KAMI PRIHATIN...

4

STICKY MODE SEHINGGA 30 APRIL 2010 

Sudah lama niat di hati nak tulis entri pasal kempen ni... first terbaca pasal kempen ni kat blog Mama Danish & Sarah... Kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi...



Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap masalah yang sedang melanda negara kita patut sama-sama menyokong kempen ini.. Sekiranya anda rasa anda adalah blogger yang prihatin, tampal banner ni kat sidebar blog masing2...jemput kawan2 anda yang lain untuk turut serta dalam kempen ini...

Jom kita sama-sama banteras penderaan dan pembuangan bayi...

4 comments:

at Shah Alam...

2

salam semua.. dan selamat petang...
dalam tak sedar dah senja rupanya....
sekarang aku bersiaran dari Shah Alam, Selangor.... pagi tadi bertolak dari Johor Bahru kul 10.15 pagi menuju ke Shah Alam... beli tiket ke Shah Alam tapi turun kat hentian rehat Nilai... my sis datang amek...

tujuan g Shah Alam ni sebab nak g tengok anak buah baru (ni anak buah yang ke-22 tau!).. baby Girl..nama baby Izyan Nadhirah.. selamat dilahirkan pada 25 April 2010... mmm dah seminggu dah... mmm comel sangat... tapi gambar lum capture lagi... next time aku kongsi gambar baby Izyan k... ok la, siran ditangguhkan buat sementara waktu...babai.....

2 comments:

Good news...

3


Berita baik..berita baik...
Apa dia? Apa berita baik tu? cepat la bagitau... tak sabar dah nak tahu ni....

ok2.. nak gtau ni... ni special entri untuk semua contestant yang sudi dan telah join contest yang telah dianjurkan oleh Kasih Suci. Disebabkan sambutan dari u ols semua begitu menggalakkan sehinggakan tuan empunya contest sendiri macam tak percaya dengan sambutan yang telah diberikan...
maka dengan itu
Kasih Suci ingin memaklumkan bahawa hadiah untuk contest telahpun diUPkan daripada 3 kepada 5 hadiah..ulang suara..ulang suara... 5 hadiah akan disediakan kepada pemenang.... so, apa lagi?? still ada 4 hari lagi untuk join contest ni... kepada yang sudah join, thanks sebab sudi join..u ols memang besh.. kasi muaahhh sama kamu2 semua...

Nantikan keputusannya pada 5 Mei nanti ok!

3 comments:

Jiwaku kosong~~

2

Tak larat dah nak pendam dalam hati ni... harap2 dengan sedikit perkongsian kat sini akan dapat hilangkan perasaan yang sangat2 tak besh yang aku rasa di kala ini....

setelah sekian lama asyik memendam perasaan....akhirnya airmata menitis juga....susah kan nak suruh orang faham kita...sebab kdg2 diri kita sendiri pon sukar untuk faham diri orang lain... jadi mudah cerita, kalau kita nak orang lain faham diri kita, ubahlah diri sendiri untuk faham orang lain jugak...

kadang2 aku berfikir, berbaloikah jalan yang aku pilih sekarang ni... berjauhan dengan family sendiri, menempa susah di tempat orang... adakah jalan yang aku pilih ini memberi kebahagian kepadaku suatu hari nanti? adakah orang itu menghargai pengorbanan yang aku lakukan demi masa depan bersama... kusutnye.... bahagia yang aku peroleh cuma sekelumit sahaja... perit yang ku alami lebih dari segala2nya.... tapi aku pasrah, sebab semua ini adalah jalan yang aku pilih dengan rela hati... tanpa paksaan dari sesiapa... nasib baik ada kawan2 sebagai tempat berkongsi kasih..    

2 comments:

Lembu oh lembu!!!

1
lembu oh lembu....wakakakakah...gelak besau bile dapat hadiah lembu ni dari saudara MSR.. glemer la lembu ni tak lama lagi... jangan ada yang tetiba mengaku lembu ni dier punya sudahlah... nanti tak pasal2 kecoh satu dunia... ishk3 apa la yang aku melalut nih... layannnnn...

sebenarnya aku kena tag... macam biasa, kene tag mesti ada soalan yang nak kena jawab..layan je la...
haaa... ni la lembu tuh..perghh, bukan main santai lagi...

1.Thank & link the person that gave you the cow (JGN LUPA COPY PICTURE SEKALI)
 tQ to saudara MSR sebab sudi kasi lembu nih... nak jual lembu ni boley? nanti duit hasil jualan ley wat g shopping..hehehehe...

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active..hahaha
 mmm nak kasi wasiat ni kat sape ek? huh, ni yang paling lemah nak buat list ni...mmm ok la, dah decide!




