10 Ramadhan - Baru dapat berbuka kat luar...

3

Salam semua
Kiranya dah beberapa hari dah tak sempat nak tayang gambar makanan...hehehehe....Eh? Perlu ke nak tayang gambar juadah berbuka puasa aku setiap hari? Idok ea...sure ada yang menyampah kalau tiap2 hari entri pasal makanan je kan...Tapi ada ke orang kisah kalau aku nak tayang jugak? Ni kan blog peribadi....Ikut suka tuan rumah la nak tayang gambar apa pun...Eh eh eh, tak pasal2 aku membebel sensorang pepagi ni....hehehehehehehehe...
.
.
.
.
Kalau dalam entri NI, kemain lagi aku meng"kepoh2"kan pasal juadah berbuka aku dengan suami...Siap buat laporan 3 hari straight untuk Ramadhan 2, 3 dan 4.....Apa cerita pulak Ramadhan 5, 6, 7, 8 ....sampai la hari ni Ramadhan ke-12? Tak berasap ke dapur?? Hehehehe....Panjang ceritanya...dipendekkan cerita, tuan rumah penat la asyik nak bercerita pasal makanan je...Ramadhan 5, aku dan suami buat majlis berbuka puasa kat rumah....ajak saudara2 terdekat sebelah suami....HUH! Sangat penat nak handle majlis berbuka pada hari tersebut....nasib baik MIL banyak tolong masak2 lauk pauk...ringan sikit beban aku....Aku dan suami cuma sediakan roti jala dan murtabak daging + kari ayam je....Tak sangka la pulak murtabak hasil percubaan pertama kami suami isteri MENJADI....laku habis, sampai licin tray dibuatnya....hehehehe....Sibuk sangat nak melayan tetamu, tak sempat nak snap sebarang dua keping gambar2 makanan pada hari tu....huhuhu....tak dapat nak tayang murtabak gebu versi kami laki bini...hihihi.....
.
.
.
.
Keesokan harinya (Ramadhan 6), MIL ajak berbuka kat rumah Johor Jaya....nasib baik MIL seorang yang sangat memahami....faham akan keadaan menantunya yang kepenatan....Bayangkan la, kerja2 nak mengemas dan membasuh segala mak nenek pinggan, mangkuk, cawan, gelas, tray makanan yang digunakan tu sensorang...Perghh, nak patah pinggang dibuatnya.....nasib baik suami sudi tolong angkat pape yang patut....tapi pendek kata kerja2 pem"bersih"an dan pem"basuh"an sensorang buat...hukhukhuk......Sebagai ganjaran, juadah berbuka untuk Ramadhan 6 adalah ala-ala stim-boat gitu kat rumah MIL...mau bertambah makan dibuatnya....(",)
.
.
.
.
Huh, dah penat bercerita....
Sampai la Ramadhan ke-10....Baru la aku berkesempatan berbuka kat luar....Sebelum2 ni kalau tak masak2 sendiri kat rumah, kami akan berbuka kat rumah MIL.....Sekali dapat berbuka kat luar, feel makan2 ni tetiba ter"over" pulak,,,kemain lagi order lauk pauk...macam tak makan beberapa hari...padahal sebelum ni dah nekadkan dalam hati tak nak makan banyak2 time berbuka...cukup lah ala kadar je...tapi lain la pulak jadinya....Kalau tak caya, meh kita layan gambar2 makanan untuk berbuka time tu...

[Baby crab celup tepung + setengah kilo udang goreng sambal]

[Ikan bakar Tip Top + Ais Kacang pilihan KS]
.
.
.
See.......kemain berselera kami suami isteri makan....belum tambah dengan sup sayur + telur dadar lagi...hehehehehe....Eh eh eh, jangan salah faham....makanan2 tu semua bukan kami je yang meng"ngap"nya....ada lagi dua orang makhluk Allah yang sama2 menikmati keenakan dan kelazatan segala mak nenek jenis makanan kat atas tu...(",)
.
.
.
Opppsss, sebelum terlupa..."port" berbuka puasa kami berempat pada hari tersebut adalah di "port klang"....eh eh eh, salah... di Tip Top, Tepian Tebrau...ikan bakar kat situ memang TERBAEK! Ok la, stop di sini dulu...next entri nak share cerita pasal Mee Vietnam pulak...xoxo...






3 comments:

  1. hehehe
    makan kat luar memang best
    tapi makan kat umah jimat

    ReplyDelete
  2. Betul tu Lea..makan kat rumah memang sangat jimat..tapi kekadang kalau ubah angin sekali sekala apa salahnya kan...hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)