Salam 2013

0



Assalamualaikum
Terasa lama benor dah tak bergosip-gosip kat sini.
Tak sempat nak berceloteh panjang, hanya sempat jengah dan baca blog kawan2 je.. Tu pun melalui iPad ataupun iPhone. Sekarang baru ada masa sikit untuk diluangkan, sejak dah hantar Damia ke taska. Rasa rindu la pulak nak bersoksek-soksek kat sini. 

Pejam celik pejam celik, dah pun masuk tahun baru. Masih belum terlambat kot nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru Masihi' kepada semua. Kiranya ni first entry sebagai permulaan tahun baru la ye.. hehehe.. Bila masuk je tahun baru, mula la rasa diri ni semakin hari semakin tua.. hohoho.. dah 28 tahun hidup kat atas muka bumi Allah ni.. Ahamdulillah.

Orang lain sibuk buat azam baru, biarlah kita dengan azam yang lama je. Masih ada azam lama yang masih belum tercapai. huhuhu... Harapan untuk tahun ni, semoga hari-hari mendatang akan terus bersemangat untuk menyiapkan seterusnya menamatkan pengajian phD ni. Maklumlah, sejak2 dah ada anak kecil ni, kerja-kerja phD sedikit hambar. T______T

Menyingkap peristiwa yang berlaku sepanjang 2012, banyak kenangan manis yang berlaku dalam diari hidup. Pengalaman mengandung, bersalin dan membesarkan Damia sehingga ke hari ini adalah hadiah terbesar dan paling berharga buat tahun 2012. Aku disahkan mengandung hujung bulan Disember 2011 dan bersalin pada Ogos 2012. Pendek kata, tahun 2012 adalah tahun aku dan suami menghitung hari menanti hadirnya zuriat pengikat kasih antara kami berdua. Awal kehamilan, hanya keluarga dan kawan2 terdekat sahaja yang tahu mengenainya. Bila usia kandungan dah masuk 5 bulan, baru lah berani nak expose kat blog dan Facebook. Aku ni sangat berpegang pada pesan orang-orang tua, jangan over excited bila dapat tahu berita gembira. Nanti takut ada apa-apa yang berlaku disebaliknya nanti. Waallahua'lam.

Hurmm, tahun 2012 juga merupakan tahun bebas "Cuti-cuti Malaysia" buat kami suami isteri. Ye la kan, walaupun suami banyak buat plan itu ini, nak pergi pulau itu, nak pergi pulau ini, tapi semuanya tak menjadi. Ye la kan, dengan keadaan aku yang tengah mengandung, maka aktiviti-aktiviti outdoor terpaksa diberhentikan seketika. Mengandung sulung ni banyak pantang larangnya. Nak kena ambil extra langkah berjaga-jaga sebab pengalaman pertama la katakan. Kalau ada apa-apa yang terjadi, nanti tak pasal-pasal salahkan diri sendiri sebab tak careful. Cukuplah dengan aktiviti lasak yang aku buat sepanjang bercuti kat Hanoi, Vietnam hujung tahun lepas. Dengan naik becanya, jalan laju2 (suami jalan laju, kena la jalan laju jugak.. ;P), makan buah nenas sampai habis sepinggan, hadap sorang2.. huhuhu.. masa tu tak tahu lagi yang diri ni tengah mengandung, nasib baik kandungan takde pape. Syukur...

 Tahun 2012 jugak merupakan tahun "bina badan" dengan jayanya. Berat naik 13kg sepanjang aku mengandung. Padahal berat baby masa lahir cuma 2.71kg je.. Mana datangnya 10.29 kg selebihnya tu? Nasib baik sekarang dah dapat balik berat asal sebelum mengandung dulu (walau pada hakikatnya, rasa macam masih gumuks..huhu). Nikmat sebenarnya mengandung ni. Boleh makan banyak tanpa ada perasaan bersalah. Pantang teringin nak makan pape, sure suami akan cepat2 tunaikan hajat. Bentuk badan berubah jadi macam belon, pipi bagai dipam-pam dah macam kuih apam, hidung kembang semangkuk, suami tetap jugak sayangkan kita.. hehehehe... Indahnya kenangan mengandungkan Damia. Tetiba rindu detik2 dan saat2 mengandung dan menantikan kehadiran si kecik tuh! Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana menghadiahkan hadiah paling bermakna buat kami suami isteri untuk tahun 2012.
 
Begitulah sedikit sebanyak kenangan manis yang berlaku pada tahun 2012. Semoga tahun 2013 bakal memberikan sesuatu yang 'manis2' buat aku, suami, anak dan juga keluarga. Amin..



 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (24) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) kahwin (8) raya (8) UTM (7) aktiviti. (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) Shaklee (4) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) B-Complex (1) Baju kelawar (1) Bisnes online. Damia Store (1) EBM (1) ESP (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) Lecithin (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Tak sihat (1) Vitamin E (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) kenangan (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)