3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat
kakak2, adik2, bapak2, ibu2 dan warga kampung sekalian, lembu ni adalah wasiat dari orang kaya kg sepening lalat... dier suh jaga lembu ni sampailah lembu ni beranak pinak... kalau zuriat lembu ni banyak sangat, nanti boleh la kite sembelih...wat kenduri kesyukuran..hehehe

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
 - kunyah kuaci, kalau stok kuaci ada la..
- baring2...
- kadang2 tv tengok aku...(zzzzzz)

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
so far x pernah kot... sebab makanan yang aku makan semuanya makanan orang Malaysia, so xde yang pelik la...(",)

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
645 orang... semuanya terdiri dari kawan2 lama... ada jugak kawan yang baru kenal...

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe... 
kat mana???
no komen...hehehehe  

1 comments:

teringat kisah lama...

2

 Huh, mood hindustan nampaknya malam ni... ni gara2 rumet layan lagu2 hindustan la ni.. teringat pulak kisah lama time zaman sekolah menengah 10 tahun yang lepas (tahun 2000). time tu form 3 dan menduduki PMR. Tahun 2000 cukup glemer ngan zaman hindustan.. memang tengah meletop-letop criter hindustan masa tu cam Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Mann dan banyak lagi la.. budak2 sekolah cam daku (time tu la..;p) memang fanatik giler kat Shahrukh Khan, Salman Khan, Amir Khan dan family Khan yang lain... tapi dalam banyak2 hero, daku sangat fanatik dengan Salman Khan... jangan tanya k kenapa daku fanatik tahap cipan ngan Salman Khan tu..even selalu kena kutuk2 ngan member sebab terlalu minat dengan si Salman tu, tapi  still boleh wat dunno...

tapi sekarang daku dah meluat dah tengok Salman tu..jahat kan..bila fikir balik eee macamne la daku boleh minat kat mamat tuh..huhu.. ntah pape je..budak2 lagi time tuh... aritu balik kampung, godek2 khazanah lama kat dalam almari... terjumpa la wasiat2 dari x-classmate time kat SMAASZA.. segala kenangan manis dan pahit semuanya tersimpan dalam buku tu..

kat bawah ni, daku nak share antara wasiat2 yang terkandung dalam buku autograph (sape2 yang duk asrama mesti wajib ada buku autograph ni...kat dalam buku tu la kita nak tinggalkan mesej dan alamat msg2..ye la, senang la nk kontek bile da duk jauh..lg2 sgt berguna bila nak anto utusan Raja sehari..) dan yang paling bermakna sekali, setiap yg nak tinggalkan wasiat dalam buku autograph tu mesti tampal gambar Salman Khan (wajib ooo)..fuh, gile taksub daku ngan si mamat tu dulu...astaghfirullah (*geleng kepala)

antara keratan yang terdapat lam buku autograph...

dan yang paling best, de sorang member ni siap lukis kartun lagi...memang kreatif... miss u ols.... walaupon semua dah duduk bersepah2 kat Malaysia ni, tapi ikatan persahabatan masih segar dalam ingatan...




2 comments:

Award lagi...

5


Kasih dapat award lagi... ni merupakan award yang ke-3.. tQ kepada mamamya sebab sudi award ni pada kasih.. Award For Beautiful Blogger --> wah, cantik ker? hehehe... dan yang pasti semua blogger kat luar sane semuanye beautiful2 belaka..(",)

biasa la kan, dapat award mesti ada syarat2 dier... jom ~ check it out ~
1. Buat 1 entry tentang award ini (copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD" untuk letakkan di blog anda). - done!
2. Ucap terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut. - done!
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Awards.- wah, ramainye nak kena senarai...jom tengok sape yang kena!!!






5 comments:

hatiku meronta2....uwaa...

1


uwaaa...hatiku meronta2 sangat2 nak update blog ni... tapi hasrat di hati tak dapat dipenuhi... sejak dua menjak ni sangat sibuk..banyak sangat keje yang nak kena setelkan...

sori sangat2 kat kawan2... terima kasih sebab sudi datang lawat dan ziarah teratak kasih... tapi kasih tak sempat nak balas kunjungan u ols..mana2 yang sempat je kasih berkunjung kat rumah diorang..tu pon sekadar say HI je... tak sempat nak komen entri2 menarik u ols...

tapi xpe.. kalu ada masa terluang, kasih pegi jenguk 'rumah' u ols k... kasih sayang kat u ols semua...kasi muaaahhh kat semua...

