Khasiat air liur basi....
10
Eeee...bercakap pasal air liur basi, mesti setiap orang rasa geli + jijik kan.... tambah2 plak kalau tiap2 malam, tido keluarkan air liur basi....lama2 siap boleh membentuk peta dunia kat bantal yang korang tido....huhuhu.... tapi dalam geli + jijik tu, sebenarnya air liur basi ni sebenarnya mempunyai khasiatnye yang tersendiri... kenape? tak percaya ea.... ok, baca kat bawah ye....
.
.
.
.
.
.
.
.
pic from google...
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.--> amalkan minum air sejurus sahaja bangun tido ye...
Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.
Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalanRasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.
Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi. Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.
nota kaki: mulai hari esok, nak amalkan minum air sebaik sahaja bangun tido.... benda baik tak salah kalau kita praktikannya... baik untuk kesihatan!!! (",)