.. :)

    tahniah!

    ReplyDelete
  2. wahhhh... dah banyak persiapan berjalan lancar...
    semoga segalanya baik ye..

    ehem3.. part pengapit tu.. teeettttt.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. moga semuanya berjalan lancar...
    tahniah yek..x sabo nak tgu gambo2

    ReplyDelete
  4. Kella : berdebar...hehehehe....insyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar.

    Anna: alhamdulillah, walaupun masih ada yang belum setel, masih ada masa lagi ni untuk menyiapkannya....part pengapit tu...teeeeeeetttt....hihihihi...

    Lelord: thanks sis...gambo? sabar la..belum sampai waktunya lagi..hehehehe

    ReplyDelete
  5. bestnye nak buat persiapan perkahwinan sendiri. mira pun rasa exctednya..Tahniah KS.semoga jadi isteri yang baik

    ReplyDelete
  6. Amira: best tu mmg best..tapi agak kelam kabut if x plan bebetul...yela kan, semuanya nak kena uruskan sendiri...tapi mmg excited bab gubah hantaran sendiri...

    thanks 4 da wish..insyaAllah, KS akan cuba menjadi isteri yang baik + solehah...Amin...

    ReplyDelete
  7. smg semua persiapan berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  8. Aya: thanks Achik...semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  9. kasih..
    kak tambah eik

    untuk angkat nikah, bayaran pak iman?

    untuk makan beradap, dah sattle?

    untuk tabur gula2 /duit selepas bersanding dah sediakan??

    moga2 semua dipermudahkan yer dik

    ReplyDelete
  10. Kak AYu: thanks akak tuk komen tersebut...

    untuk bayaran pak imam, ayah yg selesaikan. Cuma makan beradap tu yg masih belum setel. Menu nak kena confirmkan balik.

    tuk tabur gula2/duit selepas bersanding tu xde kat Trg..hehehe..maybe adat Johor je kot...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (24) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) kahwin (8) raya (8) UTM (7) aktiviti. (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) Shaklee (4) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) B-Complex (1) Baju kelawar (1) Bisnes online. Damia Store (1) EBM (1) ESP (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) Lecithin (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Tak sihat (1) Vitamin E (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) kenangan (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)