1 comments:

HAPPY TUA DAY 4U (hoho) - contest organized by MS MPC

4


entri ni merupakan satu contest yang dianjurkan oleh MS MPC. Actually, contest ni lebih kepada cadangan hadiah yang boleh diberikan kepada seseorang yang dekat di hati MS MPC..

berdasarkan pengalaman, (cam banyak pengalaman je!hahaha), memang sangat susah nak cari hadiah birthday untuk lelaki kan... tak cam perempuan, banyak benda yang boleh dijadikan hadiah... but it's ok, no need to pening2 kepala k! kat sini, kasih nak beri pandangan la...

ok.. ni cuma cadangan dari kasih....  apa kata cik MS MPC kasi couple watch... satu untuk si dia, satu lagi untuk MS MPC... kasih pilih jam sebab bagi kasih, masa adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian...mmm bila si dia pakai jam yang MS MPC kasi ni, mesti MS MPC akan sentiasa berada dalam ingatan si dia setiap detik dan waktu yang berlalu....hehehehehe.. ye la, bila si dia pandang jam tu, mesti si dia akan tersenyum simpul seolah-olah dia ngah pandang MS MPC..ecececeh...

pinjam gambar pakcik google....hehehe

tu je...hope MS MPC suka dengan idea nih...hehe

4 comments:

Yang terindah - OST Adamaya

0

Yang Terindah by Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia 
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia 
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta

nota kaki : luv dis song very much


0 comments:

make over

0
now is make over session... jom make-up...hehehe
petang semalam, hujan lebat + kilat + guruh yang kuat... nak berblogwalking x boley sbb takut nak bukak pc... time ni la dapat idea ni... x pernah2 aku mekapkan orang sebelum ni, mekapkan diri sendiri pon kadang2 je... ntah tetiba je tangan ni gatal nak mekapkan orang..hahahaha.... tapi kira not bad jugak la hasil tangan nih..hehehe.. kalu tak caya cube tengok gambar kat bawah ni...


 before

after

hehehe...ok tak? kesian kat model sambilan kat atas tu kan... tak pasal2 jadi mangsa..hahahahaha..
plan nak mekapkan ala2 smoky eyes... tapi dek kekurangan sumber bekalan bahan mekap, terpaksa la batalkan niat yang sebenar... ni pon main conteng je guna apa yang ada... tapi not bad la kan untuk jurumekap       yang baru nak bertatih ni..hakhak...

 
ececeh...jelingan manja nampak....hahahaha...

yang paling aku suka adalah bahagian mata....  tuk maskara, aku guna Long Extreme Double Stretch Maybelline.. bulu mata yang pendek bley jadi panjang guna maskara ni.. i really like it...


0 comments:

Panduan untuk hamil...

0

opppss jangan terkejut dengan tajuk entri kali ini ye...
ye la kan..sape la kita ni nak kasi tips2 untuk hamil camni... kawen pon belum.. tapi  memandai je nak kasi tips...
ok, sebenarnya tips ni bukan dari aku.. tapi tips ni aku dapat dari majalah Mingguan Wanita (23-29 April 2010). setiap pasangan yang baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin, pasti inginkan kehadiran cahaya mata, betul tak? kawan aku yang baru kawen pon teruja ingin menimang cahaya mata... so, tak salah rasanya tips ini aku kongsikan dengan u ols semua...
Baca kat bawah k untuk tahu lebih lanjut tentang tips tersebut..

Makanan 
Tiram mampu meningkatkan kesuburan kerana tiram dilengkapi dengan zat besi yang memainkan peranan penting terhadap penghasilan hormon testosteron dan semen dalam organ seks lelaki serta kesuburan dan ovulasi wanita. Bakal ibu dinasihatkan agar mengambil zat besi (9 mg sehari) untuk membantu sistem pembiakan berfungsi dengan baik. Pengambilan zat besi yang berlebihan tidak meberi kesan terhadap kesuburan seseorang.
 
Urutan
Tiada bukti saintifik yang mengatakan urutan dapat membantu memperbaiki kesuburan dan meningkatkan kadar kehamilan. Waubagaimanapn terdapat satu kajian yang menyatakan urutan dapat mengurangkan paras kebimbangan seseorang. Ada kalanya, tekanan yang dialami boleh menggangu emosi seseorang wanita yang berhasrat untuk mengandung. Secara logiknya, urutan dapat mengurangkan tekanan yang mungkin membantu seseorang menjadi lebih subur.
Pilih nutrisi terbaik selain vitamin
Ambil makanan yang bernutrisi terbaik yang dapat memberi kesan kepada hormon kesuburan lalu membolehkan anda hamil. Kebanyakan wanita mengambil makanan daripada tenusu untuk membantu mengekalkan tahap kesuburan berada dalam keadaan yang baik.




