Rombongan dari Singapore!
0
Sejak2 dah kawin ni, ramai betul tetamu yang suka berkunjung ke rumah kami. Alhamdulillah, dah orang sudi datang...kami suami isteri menerima kedatangan kalian semua dengan senang hati. Bak orang kata, semakin ramai tetamu datang berkunjung melawat kita kat rumah, lagi murah rezeki rumah tu..tambah2 pulak kalau melayan tetamu dengan sebaik2nya dan seikhlas hati..mudah2an kami sekeluarga dirahmati olehNya...InsyaAllah...
.
.
.
Kalau sebelum ni, cuma kawan2 sang suami atau kawan2 si isteri je yang gemar berkunjung ke rumah kami..lepak2 sambil berBBQ...tapi kunjungan kali ini datangnya dari negara ober-c. Singapore mai. cam jauh bebenor je kan...hehehehe...padahal Singapore-JB dekat je pun...(",)
Nabila, Bik Nita, Cik Mala, Bik Liza dan Ibu
Kedatangan diorang adalah sebab nak tolong buat persiapan untuk majlis kitorang hujung bulan nanti kat rumah keluarga MIL kat Johor Jaya. Alang2 dah turun JB, apa salahnya turun singgah sekali rumah pengantin baru yang dah tak berapa nak baru dah ni...huhuhuhu...Walaupun sedikit kelam kabut sebab diorang plan nak datang pun last2 minit. So, pasangan suami isteri ni buat la persediaan menerima kedatangan diorang serba ringkas sahaja. Tapi sempat la singgah borong ayam untuk bakor2...hehehe...
Sebelum acara bakor2 dimulakan, apa kata duduk santai2 dulu sambil menjamu keropok lekor goreng dan pekena teh-o panas. Walaupun hidangan petang sedikit ringkas, tapi alhamdulillah semuanya berpuas hati. Tambah pulak pokok jambu kat luar rumah tu sedang masak ranum, dapatlah diorang merasa colek buah jambu sekali...
.
.
.
.
.
Ni antara hidangan yang tersedia pada malam tersebut. Ada ayam BBQ + Sate (beli kat taman sebelah..hehehe). Walaupun simple, tapi semua orang kenyang....(",)