Sesi tayang gambar makanan...hehehehe

1

Alhamdulillah...hari ni dah masuk 5 Ramadhan. Kejap je masa berlalu kan...tik tok tik tok, dah habis seminggu....Semasa BW, ramai blogger2 lain sibuk cerita pasal juadah berbuka masing2...Aku pun nak join sekali la meng'kepoh2'kan diri untuk berstori-mori tentang juadah berbuka puasa pada petang 2, 3 dan 4 Ramadhan lepas bersama suami yang tercinta..eh eh eh, bukan 'ter' la... Hahahahaha... Juadah berbuka hari pertama tak nak cerita kat sini, sebabnya hari first puasa berbuka kat umah FIL+MIL, makan2 nasi ayam spesel gitu...
.
.
.
Juadah berbuka puasa kami suami isteri biasa2 je...maklumlah, berdua je kan...lebih2 pulak takut membazir la pulak...itu pun sarat jugak nak memperabihkannya...
.
.
.
Juadah berbuka puasa hari ke-2

 [Mee goreng basah + karipap sardin campur kentang + air bandung soda]

Hurmm, pada hari ke-2 tu plannya nak masak kari kepala ikan merah...entah lah, memang dah agak dah, sure last2 minit menu akan berubah. Kalau nak layan tekak sorang senang kot, tapi kalau melibatkan anak tekak yang ke-2, terpaksa la beralah. Kononnya tak nak makan nasi, owhh saya SUKE je...hehehehe...Alih2 buat mee goreng basah sebagai menu utama + karipap sardin campur kentang + air bandung soda. Semuanya home made punya versi...kalau beli kat kodai takleh berjimat..hahahahaha....Karipap memang sengaja dibuat lebih untuk dibahagi2kan kepada jiran2 sebelah rumah. (",)
.

Juadah berbuka puasa hari ke-3

Puasa hari ke-3, plannya nak makan nasi berlauk. Sebabnya ada orang tak boleh kalau tak makan nasi...Hahahaha...dah agak dah! :-P

 [Ikan sebelah goreng kunyit + lemak pucuk ubi]

Menu utama adalah masak lemak pucuk ubi. Pucuk ubi ni diimport khas dari kebun seberang jalan. Owhh, sudah jimat di situ. Hehehehe... Dipadankan pulak dengan ikan sebelah goreng kunyit. Memang kena la...sensorang, kemain laju je makan...

 [Tempe & tauhu jepun goreng + sambal belacan]

Tempe dan tauhu jepun goreng ni sebagai lauk tambahan untuk penambah selera. Plus pulak dengan sambal belacan KOW. Ada orang pantang kalau takde sambal belacan...kalau takde makan tak laju!

[Roti manis + air mata kucing]

Roti manis buatan sendiri hasil ketung-ketang laki bini kat dapur....hehehe...


Juadah berbuka puasa hari ke-4

Alhamdulillah, semalam kami suami isteri berbuka nasi putih berlaukkan kari kepala ikan merah + ikan goreng + ulam2an. Yeayy...finally tercapai jugak nak masak kari kepala ikan merah...bukannya apa, kepala ikan merah tu lama sangat dah kat dalam fridge tu. Lama2 takut rosak..Lagipun target sekarang memang nak memperabihkan cepat2 bahan2 mentah yang ada kat dalam fridge tu.. Bila dah habis nanti boleh la pi borong bahan2 mentah yang baru...hihihihi...
 
[Kari kepala ikan merah + ikan goreng + ulam2an]

 Seperti hari2 yang sudah, mesti nak kena ada kuih2 sikit2 sebagai pencuci mulut.
Atas permintaan seseorang tetiba nak makan puding, so ketung-ketang2 la petang tu untuk menjayakan misi masak2 puding kastard jagung berkuah.

[Puding kastard jagung berkuah + kurma]

Makan2 jugak, kurma tetap diutamakan.










1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)