0 comments:

jalan2 time..(",)

0


semalam (23/4) adalah hari yang menggembirakan semua orang yang bekerja ngan gomen.. betul x?
dan sure semua orang berpusu-pusu keluar g shopping2.. al-maklumlah, belum lagi gaji tapi list barang yang nak dibeli dah siap2 awal dah.. tunggu duit masyuk je..hehehe 

so,
daku pon memang tak ketinggalan tuk shopping2... shopping = i like .. hehehe... tapi shopping tuk barang2 keperluan  biasa je.. maklumlah bujang lagi.. so, x perlu nak pening2 kepala nak uruskan kewangan sendiri.. beli apa yang perlu je.. baguskan!! perancang kewangan yang bagus ni..hehe --> uwek, puji diri sendiri nampak.. 

sebelom g shopping, perot nak kene isi dulu.. mmm time gaji masuk ni la nak makan2 besh... tambah pulak ada orang nak belanja, apa lagi.. pau la cukup2..hahahaha...kalu u ols nak tahu, sebelum pergi shopping aku tolong kawan angkut barang... sem depan dier pindah 'rumah'.. fuh!! banyak jugak barang2nya..nasib baik de tiga tenaga,  akhirnya siap jugak sesi mengangkut barang2 tu...

tenaga dah banyak habis angkat barang.. JOM layan PIZZA dulu... jom jom..

 chunky loaded --> dah lama nak rs pizza ni, akhirnya tercapai jugak...

mereka2 yang turut serta (Dalie dan Sab)

.
.

ok, perot dah kenyang... let's shopping!!!!

disebabkan terlalu kusyuk bershopping, maka dengan itu terlupa nak capture gambar tengah shopping...hihi

.
.

dah penat shopping? 
jom kita rehat jap... layan mesin urut yang disediakan untuk orang awam...

hehe..peace..




0 comments:

Tag gambo....

4

Dapat tag lagi... tag ni datangnya dari Mamamya... tag2 gambo... jom layannnnn...
.
.
.
opppss kena stop dulu, sebab kene check syarat terlebih dahulu..
1. Go to your files, select the 8th photo folder. ~ check
2. Select the 8th photo in the folder. ~ check
3. Post that photo along with the story. ~ check
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same. ~ check

.
.
 . 

gambar apa yang bertuah tu?? jeng jeng jeng...


 alamak.. malunye nak share gambar ni.. tapi dah kena tag, kena lah buat jugak kan... kebetulan pulak gambar ni adalah gambar ke-8 dalam folder yang ke-8...mmm gambar ni aku edit tahun lepas... guna scrapblog (online editing).. time tu tengah belajar macam mane nak edit gambar guna scrapblog.. tu pon atas tunjuk ajar dari seorang kawan... sape2 yang nak cuba guna scrapblog, boleh klik pada link ini..

.
.
.

ok,
selesai sudah tugasan yang diberikan oleh mamamya...
8 orang bertuah yang kena teruskan " homework " ini adalah:

1. Alya
2.Tulip
3. Comel
4. Hana Luv Nest
5. Maslina



4 comments:

Contest Comel

3

♪♪ Ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku...

bila ku berduka, engkau hiburkan selalu...

Ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...
♪♪

 ini adalah entri untuk contest yang dianjurkan oleh COMEL bersempena Hari Ibu yang akan menjelma tak lama lagi..sehubungan dengan itu, dengan hati yang tersangatlah hepi daku nak join la contest ni.... bukan nak menang sgt, cuma nak memeriahkan aturcara majlis..hehehe..
 
klik gambar untuk ke blog penaja contest

Ibu.. Kaulah seumber inspirasiku...
 Tanpamu, ku tak akan kenal dunia yang indah ini
Belaianmu  yang penuh kasih sayang
Mengajarku erti kelembutan dan keikhlasan

Ibu.. kau ibarat sekuntum mawar merah
Yang kupuja setiap waktu
Yang kurindui wajahmu selalu
Yang kukagumi ketabahanmu...


Cekal hati mendidik daku
Sabar murni melayan kerenah anakmu
Tiada kedengaran sepatah keluhan
Tiada kelihatan setitip kemarahan..


Hanya untukmu ibu (Fatimah binti Jusoh).. Engkaulah ratu dalam hidupku... i u so much   

 ni gambar raya tahun lepas.. x ada gmbar berdua dengan mak..tapi ada gambar bertiga dengan mak & ayah...kira boley la ea..hehe







3 comments:

Award ke-2...5-Five-Khamsah

5

Gembiranya bila dapat award ni dari Mama Danish & Sarah. tQ so much...lenkali kasi la award lagi ye..hahahaha.. Dengan senang hati daku terima award ni sebagai tanda persahabatan dengan u ols semua walaupon cuma kenal secara maya je...♥

mmm nak terima award ni, ada syarat2 tertentu la pulak..kalu tak, x ley amik award ni..huhuhu..xpe2 layankan aje... bak kata Fafau dalam Melodi -->"LAYAN"

Syarat-syaratnya adalah:
COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
ok...dah buat dah
BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI..
dah bagitau kat atas.. i've got dis award from Mama Danish & Sarah aka Ain  
TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? 
tak berapa faham... tak pasti la betoi ke idok..hehe..
.
.
.
tarik nafas dulu sebab ada banyak soalan yang nak kena jawab after nih..huhu

5 name that people call you
- Adik (panggilan manja kat umah ;p)
- Awak (panggilan oleh insan yang ter'cyg'..hehehe)
- SaA (teman2 rapat)
- Sham (panggilan kat KMNS)
- Shima (sorang je yang panggil ngan nama ni, ntah mana ntah dier dapat nama ni aku pon xtau..huhu)

5 importance dates in your life
- 5 May (My birthday) --> counting 4 dat day..hehe
- 11 Mac - (Bufday boy )
- 8 Ogos (Our anniversary ;p)
-  23hb (gaji masuk..yahuu)

5 things that you done yesterday
-  Pergi keje seperti biasa
- Blogging
- Fesbuking
- Makan spageti kat Pizza Hut with my lover..
- Tengok Adamaya kul 6.30 kat TV3 

5 ways that you happy
- Update blog
- Dapat makan chocolate banana kat secret recipe..nyum2
- Tepon mak kat kampung
- Dapat call dari yang tersayang..hehehe
- Shopping...gagagaga..

5 favourite movies
- Avatar
-  Alice in wonderland
- Twilight
- Vampire diaries (ni bukan muvi, tapi xkire2..nak masukkan jugak..my fav nih..hihi)
- Adnan sempit

5 favourite hobbies
- Blogging
- Fesbuking
- Shopping
- Reading Majalah Mingguan Wanita
- Watching Korean drama 

5 favourite people
- My mom and my dad
- My family
- My boyfriend..kihkih
- My friends (nyata dan maya)
-  My secret admirer (ade ke? kui kui kui..)

5 favourite places for vacation
- Pulau
- Waterfall
- Pantai
- Pantai lagi..
- Lagi lagi pantai..hehehe 

5 reasons you answer the survey
-  sebab kena TAG..hahaha
- sebab tengah free
- mood tengah baik nak jawab survey ni
- sebagai tanda terima kasih sebab sudi bagi award ni
- nak memeriahkan majlis..gagaga~~

5 persons to tag
- MSR
 


 

 

5 comments:

Yang ke-100..yahuu yabeda bedu...

3

                                                                                 Yipppieee....
Tak sangka ek, pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke-3 aku terjerumus dalam dunia blogging ni... dan yang paling BEST, ni merupakan entri aku yang ke-100. hurm..tahniah untuk diri sendiri... Mula2 niat di hati, just tulis blog untuk suka2 je.. tak sangka plak aku boleh terserius untuk berblog.. walaupun pada hakikatnya aku suka Cool Blog..hehehe... ishk, abaikan ayat ini disebabkan tak de kesinambungan antara satu sama lain... hahahaha.



So, sebagai penghargaan untuk diri sendiri dengan ini dihadiahkan seekor berwang BERUANG... yipppi..hahaha, cam kanak2 ribena la pulak... yeahh...teruskan semangat untuk terus, terus dan terus berblog..















3 comments:

Perempuan yang menjadi perhatian lelaki

2

Semasa tengah ber'blogwalking' ke teratak kawan2 yang lain, aku terpandang la satu entri ni...cukup menarik perhatianku! Ianya berkaitan sifat perempuan yang menjadi perhatian lelaki... dah mintak izin tuan empunya blog dah iaitu hazlizahusaini.. Now, i want to share this informations to all my friends out there..Let's check it out!

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang  hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 

Keanak-anakkan 
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. 

Penuh Pengertian 
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini dicerminkan dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai 
 Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. 

Menjaga Penampilan 
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walaupun sudah punya anak 3??

Pandai berbicara 
Lelaki tertarik dengaan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu untuk menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yanag lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. 

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri 
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai yang lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila  berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri 
Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. 

Simpati dan prihatin 
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati  pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.  Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

nota kaki : Kalau betullah kesemua sifat di atas menjadi perhatian lelaki2 di luar sana, harus diingat bahawa tidak ada wanita yang perfect sifatnya dan mempunyai semua ciri2 tersebut... we just an ordinary person, yang tak sempurna sifatnya.. terimalah seadanya..sekiranya perlu diubah, bimbinglah dia sebaik2nya tanpa mengecilkan hati mereka...



2 comments:

AdaMaya

2

waduh2.. aku sangat teruja tengok slot Akasia Adamaya... suka sangat dengan watak Adam dalam ceriter ni... perfect man - romantic, caring, gentleman dan macam2 lagi laa... TAPI kan, satu je yang aku tak puas hati... kenapa watak2 hero dalam drama atau novel selalunya menggambarkan they are so perfect..wujud ke lelaki macam tu kat dunia realiti ni.. haha..tetiba aku tak puas hati.


ye la, kadang2 watak2 camtu cuma imaginasi pembikin cerita je... kat dunia realiti nak jumpa sorang dalam seribu pon susah kan.. sape yang tak mau kalu dapat suami camtu kan... bahagianya hidup...


2 comments:

Dapat tag dari Jaja'Z

4
Assalamualaikum dan selamat pagi semua....
Yezza... mulakan pagi kalian semua dengan senyuman yang paling manis k...baru la semangat nak bekerja!

semalam, aku dapat tag dari Jaja'Z pasal cekodok pisang... aduyai, sebut pasal cekodok pepagi ni, perot da mula berkeriut dah..almaklumlah, belum breakfast lagi ni..hukhuk.. xpe2, sape2 yang belum breakfast jom kita sama2 serang cekodok yang dihantar oleh Jaja'Z ni...mmm sodap betul ni..nyum2.. ALAMAK, tak cukup la... Jaja'Z, mintak tambah boley??? hehehe...
.
.
 . 

special cekodok from Jaja'Z

Ok la... seperti yang diwar2kan di atas penghantar sarapan cekodok adalah Jaja'Z..

kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan saya.....
sebab....... perut dah menyanyi-nyanyi mintak diisi... cam tahu2 je ada orang tengah lapo...hehe...lagipon, mesti Jaja'Z dah penat masak untuk kita..so, tak ada sebab untuk katakan tidak pada cekodok yang tersangat la best tu..(",)

pass kan tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..
  so, kini sampailah masa untuk meng'tag' kawan2 yang bertuah...jeng jeng jeng..jom kita lihat sape yang kena!!!hahahaha.... sape2 yang kene tag silakan laksanakan tugas ni ye! hehe..


Tulip
Alya
Mama Danish
Ieda Al-Habsyi

Syarat2nya :
kepada sesapa yang di tag,
1. sila copy gambar cekodok di atas
2. Sebutkan nama Penghantar Sarapan cekodok
3. Bagi tahu kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.....
4. Tag game ni hanya boleh di post kan pada waktu pagi sahaja.. 'before noon'
5. Last sekali,pass kan tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..
bleh??? senang je kan




4 comments:

Demi masa...Ingat 5 sebelum 5

4


Bercakap tentang masa, berapa ramai yang menghargai setiap detik waktu yang berlalu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah untuk diri sendiri. Berapa ramai antara kita yang selalu beringat dalam setiap langkah yang kita lakukan dalam  kehidupan seharian... Tepuk dada tanya iman...

Ok jom kita sama2 hayati kisah-kisah kat bawah ni:

Kisah 1 - Pelajar universiti
"Alamak, esok dah nak exam ni... Banyak lagi yang belum study... KALAULAH aku study awal2 kan bagus.. takde la kelam kabut macam ni... dah la satu benda pon aku tak faham..abes lah nanti, mesti aku tak dapat score dalam paper ni"

 Kisah 2 - Seorang jejaka di sebuah bandar kosmopolitan
 "Aduhai, apa la malang sangat nasib diri aku ni... dah la jatuh, ditimpa tangga pulak tu. Masa dapat gaji bukan main syok lagi aku enjoy. Satu sen pon tak simpan...Tapi sekarang, keje dah tak ada...nak makan pon tak de duit.. Nak mintak duit dengan ayah kat kampung, MALUnye... KALAULAH aku menabung dari dulu lagi, takde la nasib aku jadi camni."

Kisah 3 -  Seorang gadis di sebuah hospital kerajaan
 KALAULAH aku dengar pesan mak ayah aku kat kampung, mesti perkara ni tak akan berlaku. tapi nak buat camne, bak kata orang "nasi sudah menjadi bubur".. nak menyesal pun dah tiada guna lagi dah.. 

watak dan jalan cerita di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan langsung sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ini cuma ingatan untuk diri sendiri dan kawan2 yang lain sebagai tanggungjawab sesama manusia.. kadang2 kita tak sedar hampir setiap hari kita gunakan perkataan KALAULAH... untuk itu, jangan pernah menyesal dengan apa yang terjadi... jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku kerana mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik semuanya itu...

nota kaki : Renung2kanlah dan selamat beramal. 


4 comments:

Ulser oo ulser

3

Cuaca yang tak menentu.. tengahari sangat panas, petang pulak hujan... ek eleh, nak salahkan cuaca plak! patutnya salahkan diri sendiri sebab tak pandai jaga kesihatan... penat Doktor kat klinik pesan, "Jangan lupa minum air banyak2 ye.."

dan...

AKIBATNYA APA?

hukhukhuk..bibirku da pecah2.. ulser dah wujud kat lam mulutku.. bukan satu tapi DUA.. besau pulak tu...adush, sakit tau...sengsara betul time nak makan.. time nak gosok gigi lagi merana!


sebelum ni pernah tahu satu petua camner nak hilangkan ulser tu.. letak garam kat tempat ulser.. tapi HUHU..sangatlah pedih..kawan2 ada tau petua lain tak? kalu ada, SHARE la kat sini ye!



3 comments:

Majlis perkahwinan Dalie - part III

0
Liputan terakhir sebagai special entri untuk Raja Sehari... walaupun hujan turun dengan lebatnya semasa ketibaan pengantin lelaki, namun begitu majlis yang dirancang tetap berjalan dengan lancar... Hujan yang turun memberi seribu rahmat kepada "Raja Sehari".

Sabar menanti... Bukan senang2 camtu je dapat naik pelamin, kena la bayar tol dulu.... Seronok betul kitorang kenakan pengantin lelaki... nasib baik dah prepare 'angpau' banyak2, kalu tak konpem tak kasi lepas..jahatkan kitorang ni... yang beshnye, ni kira my first experience la jadik Tol Gate Girl..hahaha.. angpau yang aku dapat  boleh simpan..buat  berkat kata orang..hahaha

pasangan sama cantik sama padan... akhirnya percintaan sahabatku ini termeterai ke jinjang pelamin...

aucaakk... ewah ewah..sporting betul pengantin kita ni... dah dua2 mmg hantu kamera... pantang nampak kamera, ada aje pose2 spontan yang dibuat.. --> yeke yang ni pose spontan..mmm belasah aje lah...hihihi

HA! yang ni pulak barisan dayang2 istana... walaupon penat, tapi masing2 still pamerkan senyuman yang paling manis buat tetamu yang datang... u ols memang best la...


0 comments:

Clash of the Titans

0

Dah lama tak pergi menonton wayang... semalam aku berpeluang layan "Clash of the Titans" dengan sorang kawan...lagipon, aku ni bukanlah dikategorikan sebagai kaki wayang pon... kalu ada masa free or otak dah menunjukkan kecondongan yang melampau barulah aku membuat keputusan untuk pergi jalan2 sambil layan movie.. itupon kalau ada member..kalu tak, tak de nye nak g panggung sorang2...rela layan dvd kat bilik sorang2...


Ok! berbalik pada citer "Clash of the Titans'" ni bagi aku ceriter ni sangat besh... grafik 3D yang digunakan menarik.. jalan ceriter yang serius tapi still diselitkan dengan unsur2 kelakar sikit2... hehe..sangat kreatif... CUMA perlu berjaga-jaga dan berwaspada la  kalau menonton ceriter2 macam ni... jangan sampai terpesong akidah kita sebagai orang Islam...lagipon jalan ceriter ni memang mengisahkan perebutan kuasa di antara dewa-dewa (Tuhan la dalam ceriter tu)... So, kanak2 sangatlah tidak digalakkan menonton... nanti tak pasal2 diorang tanya--> "Mama, neraka tu macam tu ke?" Aduyai..apa yang nak jawab nanti? Tak ke haru namanya tu?


0 comments:

takde keje namanya ni!!

2
memang tengah tak ada keje sekarang ni... tak tahu nak buat apa, sementara menunggu bebudak ni jawab exam, update blog la jawabnya..hehehe... sebelum ni dah pernah jawab kuiz "Anda ni perempuan spesis apa?" kat facebook...dan result dia adalah seperti dibawah ni ha! (",)


dan ni kira kali ke-2 la aku jawab soalan kuiz yang sama ni... kalau dulu memang aku jawab bebetul, tapi kali ini aku main2 je...dengan harapan keluar la result menandakan aku ni perempuan jenis lain pulak...hahahaha...TAPI aku kecewa..sebab result dier tetap jugak yang sama seperti DI ATAS...

mmm adakah personaliti aku adalah ibarat saling tak tumpah seperti perempuan melayu terakhir (* dalam hati -->bluek..) Padahal...pada hakikatnya, kuiz tu memang sengal.. entah pape je kuiz tuh... orang2 tengah bosan cam aku je yang sudi menjawabnya..--> BOSAN la katakan...huhu



2 comments:

Majlis perkahwinan Dalie - Part II

2

Kembali untuk liputan bahagian ke-2 untuk majlis Malam Berinai...
First time join Malam Berinai... al-maklumlah kat Johor je yang ada majlis Malam Berinai..kat Trg mana ada semua ini... Walaupon majlis ini diadakan untuk saudara mara yang terdekat sahaja, tapi tetap meriah... siap tukar 4 persalinan baju lagi.. dahsyat dahsyat...

persalinan pertama (kebaya)
warna kebangsaan (Merah) tetap menjadi pilihan... (",)

persalinan ke-2 (pakaian Jawa)
cantik kan..ala2 Puteri Jowo gitu....

ishk3... sibuk betol baju color orange tuh... nak jugak bergambar dengan puteri Jowo..hahahaha

persalinan ke-3 (pakaian Korea)

persalinan ke-4 (pakaian India)
wah ala-ala Aishwarya Rai pon ade...kawan aku sorang ni kalu bab bergaya memang no.1 punye la... sinonim betol ngan title yang diberikan --> "Sawan Kamera" hehehe...janga mare ;p

nota kaki : Ada tak orang Trg buat majlis "Malam Berinai"? Teringin plak di hati ni nak adakan majlis tu... nnti boleh tukar banyak2 baju... alang2 ley tukar 10 persalinan..biar pengsan mak andam nak mengandam...hihi.. 


2 comments:

netQueen

0



Apa itu netQueen? 
kawan2 nak tau tak apa yang menarik pasal netQueen ni?
netQueen ni merupakan satu website di mana sape2 yang kreatif boleh kongsikan hasil karya kreatif masing2 kat situ..tak kisah la cerpen ke, komik ataupon lakaran...

Dan yang menariknya, admin netQueen bermurah hati dengan memberikan T-Shirt Edisi terhad kepada 100 pendaftaraan pertama sebagai ahli netQueen. So, apa lagi yang ditunggu? Daftar la sekarang... Sape2 yang berminat boleh KLIK sini ok...



0 comments:

Majlis perkahwinan Dalie - Part I

0

Laporan sepanjang majlis perkahwinan my best fren - Nordaliza Zulkifli kini menyusul..hehehe...Majlis pernikahan adalah pada 2 April 2010 di Jalan Kasawari, Larkin, Johor Bahru. Alhamdulillah, kini sahabatku selamat menjadi isteri kepada Mohd Hazmi Hasan.. semoga mahligai yang dibina dirahmati Allah..Amin..

 wajah gementar.. saat-saat menanti majlis akad nikah

ni apa kes?? orang lain yang kawen orang lain pulak yang terlebey excited...hehehe... 

 ambik berkat duduk atas pelamin... mana la tahu kan, hari 'bahagia' untuk yang masih bujang bakal menyusul tidak lama lagi..hehehehe...



0 comments:

Senyum lagi...

3

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyum lah dari hati
Dunia mu berseri

Senyum umpama impian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum Ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan


nota kaki : Jom senyum ramai2.. Pengkaji dan pengamal Barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. 


3 comments:

8 Tips Bina Keyakinan

4

 TIPS BINA KEYAKINAN DIRI

1) Katakan anda boleh! Kata-kata positif akan membakar semangat untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.

2. Jangan memandang rendah keupayaan diri. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri dibelenggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.

3. Kaji dan perbaiki kelemahan diri. Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.

4. Malu biar pada tempatnya. Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri untuk merasa lebih yakin.

5. Sentiasa berfikiran positif. Fikiran positif akan memberi rangsangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk lebih berani berhadapan dengan sebarang cabaran.

6. Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja. Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.

7. Badan sihat minda cerdas. Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.

8. Hargai diri. Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan sangat bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.

Sumber : Majalah Keluarga Harmoni (2006)

nota kaki: Ini adalah kesinambungan daripada kisah aku yang tetiba rasa 'down' sangat2 malam tadi...bila baca tips ni, semangat kembali wujud dalam diri aku..


4 comments:

Cabutan bertuah...tAk adE perasaaN

0
yippie.. ada cabutan bertuah la..
nama pon cabutan bertuah kan.. kalu bertuah dapat la hadiah, kalu tak dapat belakang citer...hehehe...yang penting JOIN... sape2 yang belum join, JOM2 JOIN... sempat lagi ni sebab tarikh tutup 2 Mei 2010 -->three days before my birthday (* nak jugak gtau kat sini..hehehe)


Cabutan bertuah ini telah dianjurkan oleh tAk AdEr pErAsaaN.. simple je syarat yang ditetapkan oleh tuan punya aktiviti ni...

1. Korang juz sebarkan tentang cabutan bertuah ni kat post korang.. tak perlu panjang2.. dan tempek kan banner tu dalam entri dan side bar dan linkkan ke alamat blog .:: tAk AdE pErAsaaN::.  

2.  Dah post, tinggalkan link anda dalam blog .:: tAk AdE pErAsaaN::.

3. Seperti yang dinyatakan di atas, cabutan bertuah ni akan berakhir pada 2 Mei 2010.. pemenang bertuah tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat akan dipilih. 

so, apa tunggu lagi?? jom JOIN sekarang!!! 



0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)